Cara Mengenalpasti Telefon Samsung Original

samsung kies connecting phone with pc

Seringkali kita menjadi mangsa penipuan penjual telefon yang tidak jujur mengambil kesempatan terhadap pelanggan yang teruja membeli telefon pada harga diskaun. Apakah yang tersirat disebalik harga runtuh tersebut? Atau mahukah kita membeli sebuah telefon pada harga sebenar tetapi produk yang kita perolehi adalah sebuah produk tiruan? Jika terbeli yang murah tapi tiruan, mungkin tidak mengapalah juga.


Cara Mengenalpasti Telefon Samsung Original

Terdapat beberapa cara untuk menguji keaslian sesebuah telefon. Artikel ini hanya memilih beberapa siri ujian yang dirasakan ciri-ciri umum yang penting untuk kebanyakan model telefon Samsung. Lain model, lain aspek tiruannya. Antaranya ialah :

  • Bentuk fizikal

Bentuk fizikal telefon yang tiruan adalah sedikit berbeza dengan yang asli. Bandingkan 2 telefon dibawah ini.

samsung ori vs tiruan

Samsung Original Vs Tiruan

Sumber Imej : http://visihow.com/Identify_a_Genuine/Original_Versus_a_Fake/Cloned_Samsung_Galaxy_Phone

  1. Bahan yang digunakan untuk kaca skrin adalah tidak bermutu.
  2. Sisi paparan bagi telefon tiruan agak terkedalam sedikit. Bagi telefon Samsung yang asli, sisi paparan menggunakan hampir ke semua saiz lebar telefon.
  3. Telefon Samsung tiruan hanya memperlihatkan kualiti warna serta imej yang kusam. Telefon yang asli mempunyai kualiti bahan yang tinggi terutamanya yang amat ketara ialah paparan skrin. Paparan skrin yang menggunakan teknologi Samsung Super AMOLED menampilkan warna yang lebih tajam, jelas dan mata yang melihatnya akan rasa puas kerana kombinasi warna-warna tersebut menghasilkan imej yang nampak seolah-olah objek yang dipaparkan itu hidup.
  4. Ada antara ciri-ciri sensor yang tidak disediakan oleh telefon tiruan.
  5. Butang Home sedikit lari dari kedudukan yang sepatutnya.
  6. Logo Samsung tidak licin.
  • Cahaya Flash Lebih Terang

Cahaya flash dari sebuah telefon Samsung yang asli lebih terang seterusnya mampu mengambil imej yang lebih jelas dibawah penataan cahaya yang terbatas, contohnya ketika waktu malam ditempat terbuka.

  • Menghubungkan Telefon Dengan Samsung Kies

Dikatakan sekiranya telefon adalah Samsung Ori, ia mampu dihubungkan ke laptop menerusi Samsung Kies. Untuk memulakan proses hubungan ke Samsung Kies di komputer, anda terlebih dahulu memuat-turun applikasi Samsung Kies  dan lakukan proses installation. Setelah itu lancarkan applikasi Samsung Kies tersebut. Di telefon pula, anda pergi ke phone settings dan pergi ke Wireless and Network => More Settings => Kies via Wi-fi. Susunan settings ini mungkin sedikit berbeza antara model-model telefon Samsung. Anda akan diberikan passcode untuk dimasukkan ke dalam ruang input di applikasi Samsung Kies untuk proses pairing.

samsung kies connecting phone with pc

Paparan Di Telefon Untuk Proses Hubungan Ke PC

Setelah proses pairing berjaya, maklumat telefon anda akan dipaparkan di applikasi Samsung Kies di komputer sepertimana imej dibawah.

samsung kies connected to phone

Paparan Di PC Untuk Hubungan Ke Telefon

Seterusnya anda boleh melakukan proses pindahan maklumat dan fail dari telefon ke komputer dengan mudah. Backup semua nombor telefon ke komputer juga amat penting dilakukan untuk mengelakkan kehilangan maklumat sekiranya telefon hilang atau terpaksa diformat semula.

Tentu anda merasa lega sekiranya sambungan ini berjaya dan ini menyakinkan bahawa telefon anda adalah Samsung original.

  • Maklumat Spesifikasi Berbeza

Perhatikan juga maklumat specifikasi adalah sama seperti yang tertera di laman web Samsung. Maklumat-maklumat yang perlu diberi perhatian ialah kapasiti bateri, RAM, kapasiti storage, processor, piksel kamera, resolusi skrin dan sebagainya. Tidak kurang pentingnya periksa versi Android.

samsung check device info

Maklumat Peranti Telefon Samsung

 

  • Ujian Kelajuan

Lazimnya, telefon Samsung Ori lebih laju dari yang tiruan. Ini kerana spesifikasi Samsung tiruan adalah lebih rendah dari yang original. Fokus pada sudut masa mula telefon dihidupkan, bandingkan kepantasan boot up diantara Samsung ori dan tiruan. Pasang sebuah game yang sederhana besar saiznya di kedua-dua telefon ori dan tiruan. Mulakan permainan dan bandingkan keupayaan telefon tersebut ketika permainan sedang berjalan. Game selalunya memerlukan processor yang tinggi keupayaannya dan ruang memori yang lebih besar.

  • Semakan IMEI

Secara ringkasnya IMEI adalah singkatan dari International Mobile Equipment Identity. IMEI merupakan satu pengenalan ke atas setiap telefon. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon. Di artikel yang lain akan saya huraikan topik berkenaan IMEI.


Dial *#06# untuk mendapatkan nombor siri IMEI telefon anda. Bergantung kepada jenis model telefon Samsung, anda akan dapat melihat 2 IMEI sekiranya telefon anda mempunyai 2 slot SIM. Masukkan IMEI yang tertera di skrin telefon di ruang input laman web http://www.imei.info.

check phone by imei

Semak IMEI di www.imei.info

Maklumat telefon anda akan dipaparkan di laman web imei.info sekiranya telefon anda adalah produk Samsung ori.

  • Ujian Melalui Kod Khas Telefon Samsung

Telefon Samsung original didatangkan dengan beberapa kod khas yang tidak dinyatakan dimana-mana manual pengguna. Berikut adalah beberapa siri ujian kod khas yang boleh anda cuba.

  1. Test mode (Untuk ujian warna, sensor, sleep, speaker dan sebagainya) – *#0*#
  2. Samsung SW & HW Info – *#12580*369#
  3. ADC Reading (Status Bateri) – *#0228#

Kesimpulan (Cara Mengenalpasti Telefon Samsung Original):

Memastikan sesebuah telefon Samsung itu original tidaklah sesusah manapun. Anda hanya perlu ikuti beberapa siri langkah-langkah yang telah dinyatakan di atas. Paling mudah ialah dapatkan sebuah telefon yang original dan terus bandingkan dengan yang tiruan. Dari aspek bentuk fizikal juga sudah terlihat kecacatannya. Paling ketara ialah kualiti kaca skrin dan kualiti resolusi paparan. Telefon Samsung ori menampilkan kualiti paparan yang jauh lebih baik, tajam sudut-sudut imejnya dengan warna yang lebih jelas. Anda boleh lakukan juga ujian kod-kod khas Samsung beserta dengan ujian semakan imei telefon. Untuk semakan yang lebih jauh lagi, pasang Samsung Kies didalam komputer anda dan cuba dapatkan hubungan 2 alat ini (komputer dan telefon) melalui applikasi Samsung Kies tersebut. Telefon Samsung ori tidak akan ada masalah berhubung dengan applikasi Samsung Kies.

Semoga telefon yang berada didalam genggaman anda pada ketika ini adalah telefon Samsung ori.

 

 

 

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *