Cara Kenalpasti Powerbank Pineng Ori

powerbank pineng verification code

powerbank pineng verification stickerPowerbank semakin hari semakin diperlukan oleh pengguna smartphone. Kepentingan powerbank bagi sesetengah penggemar gajet umpama talian hayat kepada gajet-gajet yang dibawa oleh mereka. Seandainya anda sentiasa membawa 2 buah telefon dan juga sebuah tablet, maka, powerbank amat menjadi satu keperluan.


Di pasaran semasa, terdapat banyak terjual powerbank dalam berbagai kapasiti dan berbagai jenama. Ada yang murah sehingga paras bawah RM50 dan ada yang melebihi RM200. Paras harga ini ditentukan oleh kapasiti powerbank tersebut dan juga jenama powerbank itu sendiri. Jenama yang popular sudah tentu harganya sedikit mahal berbanding yang lain. Kebiasaannya jenama yang popular didatangkan dengan tempoh jaminan yang lebih panjang.

Jenama Pineng di Malaysia

Jenama Pineng amat popular di Malaysia dan ini menjadikan ianya terdedah kepada sindiket pemalsuan produk oleh mereka yang cuba mengaut keuntungan atas titik peluh orang lain. Jenama Pineng di Malaysia diedarkan oleh Tic Tech Enterprise.

(HQ) Tic Tech Enterprise
A-3-29, 3rd Floor, Great World Center, 197-199 , Jalan Kampar, 30250 Ipoh, Perak
sales@pineng.com.my
05-2557050 1pm-7pm Sunday Closed
05-2557050

Zhongshan Pineng Battery Co Ltd pengeluar produk PINENG telah melantik Tic Tech Enterprise sebagai pengedar mereka dan ianya berkuatkuasa sehingga 28-Feb-2018.


Pihak syarikat ada menyatakan dengan jelas bahawa jaminan mereka tidak merangkumi powerbank yang dibeli dari Lazada, mana-mana pasaran online yang tidak diiktiraf, kedai-kedai yang tidak diiktiraf, penjual individu secara online atau produk tiruan.

Cara Kenalpasti Powerbank Pineng Ori

Terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti powerbank Pineng yang original, antaranya :

Periksa pelekat verifikasi dibahagian belakang kotak. Gosok peleket verifikasi tersebut untuk melihat nombor verifikasi 16-digit. Seterusnya, masukkan kod verifikasi tersebut di http://pineng.com.my/Product-Verification.

powerbank pineng verification codeBerdasarkan kepada hasil verifikasi di laman web Pineng tersebut, anda perlu membandingkannya dengan apa yang ditulis di sini.

Hasil Verifikasi Powerbank Pineng Ori

powerbank pineng verify genuine

Sistem verifikasi Pineng akan mengeluarkan mesej diatas sekiranya belum ada lagi pihak yang cuba melakukan verifikasi menggunakan kod verikasi anda. Serentak dengan semakan kali pertama itu, sistem verifikasi Pineng akan merekodkan bahawa anda adalah pembeli powerbank Pineng original dan sekiranya anda cuba melakukan verifikasi kali kedua, anda akan mendapat mesej seperti dibawah.

Hasil Verifikasi Powerbank Pineng Tiruan/Palsu

powerbank pineng verify fakeKod Verifikasi Powerbank Pineng Tiruan

Berikut adalah senarai kod verifikasi powerbank Pineng tiruan :
1. 1771775015782278
2. 1771694567154309
3. 1771994605779791
​4. 1771994605764362
5. 1771994605764490
6. 1771133400762143
7. 1771083080328282
8. 2123818536109268
9. 2123526187731626
10. 2123835239825166
11. 2123257238888030
​12. 2123189563045248
​13. 2123478721424532
​14. 2123788766499738
15. 2123994227556459

Pelekat Verifikasi Powerbank Pineng Ori

Terdapat perbezaan pada pelekat verifikasi seperti yang ditunjukkan dalam imej dibawah.

powerbank pineng verification sticker

Lain-lain Aspek Untuk Mengetahui Powerbank Pineng Ori

Aspek Pembungkusan

Untuk edaran antarabangsa, kotak pembungkusan berwarna hitam. Pembungkusan dan panduan pengguna dalam bahasa Inggeris. Putih/coklat adalah China packaging. Panduan pengguna juga dalam bahasa Cina. Kebanyakan yang tiruan adalah dari China packaging sekitar 80%.

Aspek Badan Powerbank

Powerbank Pineng yang asli dibuat dari kemasan kualiti bahan PC + ABS. Yang tiruan dibuat dari plastik dan terasa panas ketika dicaj.

Tempoh Jaminan

Jaminan yang dibekalkan oleh Pineng ialah 1 tahun. Sukar ditandingi oleh pengeluar powerbank Pineng tiruan.

Harga Yang Tidak Munasabah

Jika terlalu murah, tanya diri anda, “Adakah ini powerbank Pineng tiruan?”

Dokumen Pengiktirafan Dari Pineng

Setiap penjual yang diiktiraf oleh Pineng, mempunyai dokumen yang mengesahkan bahawa mereka adalah penjual sah produk powerbank Pineng.

Kesimpulan

Cara kenalpasti  powerbank Pineng ori tidaklah sesukar mana sekiranya anda melakukan sedikit carian di internet berkenaan perkara itu. Anda boleh juga pergi ke laman web https://pineng.com.my yang dipilih sebagai laman web rasmi bagi produk powerbank dan aksesori telefon oleh Tic Tech Enterprise (IP0304910-A). Dapatkan kod verifikasi dan lakukanlah semakan di laman web tersebut. Selain dari melakukan verifikasi berkomputer, anda juga boleh mengesan sebarang kemungkinan unsur-unsur tiruan berkaitan telefon anda melalui pemerhatian terhadap kualiti pembungkusan, warna pembungkusan, bahasa yang digunakan dalam panduan pengguna, kualiti badan powerbank, tempoh jaminan, harga yang ditawarkan dan dari mana anda membeli powerbank tersebut.

Kredit sumber : https://pineng.com.my

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *