Amaran Dari Google Kerana Thin Content

google beri amaran thin content

Terkejut jugak bila dapat email dari pakcik Google. Apa masalahnya ni? Dia kata website aku disyaki spam. Sebab apa pulak spam. Bukan aku spam orang lain punya web. Kandungan web pun kandungan asli bukan kandungan yang auto-generated.

Itulah yang terjadi tanpa sebab dia letak dalam kategori spam content. Maksud spam content di sini ialah website hanya ada beberapa posting atau lebih dikenali sebagai thin content (kandungan nipis) didalamnya. Pada Google website sebegini tidak memberikan apa-apa nilai kepada pembaca.

google beri amaran thin content

Website aku tu sebenarnya Ok, kandungannya unik dan ditulis oleh penulis yang baik dari segi grammer. Mat saleh penulisnya cuma ada beberapa page sahaja. Mungkin sebab sedikit page yang membuatkan Google mula mengesyaki website aku web spam. Actually web aku tak promote produk affiliate pun, hanya bertujuan untuk program Google Adsense.


Amaran Dari Google Kerana Thin Content

Nak keluarkan dari list thin content, aku kena hubungi pihak Google untuk menyakinkan mereka. Itu yang leceh tu. Tengokla nanti aku akan tambah beberapa page lepas tu baru hello-hello Google untuk reconsider untuk uplift tagging yang dikenakan pada website aku. Kesian aku tak pasal-pasal kena benda-benda macam ni.

Jadi kesimpulannya jangan fikir kalau content unik dan bebas dari kesalahan grammer boleh menghindari website korang dari di ban oleh Google ye. Apa-apa pun boleh terjadi. Berwaspadalah selalu dan selalu-selalu check email dari Google takut dah berminggu-minggu kena ban baru perasan income Google Adsense jatuh merudum.

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *