Algoritma Menyusun Nombor Dalam Pengaturcaraan Komputer

bahasa pengaturcaraan komputer

Pernahkah anda melihat aturcara komputer? Takrifan aturcara itu sendiri membawa maksud sesuatu peristiwa yang berlangsung satu demi satu secara teratur. Begitulah juga dengan susunan arahan yang ditulis dalam pengaturcaraan komputer mestilah secara bertertib.

Pada peringkat awal kursus sains komputer, pelajar akan ditekankan dengan aspek penyelesaian masalah dalam bentuk flowchart (carta-alir). Dari bentuk penyelesaian masalah, diterjemahkan pula ke flowchart. Dari flowchart diterjemahkan pula ke program komputer. Dari flowchart kita akan nampak logik aturcara dengan jelas. Namun, apabila sudah mahir dalam pengaturcaraan komputer, flowchart sudah tidak penting lagi. Kini, flowchart hanya banyak digunakan dalam membina aturan proses seperti Standard Operating Procedure (SOP) dan carta aliran proses sesuatu permohonan di pejabat-pejabat kerajaan mahupun swasta.


Algoritma Menyusun Nombor

Secara ringkas, berikut adalah algoritmanya :

  • Minta pengguna masukkan 10 nombor secara rawak di skrin komputer.
  • Program memproses input nombor dalam 9 pusingan.
  • Paparkan hasil pemprosesan.

 Pusingan Pertama Algoritma Menyusun Nombor

  • Nombor ke-2 dibandingkan dengan nombor pertama. Jika nombor ke-2 lebih besar dari nombor pertama, sila tukar posisi. Bermaksud nombor ke-2 akan berada di kedudukan pertama dan nombor pertama di kedudukan ke-2.
  • Nombor ke-3 dibandingkan dengan nombor pertama. Tukar posisi jika nombor ke-3 lebih besar dari nombor pertama.
  • Perbandingan dan pertukaran posisi akan berterusan untuk semua nombor.
  • Di akhir proses ini, anda telah dapat mengenalpasti nombor terbesar dalam 10 nombor yang diberi.

Pusingan Kedua Algoritma Menyusun Nombor

  • Selepas itu nombor ke-3 akan dibandingkan dengan nombor ke-2. Nombor ke-4 dengan nombor ke-2, ke-5 dengan ke-2. Perubahan posisi akan berlaku jika nombor yang dibandingkan lebih besar.
  • Perbandingan dan pertukaran posisi akan berterusan untuk semua nombor.
  • Di akhir proses ini, anda telah dapat mengenalpasti nombor kedua terbesar dalam 10 nombor yang diberi.

Pusingan Ketiga Algoritma Menyusun Nombor Dan Seterusnya

  • Pemprosesan untuk setiap pusingan menjadi lebih pantas kerana logik program tidak lagi memproses nombor-nombor yang telah dikenalpasti sebagai nombor terbesar, nombor kedua terbesar, nombor ketiga terbesar dan nombor-nombor yang berikutnya.
flowchart sort numbers

Carta-alir Logik Menyusun Nombor

 

Disertakan juga contoh program yang ditulis dalam Microsoft Access.

  • Isytiharkan satu pembolehubah (variable) dalam bentuk tata-susunan (array). Contoh : Dim nombor(10) As Integer
  • Isikan array tersebut dengan nilai yang dimasukkan oleh pengguna di skrin.
  • Proses utama aturcara komputer bagi menyusun nombor adalah seperti imej dibawah.
logik program susun nombor

Aturcara Komputer Bagi Menyusun Nombor

Tertib Menulis Aturcara Komputer

Ramai yang memandang remeh akan disiplin menulis aturcara yang menitik-beratkan perkara-perkara seperti berikut :

  • nama pembolehubah menggambarkan nilai yang dipegang oleh pembolehubah tersebut
  • catatan yang menerangkan proses-proses tertentu didalam program
  • menjarakkan permulaan tulisan dari margin kiri untuk kumpulan-kumpulan proses yang tertentu, contohnya If …Then …Else, While …End, Case dan sebagainya.
  • penerangan ringkas mengenai fungsi sesebuah aturcara komputer
  • memecahkan setiap proses didalam aturcara kepada beberapa modul kecil.

Tertib menulis aturcara komputer ini bertujuan untuk memudahkan seseorang pengaturcara yang lain membaca program yang ditulis oleh pengaturcara yang telah meletakkan jawatan. Ini merupakan antara sebahagian cabaran yang mesti ditempuhi oleh seorang pengaturcara komputer. Adakalanya pengaturcara terpaksa membaca program komputer yang tidak memenuhi kriteria tertib penulisan aturcara dan akhirnya banyak masa terbuang hanya semata-mata untuk memahami kandungan aturcara tersebut.

 

 


Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *