Backup Phone Ke Komputer

sync android smartphone and pc tools

Semakin bertambah parah handphone aku ni sejak akhir-akhir ni. Perlahan semacam je handphone lembab bagai nak rak, sampai benar-benar menguji tahap kesabaran aku. Last-last kena jugak buat keputusan yang agak berat iaitu factory reset.


Factory reset adalah satu proses melakukan sistem restore sepertimana phone baru sahaja dilahirkan dari kilang handphone. Tapi jangan sebarangan tekan butang factory reset sebab habis semua data-data atau maklumat penting yang akan dihapuskan secara kekal. Maksudnya anda tidak akan dapat kembali membaca maklumat penting terutamanya senarai nombor telefon yang ada didalam phone contact.

Sebagai pengguna telefon rasanya phone contact adalah maklumat penting yang perlu diselamatkan. Salah satu cara ialah melakukan proses backup terhadap maklumat yang dirasakan penting ke komputer peribadi.

Terdapat beberapa tools dalam Playstore yang berkeupayaan melakukan proses backup phone ke komputer. Dalam hal ini, aku memilih SyncDroid apps. Nampak mudah prosesnya.

sync android smartphone and pc tools

  1. Download SyncDroid For Desktop ke komputer anda. Anda boleh melayari laman web www.sync-droid.com untuk download SyncDroid for Desktop.
  2. Melalui Playstore, sila download SyncDroid For Phone ke smartphone anda.
  3. Pilih bahagian mana yang ingin dibackup – phone contact, image, audio, sms, call logs.
  4. Klik butang backup.

sync android phone and pc tools


Setelah anda klik pada butang Backup, tools akan mula memindahkan fail-fail yang mengandungi maklumat-maklumat yang dikehendaki ke dalam komputer anda. Proses backup phone ke komputer  akan mengambil sedikit masa bergantung kepada saiz maklumat yang ingin dibackup.

sync android and pc toolsTerdapat 2 cara bagi tujuan komunikasi diantara SyncDroid desktop dan smartphone, samada melalui kabel USB ataupun melalui WiFi. Jika anda memilih untuk melakukan proses backup phone ke komputer melalui WiFi, anda hanya perlu masukkan kod verifikasi yang dipaparkan di skrin smartphone anda ke ruang input yang dipaparkan di skrin komputer anda. Ini bertujuan untuk mengesahkan padanan pasangan smartphone dan komputer.

Seandainya phone anda tak perlu buat factory reset pun tidak ada salahnya jika anda selalu melalukan proses backup phone ke komputer sebagai langkah berjaga-jaga jika handphone tiba-tiba gagal berfungsi. Jika ini berlaku sehinggakan anda perlu membeli phone baru, sekurang-kurangnya sejumlah maklumat telah ada dalam simpanan di komputer.

sync android phone and pc tools

Bagi tujuan restore pula, proses yang perlu dilakukan adalah simple sahaja. Padankan smartphone dan komputer menggunakan kod verifikasi yang diberikan dan pilih jenis maklumat yang ingin anda restore. Proses ini mengambil masa yang lebih lama berbanding proses backup. Untuk anda melakukan kesalahan dalam proses backup atau restore adalah amat tipis sekali kerana tools ini amat mudah digunakan buat mereka yang tiada pengalaman IT. Semoga anda berjaya.

 

 

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *