Asas Sains Komputer Di Sekolah Menengah

buku aturcara komputer

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) telah dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang telah diguna-pakai sejak tahun 1989. KSSM diperkenalkan bagi memenuhi dasar baharu dibawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Ia diperkenalkan dengan hasrat menjadikan kurikulum sekolah menengah setanding dengan standard antarabangsa.


Asas Sains Komputer atau ASK telah mula diperkenalkan pada tahun 2017 dibawah pelan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). ASK merupakan kesinambungan subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang telah diperkenalkan pada peringkat sekolah rendah dan menggantikan program Information and Communication Technology Literacy (ICTL) di peringkat sekolah menengah yang mula dilaksanakan pada tahun 2007.

KSSM ASK bermatlamat untuk menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pemikiran komputasional. Kemahiran ini dapat melengkapkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas sains komputer yang merangkumi kemahiran pengaturcaraan dan algoritma bagi melahirkan murid yang kreatif, inovatif, dinamik dan beretika dalam mengamalkan budaya TMK.

kerangka konsep ask

Kerangka Konsep ASK

Objektif Perlaksanaan Kurikulum Asas Sains Komputer

KSSM ASK bertujuan membolehkan murid mencapai objektif berikut:

1. Menyusun, menganalisis dan mempersembahkan data atau idea secara logik dan sistematik;
2. Mengguna, mengesan dan membetulkan kesalahan algoritma dan aturcara menggunakan pemikiran logik dan pemikiran komputasional;
3. Menyelesaikan masalah kompleks melalui pemikiran komputasional menggunakan penyelesaian berteraskan komputer; dan
4. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengkomputeran secara beretika, berhemah dan bertanggungjawab.

Kurikulum Asas Sains Komputer Peringkat Menengah Rendah

Terdapat empat (4) bidang pembelajaran yang digubal dalam Kurikulum ASK menengah rendah iaitu :

  • Konsep Asas Pemikiran Komputasional
  • Perwakilan Data
  • Algoritma
  • Kod Arahan.

Kandungan yang terdapat dalam kesemua bidang ini disusun atur mengikut aras kognitif murid iaitu dari aras mudah ke aras yang lebih kompleks.


Konsep Asas Pemikiran Komputasional

Konsep Asas Pemikiran Komputasional dapat membantu murid menyusun, menganalisis dan mempersembahkan data atau idea secara logik dan sistematik. Melalui bidang pembelajaran ini, murid dengan mudah dapat menyelesaikan masalah kompleks melalui teknik leraian, pengecaman corak, peniskalaan dan pengitlakan.

Perwakilan Data

Perwakilan Data diperkenalkan kepada murid untuk menunjukkan data diwakili dalam bentuk sistem penomboran dan skema pengekodan bagi membolehkan manusia berinteraksi dengan komputer. Dalam bahagian ini, pelajar didedahkan tentang sistem nombor perduaan yang menjadi tunjang senibina komputer.

Algorithm

Bidang ini merangkumi kaedah membina algoritma melalui pseudo kod dan carta alir. Murid dapat menerangkan penggunaan algoritma, membangunkan algoritma dan menggunakan algoritma dalam penyelesaian masalah dengan mengaitkannya dengan kehidupan seharian. Pelajar akan diberikan penekanan tentang penggunaan carta alir bagi menerangkan aturan proses yang dilakukan oleh logik aturcara komputer.


Kod Arahan

Kod Arahan merangkumi konsep dan elemen asas pengaturcaraan serta aturcara mudah. Bidang ini melatih murid membina pemikiran logik dalam menyelesaikan masalah melalui penggunaan aplikasi pengaturcaraan. Ini merupakan peringkat akhir dalam pembikinan sesebuah sistem komputer samada sistem berskala kecil atau besar.

Kesimpulan

Pendedahan tentang ilmu Sains Komputer diperingkat sekolah sememangnya amat baik bagi melahirkan generasi cekap IT dan seterusnya dapat membantu lepasan SPM melanjutkan pelajaran dalam bidang IT. Siapa sangka, jika dahulu subjek berkaitan Sains Komputer hanya diajar diperingkat universiti, kini telah mula diajar diperingkat sekolah menengah. Disamping itu, ia dapat menanam minat pelajar untuk menceburi bidang berkaitan Sains Komputer apabila mereka meninggalkan alam persekolahan.

Rujukan : Laman web Kolej Sultan Abdul Hamid

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *