Apakah Perbezaan Dual SIM Standby dan Dual SIM Active?

sim kad smartphone

Berapa ramai diantara kita yang peduli tentang fungsi dual SIM. Secara umumnya mana-mana smartphone yang mempunyai dual SIM membolehkan telefon bimbit tersebut menggunakan 2 nombor telefon didalam 1 telefon yang sama.

Tapi, tak ramai yang tahu bahawa telefon yang didatangkan dengan dual SIM terbahagi kepada 2 iaitu dual SIM standby dan dual SIM active.


Apakah Perbezaan Dual SIM Standby dan Dual SIM Active?

Dual SIM Standby sebenarnya terbahagi kepada 2 :

  • Senang cerita, direct to the point, dual SIM standby menghadkan pada satu-satu masa, hanya salah satu SIM sahaja yang boleh digunakan untuk menghantar mesej, membuat panggilan dan menerima panggilan. Anda perlu memilih dengan mengaktifkan salah satu SIM untuk berfungsi sepenuhnya. Ketika SIM pertama diaktifkan, SIM kedua hanya duduk diam tanpa sebarang kerja. 🙂
  • Model-model handphone yang terbaru pula mempunyai ciri-ciri Dual SIM Dual Standby (DSDS). Telefon dengan ciri-ciri ini berfungsi dalam mode active dan standby sepanjang masa. Tanpa perlu mengaktifkan mana-mana SIM, sekiranya seseorang membuat panggilan ke SIM-1 si penerima, SIM-1 menjadi aktif dan SIM-2 bertukar ke mode standby. Pada ketika SIM-1 sedang melayan panggilan masuk, sebarang panggilan ke SIM-2 akan menerima isyarat unreachable.

Jadi perbezaan Dual SIM Standby dan Dual SIM Dual Standby ialah dual SIM standby memerlukan pengguna mengaktifkan salah satu SIM manakala dual SIM dual standby tidak perlu mengaktifkan mana-mana SIM (pengaktifan berlaku secara automatik).

sim kad smartphone

Dual SIM Active

Dual SIM active pula mampu membuat panggilan dan menerima panggilan secara serentak. Eh…eh…macammana pulak ni. Kalau dibuatnya waktu tengah bercakap, ada pula panggilan masuk ke SIM yang satu lagi, macam mana jadinya. Sekiranya ini terjadi, akan berlakulah apa yang dipanggil call waiting dan call holding.  Pengguna boleh hold dulu perbualan dengan pemanggil ke SIM-1 dan menjawab panggilan ke atas SIM-2. Selepas habis bercakap dengan pemanggil ke SIM-2, pengguna boleh menyambung perbualan dengan pemanggil ke SIM-1.

Begitu canggih sekali teknologi telefon pintar sekarang ini, boleh tahan panggilan isteri dan sambung perbualan kekasih gelap. Hahahaa… Rasanya orang yang cipta teknologi ni memang ada pengalaman macam tu kot.


Ok, sekarang tentu korang dah jelas mengenai apakah perbezaan dual SIM standby dan dual SIM active. Jangan tertipu bila terbeli handphone dual SIM standby pada harga dual SIM active. Smartphone dilengkapi dengan Dual SIM active lebih mahal harganya. Ayat manis penjual kena ditapis dengan meneliti spesifikasi telefon tersebut dan untuk lebih baik lagi ialah dengan melakukan sedikit kajian di internet berkenaan spesifikasi smartphone tersebut. Antara rujukan yang baik ialah di laman web GSM Arena.

Tadi rasa macam nak tulis pendek je tapi tertulis panjang la pulak. Jumpa lagi di posting yang akan datang…bye.

Please follow and like us:

Related Post

1 Comment

  1. Pingback: Jenis-jenis SIM Kad | Rentas Hidup

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *