Apakah Kelebihan Huawei Mate10?

Bagi penggemar gajet telefon sudah tentu ternanti-nanti akan kemunculan sebuah telefon berkuasa tinggi seperti apa yang telah dilancarkan oleh Huawei menerusi rangkaian telefon pintar terkini Huawei Mate10 pada bulan Oktober 2017.

huawei mate10 advanced phone

Kecanggihan Huawei Mate10

Apakah Kelebihan Huawei Mate10?

Sudah tentulah pada ciri Artificial Intelligence (AI) yang diterapkan pada telefon ini. Teknologi AI ini telah lama dalam bidang-bidang teknologi maklumat yang lain dan kini telah mula digunakan dalam pembuatan sesebuah telefon bimbit. Antara lain ialah AI mampu mempelajari cara penggunaan telefon oleh si pemiliknya dan membolehkan telefon seolah-olah seorang pembantu khas kepada tuannya.


Spesifikasi Huawei Mate10

Kita tinjau serba sedikit mengenai spesifikasi Huawei Mate10 yang dikhabarkan amat canggih dan dijual pada harga yang amat berpatutan. Pada ketika artikel ini ditulis, telefon ini belum lagi dijual dipasaran. Pihak penjual hanya menerima pre-order sahaja.

Paparan Skrin

Generasi telefon masa kini menampilkan paparan skrin yang lebih besar agar mudah membaca maklumat yang di lihat di internet. Paparan penuh bagi Huawei Mate10 ialah 5.9″ dengan piksel 2560 x 1440, 499 ppi.


Platform Binaan Huawei Mate10q

Berasaskan sistem pengoperasian Andriod 8.0 (Oreo) dengan pemproses Kirin 970 untuk capaian proses berkelajuan tinggi. Dibina dengan ciri-ciri Artificial Intelligence (AI) yang disokong oleh Neural-Network Processing Unit (NPU). Telefon HUAWEI Mate10 ini amat bijak serta pantas kerana bilangan Central Processing Unit (CPU) yang digunakan adalah 8 unit (4 unit 2.4 Ghz Cortex-A73 dan 4 unit 1.8 GHz Cortex-A53), menjanjikan masa pemprosesan yang amat pantas.

huawei mate10 processor

Pemproses Kirin 970 Huawei Mate10

Kirin 970 diformulasikan untuk membolehkan ia memahami bagaimana si pemiliknya menggunakan telefon dengan meramalkan mod keberkesanan yang sesuai dan meningkatkan keupayaan agar telefon berfungsi dalam keadaan baik.

Kekuatan Bateri

Huawei Mate10 didatangkan dengan kekuatan bateri 4000 mAh. Dengan ciri-ciri kepintaran pengurusan bateri oleh telefon pintar Huawei Mate10, ia mampu menganalisa kegemaran si pemiliknya tentang penggunaan telefon ini dan secara bijak ia menyusun keperluan sistem. Secara langsung, pembaziran ke atas sumber keperluan sistem dapat diminimumkan dan seterusnya tenaga bateri dapat dioptimumkan.

Hasil Fotografi Yang Hebat

Kualiti imej yang dihasilkan menerusi penggunaan New Leica Dual Lens memang menakjubkan. Apa yang lebih penting ialah imej yang diambil hanya memerlukan usaha yang sedikit sahaja dari anda. Imej yang terhasil seolah-olah anda seorang jurugambar professional.

Fungsi Artificial Inteligence (AI atau Kepintaran Buatan jika diterjemahkan ke Bahasa Malaysia) pada Huawei Mate10 ini mampu menterjemahkan kesesuaian mod fotografi berdasarkan imej yang difokus di lensanya. Ia secara automatik menyesuaikan warna dan jumlah cahaya yang diperlukan agar imej yang terhasil adalah jelas serta berkualiti tinggi seolah-olah anda seorang yang mahir dalam bidang fotografi.

huawei mate10 selfie

Fungsi AI Memperlihatkan Kualiti Imej Yang Diambil

Kestabilan Fungsi Huawei Mate10

Dalam banyak-banyak ciri yang ditampilkan oleh Huawei Mate10, rasanya inilah fungsi yang paling penting iaitu keupayaan menangkap isyarat gelombang telefon dan kekal connected walaupun ketika berada didalam kenderaan yang bergerak pantas. Tidak lagi mengalami situasi data connectivity terputus-putus.

Kepintaran Buatan (AI) yang ada pada telefon ini membolehkan pemanggil yang bersuara perlahan, mampu didengar oleh pihak yang dipanggil dengan jelas kerana fungsi AI pada Huawei Mate10 akan mempertingkatkan kualiti suara yang masuk manakala panggilan yang berlatarbelakangkan bunyi yang bising akan melalui proses transformasi ke perbualan berkualiti tinggi menerusi fungsi nyah-bunyi bising (AI-advanced ambient noise cancellation).

Harga Huawei Mate10 di Malaysia

Di Malaysia, telefon ini dijual pada harga RM2,699 seunit sewaktu tempoh pre-order. Selepas telefon ini memasuki Malaysia untuk jualan secara terbuka, harganya akan mencecah lebih RM3,000. Jaminan 12 bulan diberikan secara local manufacturer warranty. Ini bermaksud, pemilik telefon ini hanya boleh menuntut jaminan di Malaysia sahaja.

Kesimpulan

Sebenarnya ada beberapa lagi ciri-ciri Huawei Mate10 yang berbeza dengan model telefon yang lain tetapi tidak dinyatakan di sini kerana review ini hanya mengambil ciri-ciri yang penting dan yang dapat menarik minat orangramai. Huawei Mate10 secara ringkasnya sebuah telefon pintar yang canggih pada harga yang berpatutan. Sebuah telefon yang bijak lagi pantas. Saiz paparan skrinnya juga agak luas dan imej fotografinya amat jelas. Kuasa baterinya juga amat panjang kerana fungsi AI bijak mengatur setiap keperluan sistem. Tidak kurang pentingnya ialah data connectivity amat stabil walaupun ketika berada didalam kenderaan yang bergerak pantas.

 

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *