Apa Itu Netflix?

netflix senarai movie kanak2

Netflix ialah sebuah syarikat hiburan yang telah diasaskan pada 29 Ogos 1997 di California, Amerikat Syarikat oleh Reed Hastings dan Marc Randolp. Pada awalnya ia menyajikan streaming media dan video-on-demand secara online dan DVD menerusi mail. Sekitar tahun 2013, Netflix mengembangkan sayapnya dengan menghasilkan perkhidmatan tayangan filem dan siri televisyen.


Setahun selepas ditubuhkan iaitu pada tahun 1998, Netflix mula menjual DVD menggunakan platform mail. Hanya pada tahun 2007, mereka mula menyediakan perkhidmatan media streaming di Amerika Syarikat. Dalam tahun 2010, perkhidmatan streaming mereka diperluaskan ke Kanada dan seterusnya sehingga Januari 2016, mereka telah beroperasi di 190 buah negara.

Pada Januari 2017 diberitakan Netflix mempunyai lebih dari 93 juta pelanggan termasuk 49 juta datangnya dari negara kelahiran produk ini, Amerika Syarikat.

netflix senarai movie


Apa itu streaming?

A method of transmitting or receiving data (especially video and audio material) over a computer network as a steady, continuous flow, allowing playback to proceed while subsequent data is being received.

Satu kaedah dimana penghantaran dan penerimaan data (kebiasaannya video dan bahan audio) menerusi rangkaian komputer dalam keadaan yang stabil, aliran data yang berterusan yang membolehkan mainan semula dilakukan tanpa menjejaskan data yang seterusnya diterima oleh komputer. Ia menjadikan proses mainan video menerusi streaming, seolah-olah anda menonton video menggunakan pemain cakera padat.

Untuk menggunakan Netflix, ia merupakan sebuah produk berbayar yang perlu dilanggan secara bulanan. Dengan bayaran langganan serendah RM33, anda mampu menonton filem-filem yang agak baru. Sudah tentu filem-filem baru yang sedang ditayangkan di pawagam-pawagam tidak disenaraikan didalam Netflix. Sekiranya filem-filem baru ditayangkan di Netflix video-on-demand, sudah tentu merosakkan industri perfileman.

Berikut adalah senarai pakej yang ditawarkan oleh Netflix kepada para pelanggan mereka.

netflix pelan pakej

Anda diberi tempoh langganan percuma selama 30 hari dan memerlukan kad kredit sewaktu proses pendaftaran. Selepas 30 hari secara automatik, pihak Netflix akan mendebit kad kredit anda. Pastikan anda membatalkan langganan sebelum tamat tempoh langganan sekiranya anda hanya ingin melihat apakah yang ditawarkan oleh Netflix.

netflix senarai movie kanak2

Dari segi kelajuan streaming memang menakjubkan, tidak tersangkut-sangkut pun. Ini ditambah pula dengan kelajuan Streamyx saya 4Mbs. Bagaimana menyemak kelajuan Streamyx? Haa…jangan tahu bayar je kepada Telekom tapi sesekali kena juga uji kelajuan Streamyx anda. Takut kerap merudum kelajuan dan sudah bolehlah berkira-kira untuk upgrade ke Unifi atau bertukar ke syarikat utiliti yang lain.

Klik sini untuk mengetahui cara-cara menguji kelajuan Streamyx.

Kini, anda telahpun mengetahui apa itu Netflix dan apakah pakej yang ditawarkan  kepada pelanggan. Saya menasihatkan anda membuat reminder di telefon untuk mengingatkan anda membatalkan langganan sebelum tamat tempoh 30 hari sekiranya anda ingin mencuba Netflix.

 

Untuk membatalkan langganan, login ke Netflix sepertimana biasa, klik pada drop-down menu dibahagian yang memaparkan username anda. Sila pilih Your Account dan anda akan dibawa ke skrin seperti dibawah. Sila klik Cancel Membership.

netflix cancel membership

 

Walaupun langganan telah dibatalkan, pihak Nextflix masih membenarkan ID anda digunakan untuk terus menonton movie sehingga ke tarikh akhir langganan sewaktu mula-mula mendaftar dulu.


Selamat mencuba dan semoga sukses.

 

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *