Cara Kuatkan Signal Wifi

Kalau tersalah tulis mahu jadinya “Cara Kuatkan Signal Wife”. 🙂 Mahu pitam bila korang baca. Nanti jadi tak sesuai pulak blog ni bercerita perkara sensitif.


Anyway, apa yang nak diperkatakan ialah cara kuatkan signal Wifi. Perkara ini kerapkali berlaku ke atas mereka yang tinggal di rumah 2, 2 1/2 atau 3 tingkat.  Router yang mempunyai fungsi Wifi terbina-dalam kebiasaannya tidak dapat diakses signal Wifi sekiranya korang duduk di tingkat bawah manakala Wifi utama di tingkat atas.

Kekuatan Wifi yang menggunakan gelombang radio menjadi semakin lemah apabila terdapat banyak dinding rumah yang perlu dilaluinya. Sekiranya Wifi diletakkan dalam sebuah dewan, maka, isyarat Wifi akan dapat melebar lebih jauh.

Nak kongsi sikit kes aku yang kerapkali tidak dapat menggunakan Wifi sekiranya aku duduk ditingkat bawah. Letih la sebab data pakej aku hanyalah 1Gb dan tu kelajuannya tidak sama dengan Streamix yang aku langgan. Stremix aku berkelajuan 4Mb dan tiada had kuota.


Kalau guna data pakej memang laju la kuota habis sebelum sempat menerima kuota tambahan setiap bulan. Dah lama juga aku survey-survey harga Wifi Extender ni. Nampak rege cecah RM100 keatas. Dalam hati kata “mahalnya” untuk gajet kecik ni. Simpan dulu niat tu….

Cara Kuatkan Signal Wifi

Sehinggalah pada suatu hari ternampak gajet ni dijual di Lazada pada harga RM69. Apalagi tunggu, aku pun beli la sebiji. Rupa gajet tu seperti gambar dibawah.

wifi extenderComel aje bentuknya dan kemas melekap di soket dinding. Selepas pasang memang berdesupla Wifi aku waktu aku surf internet kat tingkat bawah. Aku punya Wifi utama letaknya di tingkat atas.

Model : TP-LINK, 300Mbps WiFi Range Extender / WiFI Booster- TL-WA854RE

Itulah model yang aku beli. Dah dekat seminggu guna memang takde masalah. Jaminan 2 tahun oleh pihak pengeluar memang osem. Bukan 30 hari tapi 730 hari!

wifi extenderFungsi Wifi Extender ni ialah melebarkan liputan signal Wifi utama yang terletak didalam sesebuah bangunan. Lihat rajah di atas. Kalau pejabat berbilang tingkat mungkin tak sesuai kot. Kena guna yang lebih berkeupayaan tinggi dan harganya dah tentulah mahal. Cara kuatkan signal Wifi untuk kegunaan di rumah sudah tentu tidak sama dengan pejabat.

Proses pemasangan juga cukup mudah. Korang cuma perlu setkan beberapa parameter didalam Wifi Extender yang boleh diakses melalui browser dengan menaip http://tplinkrepeater.net. Gajet ini menyediakan option Quick Installation dimana korang hanya ikuti sahaja skrin yang memerlukan beberapa input. Orang bukan IT pun boleh buat, kalau ada masalah aku pun boleh tolong – FOC. Komen aje post ni, nanti aku bantu takat mana yang boleh.

Secara dasarnya, parameter yang diperlukan ialah usernama dan user id Wifi utama korang. Sebabnya ialah Wifi Extender perlu “berkawan” dengan Wifi utama. Bila dah berkawan nanti dia boleh saling memindahkan data ke komputer atau telefon pintar korang.

Lega rasanya pelaburan kecil ni memang berbaloi. Kalau rosak pun tak ralat sebab harganya pun murah giler. Dulu tercari-cari cara kuatkan signal Wifi, siap dok godek settings dekat Wifi utama tapi habuk pun tarak. Sama je… Kenapa la aku tak beli dari dulu lagi?

Please follow and like us:

Related Post

4 Comments

  1. Afanizam

    Salam, kalau router wifi di bawah boleh ke juga nak kuatkan signal di bahagian atas rumah?

    Reply
    1. Admin (Post author)

      Tak ada masalah tuan. Dengan wifi extender tak kira samaada wifi router dibawah ke atau diatas, fungsinya tetap sama iaitu memperluaskan liputan wifi.

      Reply
  2. piji

    Hai nk tanya router n modem sy ad d kedai sy n rumah sy jarak lingkungan 80kaki,mslh sy bile d rumah wifi selalu putus2,sesuai x pakai wifi entender nh agak2??nk beli kg membazir pulak kalu x ley gune,harap membantu tq

    Reply
    1. Admin (Post author)

      konsep wifi extender ini ialah ianya menangkap signal router dan kemudian memancarkan (broadcast) balik signal tu. jika dipasang wifi extender dirumah, jarak masih lagi jauh darinya iaitu 80 kaki, so takdelah manfaatnya. Ianya sepatutnya diletakkan pada jarak 40 kaki di pertengahan kedai dan rumah. Tapi dlm kes tuan di titik pertengahan tu mungkin diluar rumah. Harap tuan faham penerangan saya. Tak faham boleh bertanya lagi.

      Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *