Apa itu Google Hangouts?

google hangouts logo

Di persada internet masa kini terdapat banyak applikasi berkaitan komunikasi antara pengguna internet seperti Telegram, Whatsapp, Wechat dan sebagainya. Apa yang membezakan antara satu sama lain ialah kemudahan cara penggunaannya dan tingkat kepantasan penerimaan dan penghantaran data samada data berbentuk teks, video, fail dan audio. Siapa yang dapat menjuarai kepantasan penghantaran dan penerimaan data akan dapat menawan hati pengguna.


google hangouts

Apa Itu Google Hangouts?

Google Hangouts ialah sebuah platform komunikasi yang menyediakan kemudahan penghantaran dan penerimaan mesej, video dan audio. Ia dikatakan sebagai pengganti kepada produk-produk Google sedia-ada iaitu Google Talk dan Google+ Messenger. Ia merupakan sebuah produk yang dikatakan sebagai produk masa hadapan bagi produk telefoni, Google Voice.

Google Hangouts telah dilancarkan pada 15 Mei, 2013 dan dikategorikan sebagai applikasi Freeware. Versi yang stabil bagi kegunaan orangramai ialah Android 7.0 dan iOS 12.5.0. Pada 16 Feb 2015, pihak Google telah mengumumkan pemberhentian Google Talk dan meminta pengguna berpindah ke applikasi Google Hangouts pada platform browser Chrome.


 

Ciri-ciri Google Hangouts

  • Menerima dan menghantar teks kepada rakan anda
  • Mewujudkan medan perbualan secara berkumpulan dengan maksima seramai 150 orang setiap kumpulan.
  • Perbualan yang boleh menggabungkan fungsi perkongsian foto, video, peta, emoji, stickers dan fail GIF.
  • Menukar mana-mana perbualan berkumpulan kepada  panggilan video berkumpulan, seramai 10 orang.
  • Menghubungi mana-mana nombor telefeon (caj telefoni dikenakan oleh operator telefon anda). Namun, panggilan ke mana-mana pengguna Google Hangouts adalah percuma.
  • Dapat berhubung dengan rakan-rakan yang menggunakan Android, iOS dan komputer biasa. Berkemampuan untuk melakukan proses syncronization ke atas semua peralatan di atas.
  • Boleh terus menghantar mesej kepada rakan anda walaupun beliau sedang offline.

google hangouts2

Bagaimana Mengakses Google Hangouts?

Sudah tentu bagi pengguna telefon pintar, anda perlu melakukan proses installation applikasi terlebih dahulu. Bagi pengguna komputer desktop atau laptop, anda pergi ke laman web Google Hangouts untuk mendapatkan skrin utama Google Hangouts.

Dalam dunia internet, ada 3 cara untuk mencari rakan anda iaitu melalui nama (agak terlalu umum pencarian menggunakan nama), email dan nombor telefon. Amat disarankan anda mencari rakan anda melalui email dan nombor telefon. Mudah bukan, proses penggunaannya.

Ringkasan

Google Hangouts menjadi sebahagian dari pilihan pengguna internet dan telefon pintar untuk berhubung dengan kenalan di seluruh pelusuk dunia. Menampilkan keupayaan menerima dan menghantar data berbentuk  teks, video, fail dan audio. Ianya percuma kecuali jika anda membuat panggilan telefon ke sahabat anda yang tidak menggunakan Hangouts. Caj semasa bergantung kepada pihak penyedia telefon anda.

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *