Apa Itu Virus Komputer?

computer binary code

Kalau sebut sahaja tentang virus rasanya semua orang pun tahu. Virus membawa ancaman kepada tubuh badan dan cuba merosakkan sel-sel tubuh badan. Apabila ia berjaya merosakkan sel-sel tubuh badan akan tiba suatu hari nanti bilamana badan menjadi kejang serta kaku yang boleh membawa maut. Begitu jugalah dengan virus komputer yang bertindak ganas menyerang sistem pengoperasian komputer. Virus komputer ialah nama yang dipetik dari virus biologi, satu program komputer yang agak kecil yang melekapkan dirinya ke sistem pengoperasian komputer ataupun melekapkan dirinya ke perisian-perisian yang terdapat didalam sesebuah komputer.


Berapa banyakkah virus komputer di seluruh dunia?

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh makmal Kaspersky, dalam tahun 2013 terdapat peningkatan sebanyak 6.9 peratus dimana 41.6% komputer diserang oleh virus komputer sekurang-kurangnya sekali.

computer binary code

Kod Binari Komputer

Mengapa Virus Komputer Dicipta

Ada 3 sebab mengapa ianya dicipta :

  • Berniat jahat untuk melumpuhkan sistem komputer seseorang atau sesebuah organisasi. Apabila ini berlaku ke atas sesebuah organisasi, perjalanan operasi organisasi itu akan lumpuh, contohnya jika berlaku ke atas sistem perbankan, pelanggan akan hilang kepercayaan terhadap bank tersebut. Persoalan akan bermain di fikiran pelanggan, adakah wang mereka selamat disimpan di situ. Ianya juga boleh menjadi satu isu samada pesaing perniagaan terlibat dalam jenayah ini.
  • Sebagai medan untuk mencuba kebolehan seseorang dalam mencipta virus. Mereka ingin tahu sejauh mana keberkesanan virus komputer yang mereka cipta. Mereka juga ingin tahu adakah perisian anti-virus yang terdapat di komputer yang diserang mampu mengenalpasti virus yang mereka cipta dan adakah perisian anti-virus berkeupayaan menghapuskan virus tersebut.
  • Sebagai medan permainan. Ini bermaksud mereka mahukan pengguna komputer mengalami situasi terkejut melihat serangan yang dilakukan. Pernah terjadi ke atas diri saya ketika menaip surat menggunakan perisian Wordstar sekitar penghujung 80-an dahulu. Agak seronok pula melihat huruf-huruf perkataan yang ditaip jatuh berguguran bagaikan titisan hujan yang jatuh dari daun keladi. 🙂 Mereka menganggap ciptaan mereka sebagai sebuah seni kreatif yang diterjemahkan dalam bentuk idea yang menyeronokkan.

Sebenarnya di zaman moden ini terdapat sekumpulan virus siber yang pada hemat saya bukan virus tetapi lebih kepada program pengintipan dan mencuri data pengguna, contoh seperti spyware. Akan saya terangkan perkara tersebut didalam posting yang lain. Kalau dimasukkan sekali dalam posting ini, akan nampak keliru buat pembaca yang bukan teknikal. Kalau boleh saya akan menceritakannya secara santai dalam bentuk layman term.


Selalu sangat kita mendengar kata-kata mencegah lebih baik dari merawat. Untuk mencegahnya amat sukar kerana anda tidak boleh melakukan perkara berikut :

  • Elakkan dari menggunakan thumb drive atau external drive yang telah digunakan pada komputer lain yang tidak diketahui tahap kebersihannya. Bersih disini dimaksudkan bersih dari virus lah. Di zaman ini tiada lagi penggunaan disket, jadi tak perlulah bimbang.
  • Elakkan dari download apa perisian dari laman Web yang tidak popular. Jika laman Web itu popular, pihak admin akan menapis segala jenis perisian terlebih dahulu sebelum mengesyorkannya kepada anda. Mereka tidak mahu hilang kredibiliti. Laman Web yang menyediakan platform untuk download selalunya akan menyediakan ruang untuk mereka yang pernah download perisian tersebut meletakkan komen dan ratings. Pilih ratings yang tertinggi, contohnya 4/5 atau lebih baik 5/5.

Jadi, bagaimana? Sanggupkah anda meninggalkan 2 perkara di atas? Sudah tentu tidak kerana hidup tanpa penggunaan thumb drive dan berhenti dari melakukan kerja-kerja download adalah amat mustahil di zaman siber ini. Anda kena teruskan juga tetapi perlu berwaspada.


Bagaimana Cara Menghilangkan Virus?

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *