Bagaimana Membuat Powerbank Dengan Mudah

tips membeli power bank

Topik kali ini agak teknikal sedikit tetapi sebagai menambah ilmu pengetahuan am, apa salahnya jika kita layan beberapa sedutan video yang saya petik dari youtube.


Terdapat banyak video di laman Youtube berkenaan topik membuat powerbank tetapi saya hanya memilih video yang mempunyai kriteria berikut :

  • Tinggi kualiti persembahan. Persembahan haruslah menarik minat penonton untuk mengikuti video tersebut.
  • Tinggi kualiti imej. Video mestilah dalam grafik beresolusi tinggi. Paparan dalam mod yang jelas.
  • Mudah membuat powerbank. Aturan kerja yang mudah dan teratur.
  • Menggunakan bahan yang mudah didapati. Kita tidak mahu menggunakan bahan yang mahal dan sukar mencari bahan tersebut di pasaran.
  • Tinggi tahap kreativiti. Ini merupakan satu bonus jika pembuat video dapat memasukkan unsur-unsur kreativiti dalam pembikinan video mereka.

masalah kabel powerbank

Video 1

Kualiti persembahan memang bagus dan imej yang diambil juga amat jelas. Proses kerja amat teratur dan mudah pula untuk mendapatkan bahan-bahan projek. Penggunaan kotak Tic-tac memang amat mengujakan, dari terbuang elokla dikitar semula.

Video 2

Persembahan yang menarik dengan imej yang jelas begitu juga kualiti audio tetapi pembikinan power bank agak lebih kompleks. Kreativiti memang baik dengan penggunaan bahan-bahan lama dan terpakai.


Video 3

Paling ringkas dan mudah untuk diikuti. Kualiti imej yang baik tetapi jika disertakan dengan audio akan lebih menarik minat penonton. Cuma hasil dari projek itu nampak terlalu ringkas dan sesuai untuk kes-kes kecemasan. Power bank yang dihasilkan tidak mempunyai kotak simpanan yang khusus.

Amaran

Dalam siri Bagaimana Membuat Power Bank Dengan Mudah, anda dikehendaki berhati-hati ketika menggunakan peralatan yang melibatkan arus elektrik. Dapatkan seorang dewasa yang boleh memantau kerja-kerja membuat power bank sekiranya anda masih lagi dibawah umur. Sekiranya power bank anda tidak berfungsi, anda cubalah memeriksa kabel, soket, port usb dan port output yang mungkin mengalami masalah, yang kebiasaannya disebabkan oleh faktor kelonggaran bahagian tersebut.

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *