Bagaimana Mencipta Kata Laluan Yang Baik

norton password generator

Apa itu password?

Password atau kata laluan ialah “kunci” yang digunakan untuk membuka laluan ke atas sesuatu tempat atau sesebuah sistem komputer. Dalam kata lain, kata laluan diringkaskan sebagai kunci untuk membuka sesuatu sumber yang menyimpan maklumat atau objek yang amat sulit. Kata laluan boleh berbentuk gabungan huruf/nombor, gabungan objek dan juga dalam bentuk ungkapan suara.


Sejarah Kata Laluan

Kata laluan telah lama digunakan sejak zaman dahulu lagi. Tentu anda masih ingat akan kisah Ali Baba Bujang Lapok. Dalam kisah tersebut, ketua penyamun mempunyai kata laluan untuk membuka gua yang menempatkan hasil rompakan. Ketua penyamun akan menyebut “Niat Insong Mata Kaji Semar Ngiseng” dan sistem gua akan memproses audio tersebut untuk membuat padanan audio. Sekiranya audio berjaya dipadankan dengan rekod audio yang sebenar, maka, sistem gua akan mengarahkan pintu gua untuk dibuka dengan sendirinya. Lebih kurang begitulah cara bagaimana lontaran kata laluan oleh ketua penyamun dapat membuka pintu gua dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.

Terdapat juga kata laluan dalam bentuk gabungan objek dimana objek disusun mengikut tertib dan seterusnya dipadankan dengan susunan yang diterima oleh sistem. Penggunaan kaedah ini dapat dilihat dalam filem berkaitan pemburuan harta karun seperti filem Indiana Jones.

Memasuki era penggunaan komputer dalam kehidupan seharian, penggunaan kata laluan memang tidak dapat dielakkan. Sekiranya anda menggunakan komputer yang dihubungkan ke rangkaian komputer pejabat, penggunaan kata laluan diwajibkan untuk mencapai maklumat dalam sistem. Setiap pekerja akan dibekalkan dengan ID (identification) pengguna dan kata laluan. Pekerja tidak dibenarkan sama sekali berkongsi ID pengguna dan kata laluan dengan rakan sekerja untuk memastikan mereka bertanggungjawab terhadap maklumat yang dicapai didalam sistem komputer.

Bagaimana Mencipta Kata Laluan Yang Baik

Ramai yang merungut kerana terlalu banyak yang perlu dihafal, dari kad ATM bank, login masuk ke sistem komputer di pejabat, login masuk ke sistem email (bukan 1 email tapi mungkin banyak email), laman web berbentuk forum, Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.

Elakkan dari menggunakan kata laluan seperti dibawah :


  • Perkataan “password” sebagai password.
  • Nombor mudah berturutan seperti 12345678
  • Abjad berturutan seperti abcdefgh
  • Nama anak
  • Nama isteri
  • Nama sendiri
  • Nombor Kad Pengenalan

Contoh-contoh kata laluan di atas amat mudah diteka dan dipecahkan. Jika satu dari sistem berjaya dimasuki penggodam, amat mudah penggodam memasuki sistem-sistem yang lain.

Untuk mencipta kata laluan baik, anda perlu menggabungkan abjad, nombor, huruf khas seperti @, #, $, %, ^, & dan sebagainya. Kata laluan ini harus dikemaskini secara tetap, contohnya setiap 3 bulan dan setiap pembaharuan kata laluan tidak dibenarkan mengulangi kata laluan yang pernah digunakan.

Kata Laluan Tinggi Keselamatan

Terdapat juga beberapa perisian percuma di internet yang dapat membantu anda menjana kata laluan yang lebih tinggi tahap keselamatannya. Antaranya ialah Norton Password Generator (seperti dalam gambar dibawah).

norton password generator

Penjana Kata Laluan Oleh Norton

Anda hanya perlu masukkan berapa bilangan aksara yang dikehendaki. Aksara bermaksud abjad, nombor dan simbol-simbol khas seperti !, @, #, $, %., ^. Lebih panjang aksara kata laluan, lebih sukarlah kata laluan itu untuk dipecahkan oleh penggodam. Di sesetengah organisasi, mereka mempunyai polisi kata laluan yang tertentu, contohnya, kata laluan mestilah tidak pernah digunakan sebelum ini dan mempunyai jumlah minima aksara yang dibenarkan.


norton password generator

Penjana Kata Laluan

Sebagai hasilnya, kata laluan telah pun berjaya dijana seperti dalam imej dibawah. Jika dilihat dari setting yang diberikan di atas, kata laluan adalah dalam 8 aksara panjang, mempunyai abjad atau nombor, huruf besar atau kecil, tiada aksara yang berulang secara bersebelahan dan gabungan huruf besar dan kecil.

Hasil Janaan Kata Laluan

Kesimpulan

Memang kita rasa risau melihat bentuk kata laluan yang dijana oleh perisian Norton Password Generator. Mampukah kita menghafal kata laluan tersebut. Bukan 1 ID pengguna yang kita ada, malahan berpuluh ID yang perlu dihafal. Selain menulis ID dan kata laluan di sehelai kertas yang mungkin terdedah kepada risiko kehilangan atau jatuh ke tangan orang lain, anda boleh menggunakan sebuah perisian yang membantu merekod setiap ID anda dan kata laluan. Ikuti artikel berkaitan ID pengguna dan kata laluan di topik Lupa Kata Laluan. Perisian tersebut juga mampu menampal ID pengguna dan kata laluan dari rekodnya ke ruang input ID pengguna dan kata laluan di skrin.

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *