Cara-cara Melakukan Factory Reset Samsung Galaxy Grand Quattro Duos

samsung galaxy grand quattro factory reset

Sambil berehat aku layan facebook guna handphone. Skrol punya skrol ternampak satu suggested post pasal apps yang boleh buat housekeeping dan seterusnya melajukan smartphone. Memanglah dah sehari ke sehari duk la rancang nak buat factory reset tapi masih pendamkan aje plan tu. Reason sebab malas nak install balik semua apps yang dah ada. Apps yang aku guna tak banyak cuma Whatsapp, Facebook, Call Recording, Dropbox, tapi masih jugak malas nak install semula. Henfon memang toksah cakapla punyala slow giler.


Aku tak ingat apps apa ke namanya yang boleh lajukan henfon tu. Henfon memang dah agak penuh, maklumla henfon lama je Samsung Galaxy Grand Quattro Duos. Ni kiro henfon nombor duo paling majulah kek pokan Pilah ni maso den boli dulu.

samsung galaxy boot loop

Samsung Galaxy Grand Quattro Duos Bootloop Problem

Lepas je install mulalah mimpi ngeri pun tiba. Henfon tak berhenti-henti start semula. Bila tiba je kat skrin permulaan yang ada tulis logo nama Samsung tu…terus dia patah balik restart dan dok la ulang proses tu sampai naik panas bateri dan hanya berhenti bila bateri habis.

samsung galaxy grand quattro bootloop problem

Samsung Galaxy Grand Quattro Duos – Boot Loop Problem

Aku mula la buat andaian ….satu je yang aku pikir iaitu RAM dah hampir penuh masa permulaan sistem load semua services. Tak cukup RAM mula lah dia jadi biol tak tentu arah macammana nak mula. Agaknya la kot…

Aku tak panik…aku rileks je sebab tau macammna nak buat factory reset tapi masalahnya aku hanya tahu nak reset melalui option settings yang ada selepas henfon dihidupkan. Jenuhla buka laptop cari dalam internet mengenai cara-cara melakukan factory reset Samsung Galaxy Grand Quattro Duos. Proses factory reset ini sebenarnya adalah topik yang sama sekiranya anda mencari topik berkaitan cara format telefon Samsung.

Ada 2 versi penerangan yang telah dikongsikan oleh teman-teman internet.

  1. Ada yang kata tekan butang start, butang volume up dan butang home secara serentak. Selepas keluar logo Samsung (ada getaran) terus lepaskan semua butang.

2. Ada pula yang kata tekan butang start, butang volume up dan butang home secara serentak. Selepas keluar logo Samsung (ada getaran), lepaskan butang start terlebih dahulu. Bila keluar menu Android terus lepaskan semua butang.

samsung galaxy grand quattro factory reset

Samsung Galaxy Grand Duos – Factory Reset

Jadi kaedah mana yang menjadi untuk henfon aku ni. Kaedah yang kedua tu yang menjadi. Kebetulan kaedah yang kedua tu cuma dapat dikesan selepas hampir 12 jam mencari dan mencuba. Fuhhh….lega.

samsung galaxy grand quattro factory reset

Samsung Galaxy Grand Quattro Factory Reset

Bila dah dapat skrin yang macam kat atas tu barulah lega betul. Pilih aje Wipe Data/Factory Reset memang berdesup la henfon kena rata terus kosong tanpa apps yang aku pernah install. Apa yang sedihnya backup phone book yang terakhir aku buat ialah 8 bulan yang lalu. Nak taknak kena juga restore fail backup yang aku ada tu. Mujur tak banyak nombor henfon yang dimasukkan dalam tempoh tu.

Kesimpulannya, jadikan satu tabiat sentiasa melakukan proses backup ke atas applikasi-applikasi yang penting. Antaranya ialah :


  • kena periksa terlebih dahulu berapa baki ruang simpanan yang masih tinggal.
  • kena selalu buat backup phone book supaya tidak terlepas nombor-nombor telefon yang penting.
  • kena selalu buat pindahan database Whatsapp ke SD Card supaya anda masih boleh dapat mesej-mesej yang terdahulu.
  • kena tahu akan kepentingan apps yang ingin dipasang di smartphone. Jika tidak penting, tidak perlulah segala macam apps dipasang di smartphone. Hakikatnya, lebih banyak apps yang dipasang, lebih memberatkan sistem pengoperasian telefon tersebut. Perkara ini bukan hanya melibatkan sistem Android tetapi ia juga boleh mendatangkan masalah pada sistem pengoperasian yang lain.
Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *