Cara Melajukan Komputer

bersihkan registry

Dah agak lama juga aku perasan komputer aku ni dah jadi lembap semacam aje. Takkan nak buang kot. Komputer jenis ASUS Multimedia ni memang asalnya power cuma sejak dah lama tak diselenggara dah jadi makin slow.


Aku orang IT jadi tak menjadi masalah nak buat kerja melajukan komputer cuma kebelakangan ni agak malas sikit nak buat kerja-kerja ni. Jadi di sini aku kongsikan teknik mengenai cara melajukan komputer.

Aku pun pergi ke xxxxc dan download CCleaner Professional. Download tak ambil masa sebab saiz fail setup cuma 5Mb. Selepas itu terus install macam install software yang lain. Pilih default option aje senang sikit, aku ni jenis malas nak fikir banyak-banyak. Orang IT pun pilih default option, jadi kalau korang bukan background IT, buat macam aku buat.

Cara Melajukan Komputer Menggunakan Software CCleaner

bersihkan komputer

Cleanup Cache Files
Mula bersihkan fail-fail sementara atau apa yang dipanggil cache files yang banyakl digunakan oleh Internet Browser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome, Opera dan sebagainya. Ada banyak lagi cuma aku cuma guna yang empat ini aje. Setakat yang aku perasan yang paling laju ialah Google Chrome tapi sebenarnya yang lain pun laju jugak cuma korang janganla pasang terlalu banyak add-ons.

Uninstall Software
CCleaner mempunyai option untuk uninstall software yang ada di komputer tetapi rasanya lebih baik korang pergi ke startup menu dah pilihlah mana-mana software yang hendak dibuang. Itu lebih selamat sebab korang nampak dengan jelas software apa yang nak dibuang. Jadi tak perlu aku mengulas lebih lanjut kat sini. Nanti panjang lebar pulak jadinya. hehehe…

bersihkan registry

Program Run At Startup
Yang ini aku suka. Selalunya bila ON komputer punyalah lambat dia nak bangun. Macam menggeliat tak sudah-sudah. Naik angin aku dibuatnya. Ini semua kerana banyak sangat software yang kena dibangunkan oleh sistem pengoperasian komputer. Macam orang anak ramai, contohnya 10 orang, kena kejut satu-satu bangun nak pergi sekolah, tentulah ambil masa sikit berbanding orang anak satu. Contoh senang, nak bagi korang faham. Ketawa lagi…hehehe.


matikan program

Lagi lama korang gunakan komputer tentu lebih banyak software yang korang pasang. Ada yang meletakkan diri mereka sentiasa ON sebaik sistem komputer dihidupkan. Ada yang boleh nampak dan ada yang tak nampak. Yang boleh nampak ialah icon-icon kecil kebiasaannya di sudut bawah sekali dibahagian kanan skrin komputer. Sebenarnya banyak yang tak selalu digunakan, jadi eloklah dioffkan.
Lakukan dengan penuh berhati-hati ye.

Disk Anaylzer
Tak berapa canggih sangatla option ni sebab dia hanya tunjukkan statistik jenis-jenis fail yang disimpan di disk. Contoh, pictures X%, music Y%, documents W% dan sebagainya.

cari duplicate fail

Duplicate Finder
Ni best. Aku selalu jugak main belasah je simpan fail. Kadang-kadang tu fail yang sama simpan di 2-3 harddisk. Perangai macamni memang tak bagusla, kena ada disiplin betul tak. Dengan CCleaner, dia boleh senaraikan dokumen yang sama yang disimpan di lebih satu tempat. Cuma perlu pilih fail mana yang nak dibuang dan lepas tu klik aje button delete.

Memang berbaloi jika korang pasang CCleaner ni di komputer. Programnya tidak berat, maksudnya bila dilancarkan, ia tidak memerlukan masa yang lama untuk keluar di skrin dan tidak juga memakan memori komputer. Aku memang amat mengesyorkan korang simpan program ini. Didatangkan dengan pakej berbayar dan pakej percuma. Kalau jiran sebelah tanya macammana cara melajukan komputer tanpa mengeluarkan duit, maka, jawapannya CCleaner.


 

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *