Buat Duit Melalui Internet Dengan Clickbank

clickbank marketplace

Kisahnya bermula apabila saya melayari Internet untuk mencari bahan untuk menulis di blog saya yang lain. Secara tidak sengaja terjumpa pula satu laman Web yang menceritakan kisah mengenai cara-cara buat duit melalui Internet dengan Clickbank. Tak sangka pula Internet mampu menjana duit sampingan atau mungkin juga jika kena gayanya mampu menjana pendapatan utama. Setelah membeli ebook tersebut, saya pun mula mempratikkan segala tunjuk-ajar yang diberikan. Perkongsian ilmu yang diperturunkan oleh penulis ebook berkenaan amat praktikal sekali. Lalu bermulalah langkahku menjadi Internet Marketer tahap 1.

Saja saya nak share sikit cek pertama yang saya terima dari Clickbank. Taklah banyak cuma dalam tiga ratus lebih sahaja dalam matawang USD. Mengapa USD? Sebab Clickbank beroperasi di USA.


buat duit melalui internet

Buat masa ini saya tidak dapat mewar-warkan siapa diri saya, cuma, anda perlulah mempercayai bahawa cek itu adalah kepunyaan saya. Bukan kerana saya takut didatangi oleh pegawai LHDN, tidak sama-sekali kerana jumlah pendapatan Internet saya masih dibawah paras pendapatan yang dikenakan cukai. Betulllll…..percayalah.

Mungkin dah ada yang tertanya-tanya apa itu Clickbank.who is Clickbank

Clickbank merupakan sebuah gedung yang menyimpan produk maklumat digital seperti ebook, video, software, audio dan membership site. Produk digital disini bermaksud produk yang hanya boleh diakses melalui internet sahaja. Tidak dapat disentuh dengan tangan langsung! Dah faham? Senang cerita, jika anda menerima email yang mempunyai attachment dokumen Excel, adakah anda mampu menyentuh dokumen tersebut dengan tangan. Selepas dokumen dicetak tidak dikira sebagai boleh disentuh dengan tangan ye. Hehehe…

Clickbank bertindak sebagai platform hubungan diantara pihak penjual produk digital dengan pihak affiliate marketers. Affiliate marketers adalah mereka yang membantu mempromosikan produk-produk Clickbank di laman Web mereka samada ianya laman Web statik atau blog. Dalam tahun 2011, Revenue Magazine menamakan syarikat tersebut sebagai top affiliate network di Amerika Syarikat. Clickbank berpangkalan di Boise, Idaho.

Clickbank senantiasa membantu penjual produk dengan mengamalkan konsep menang-menang dimana mereka sentiasa menganalisa keberkesanan platform yang mereka sediakan. Sudah tentu jika platform jualan berkesan, maka, kuantiti jualan meningkat secara langsung dan ini menguntungkan semua pihak iaitu Clickbank, penjual produk dan juga kepada mereka yang mempromosikan produk-produk Clickbank.

“We are seeing a significant increase of both the number of products as well as sales within the health, exercise, home and family life products, which aligns with the shift to blogs and digital means for consumer lifestyle information,” said Matt Hulett, CEO of ClickBank. “To serve this increased and future demand we’re expanding how we support the entrepreneurs who are creating digital products from their expertise with performance marketing solutions. We’re adding to the tools and helping to provide the platform so that they can deliver a seamless shopping experience.”

Dipetik dari News Release Clickbank.

Ok, tarik nafas dalam-dalam, tegakkan badan dan buat sedikit senaman dalam kiraan 8,7,6,5, 8 lagi….

Bagaimana memulakan langkah buat duit melalui Internet dengan Clickbank.

Langkah 1 : Sudah tentulah anda perlu mendaftar di http://www.clickbank.com. Rasanya tidak perlulah saya pimpin tangan anda untuk klik yang mana, takut nanti artikel ini menjadi terlalu panjang. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan klik pada butang “SIGN UP” yang tertera pada skrin. Saya bimbang jika saya terlalu menunjukkan skrin Clickbank di artikel ini akan menyebabkan masalah di kemudian hari apabila Clickbank menukar bentuk laman Web mereka. Ini akan mengelirukan pembaca jika saya tidak mengemaskini artikel ini. Harap anda faham akan perkara ini. Kemungkinan juga di masa depan Clickbank menukar menu SIGN UP kepada REGISTER. Ha…berkemungkinan juga kan? Maka sebab itulah meletakkan panduan berpandukan kepada screen print ada risikonya.

Satu borang online akan dipaparkan dan anda perlu mengisi maklumat diri anda dengan lengkap. Pastikan nama dan alamat adalah betul dan Payee Name mestilah sama dengan nama di akaun bank anda. Nama inilah yang tertera di cek Clickbank dan dihantar ke alamat yang diisi oleh anda. Kalau nak isi nama dan alamat saya pun boleh juga. Terima kasih ye.

Langkah 2 : Dapatkan kembali laman utama Clickbank dan seterusnya login ke akaun anda. Cepat klik pada menu Log In.

Langkah 3 : Selepas Log In, sila klik pada Marketplace. Menu Marketplace ini terletak disebelah kanan paling atas pada laman Web yang dipaparkan. Jangan bimbang, susun-atur laman Web mereka agak kemas dan mudah dilayari.

clickbank marketplace Didalam bahagian marketplace inilah anda dapat melihat senarai produk-produk yang boleh buat duit melalui Internet dengan Clickbank. Mereka telah menyusun produk-produk tersebut dalam kategori masakan, komputer, keibubapaan, permainan dan sebagainya. Lihat pada bahagian tepi yang berwarna merah. Ini memudahkan anda memilih niche yang sesuai dengan jiwa, kemahiran dan bidang ilmu yang anda ada.

Katakanlah anda suka duduk dapur memasak tak henti-henti bila ada masa terluang, maka, ini menunjukkan jiwa anda jiwa dapur, kemahiran anda adalah memasak dan anda punya ilmu memasak. Hah…ini dah cantekkkkk dah. Maka, saya sarankan anda pilih niche Cooking dan Home & Garden. Saya nak beri sedikit tips yang tak seberapa; jangan sesekali memilih terlalu banyak niche pada peringkat awal, dibimbangi anda tidak dapat fokus dalam kerja-kerja mempromosikan laman web anda nanti.


Oh ye, hampir terlupa pula. Perasan tak dibahagian kanan mempunyai ruang Sponsor Links? Ini adalah link ke laman web jualan si penjual produk. Bermakna jika anda klik pada link ini, anda merupakan seorang prospek mereka. Boleh klik, macam kita pergi kedai, tengok saja bukan kena bayar pun.

Langkah 4 : Menapis produk. Saya tidak mahu terlalu memperincikan perkara ini kerana ianya akan menjadi terlalu teknikal dan akhirnya anda pening kepala dan tak berminat lagi membaca artikel ini. Memadai saya hanya menerangkan apakah aspek yang penting dalam menapis produk-produk Clickbank. Lihat pada screen print di sebelah.promote produk Clickbank

Ada 2 bahagian yang perlu diambilkira iaitu Avg $/sale dan Grav. Avg $/sale ialah Average Dollar per sale manakala Grav adalah Gravity. Hehehe…senang betul nak jelaskan. Average Dollar per sale ialah purata komisyen yang anda dapat bagi setiap jualan yang berjaya dihasilkan.  Ingat ye, nilai jualan itu adalah dalam USD. Darabkan dengan 3.4 untuk menukar kepada Ringgit Malaysia. Amacam? Lumayan bukan?

Gravity itu apa? Gravity ialah penunjuk tentang kelarisan produk tersebut. Lebih tinggi nilai gravity maka lebih tinggilah jumlah jualan sesebuah produk tersebut. Akan tetapi harus diambilkira bahawa produk-produk yang laris dijual mempunyai kadar persaingan yang tinggi di medan peperangan promosi. Anda bersetuju dengan saya? Kenalah bersetuju sebab itu hakikatnya. Mereka yang bergelar affiliate marketer akan berlumba-lumba membina laman web dan mempromosikan produk tersebut.

Selain dari itu, anda perlu klik pada link produk tersebut dan lihat sendiri laman web produk. Dalam contoh di atas link produk ialah “Paleo Recipe Book – Brand New Paleo Cookbook”. Jiwai setiap bait kata-kata didalam laman web jualan tersebut.

Tips pemilihan produk :

  • pilih produk yang mempunyai gravity yang sederhana. Kalau anda baru nak bermula, pilihlah dalam lingkungan 20-70
  • elakkan memilih niche “Money Making”. Semua orang nak buat duit kan? Jadi tinggilah persaingannya.
  • sekiranya anda seorang pembeli, adakah anda tertarik dengan tawaran dan bukti-bukti keberkesanan produk?
  • pilih produk yang tidak terlalu mahal. Disarankan tidak lebih USD50 dan komisyen tidak kurang 60%
  • produk mempunyai testimoni yang baik
  • mempunyai tawaran kedua sebaik sahaja anda menutup laman web tersebut. Saya suka laman web sebegini kerana mereka ada menawarkan diskaun. Macam kita pergi ke kedai untuk membeli, selepas berjam-jam tawar-menawar, kita pun tak setuju dengan harga tawaran lalu angkat kaki belah. Terus tauke kedai panggil balik “…haiya kawan…angkat-angkatla..haiya manyak rugi woo”. Dia panggil balikkkk…..jual pada harga yang kita minta.
  • produk mempunyai bahan-bahan promosi yang baik seperti banner yang mengancam dan artikel-artikel yang memukau si pembaca. Selalunya mereka akan membekalkan affiliate marketer bahan-bahan promosi yang asas.
  • buat sedikit penyiasatan di internet seperti di forum-forum samada produk tersebut adalah produk yang tak berkualiti dalam kata lain produk sampah!
  • juga yang paling penting mempunyai jaminan wang dikembalikan. Dah guna, produk bagus tapi minta balik wang, kata produk tak serupa bikin. Sebenarnya kita sendiri malas nak praktikkan apa yang disuruh dalam ebook tersebut. Produk digital macammana nak pulang balik, sudah tentu simpan terus. Sikap sebegini adakalanya berlaku tapi nisbahnya terlalu kecil sebab itu penjual produk tidak ambil kisah sangat. Lagipun kos pengeluaran produk digital amat rendah sebab tak perlu buat di kilang, tak perlu bungkus, tak perlu pos. Kalau adapun mungkin kos upah pelukis grafik dan copywriter. Hormatilah penat-lelah penjual produk.

Langkah 5 : Tekan butang PROMOTE. Anda akan dibawa ke skrin yang menjana link affiliate Clickbank.

cipta link produk ClickbankUntuk account nickname taipkan nama nickname anda di Clickbank. Tracking ID sila abaikan buat masa ini. Tekan butang CREATE.

link affiliate clickbankLangkah 6 : Anda akan diberikan link affiliate dan satu kod html yang mengandungi link affiliate. Apa bezanya? Susah juga saya nak terangkan di sini. Link affiliate anda boleh letakkan di facebook sebagai contoh. Manakala kod html lebih kepada meletakkan kod didalam kandungan laman web. Kalau masih tak faham, sila ajukan diruangan komen, saya akan cuba membantu.

Langkah 7 : Buat promosi laman web anda dan kalau ada rezeki ada la nanti duit poket dari Clickbank. Tapi jangan terlalu berharap jika usaha ciput. Sesebuah laman web baru memerlukan masa untuk “diketahui” oleh pakcik google. Kalau hari ini kita terbitkan laman web, bulan depan pun belum tentu pakcik Google jumpa. Untuk cepat diketahui, anda perlu rajin pergi ke laman-laman web yang mempunyai niche yang sama dengan laman web anda dan turut serta memberikan komen di laman web yang dikunjungi dengan meletakkan alamat laman web anda. Pastikan laman web tersebut mempunyai Pagerank (PR) yang tinggi. Jika boleh PR3 ke atas.

Contoh komen yang ditulis di laman web masakan yang berstatus PR3 :

Saya amat kagum dengan artikel tuan dan sekiranya makanan yang dimasak menggunakan sayur organik akan menjadikan masakan seseorang itu lebih sedap. Saya ada menulis tentang cara-cara menanam sayur-sayuran organik didalam rumah. Ya, dalam rumah sahaja, tak perlukan halaman bertanah pun. Silakan ke laman web saya di www.sayurorganikdalamrumah.com

Itu salah satu strategi yang dinamakan backlinking (betul ke apa yang saya sebut ni). Backlink ini ibarat kita memaut tangan seseorang yang terkenal dan kita berjalan beriringan. Contohnya jika saya memaut tangan Farah Fauzana dan berjalan beriringan dengan saya, sudah tentu saya akan lebih cepat dikenali ramai. Tentu orang akan terbeliak biji mata, ketawa berguling-guling dan cepat menjadi viral di laman sosial dan saya menjadi terkenal. Tapi kalau backlink yang saya buat ke atas Farah Fauzana berlebih-lebihan sudah tentu saya akan di”ban” oleh bapanya. Tak boleh keluar dating lagi. Samalah dalam hal backlinking, kalau dalam tempoh yang singkat sesebuah laman web mempunyai beratus-ratus backlinks, Google mengesyaki yang laman web anda menggunakan kuasa robot transformers untuk melakukan kerja-kerja auto backlinking. Google mahukan laman web yang natural dari segi kematangan. Didalam artikel yang lain akan saya kongsikan dengan lebih terperinci lagi tentang backlinking, pagerank dan sebagainya.

Selamat mencuba dan terus mencuba pasti kejayaan akan menyusul.

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *