Cara Menghapuskan History Di Browser

browser firefox

Pernahkah anda menggunakan komputer selain dari komputer anda untuk melayari internet. Jika jawapannya adalah YA, maka, anda perlu membaca artikel ini sehingga habis. Tahukah anda, setiap laman web yang anda layari direkodkan di browser internet komputer tersebut. Sudah tentu pengguna selepas anda mampu mengetahui laman web manakah yang anda layari sebaik sahaja anda meninggalkan komputer tersebut. Adakalanya anda tidak mahu mereka mengetahui aktiviti anda kerana terdapat laman-laman web yang anda rasakan agak terlalu peribadi untuk diketahui oleh orang lain. Lebih memburukkan keadaan jika anda memasuki email atau sebarang laman web yang menggunakan ID pengguna dan kata laluan, rekod tersebut masih tertanam di browser tersebut sekiranya anda tidak melakukan proses logout (daftar keluar) yang sempurna. Jadikan satu amalan untuk logout setiap sistem laman web yang anda masuki.


Samada anda perasan atau tidak, jika anda memasuki email seperti gmail, yahoo dan sebagainya, selepas selesai menggunakan email tersebut, anda terus menutup browser tanpa melakukan proses logout. Anda cuba buka kembali laman web email anda dan sistem email tidak lagi meminta ID pengguna dan kata laluan. Sistem email terus sahaja memaparkan kotak email anda.

Bayangkan jika anda menggunakan komputer di siber kafe dan apakah yang akan berlaku jika langkah penghapusan history tidak dilakukan? Pengguna komputer tersebut selepas anda, boleh menggunakan email anda untuk melakukan aktiviti berniat jahat seperti menghantar email ugutan atau lucah kepada orang lain.

Setiap browser mempunyai kemudahan menyimpan history mengenai laman web yang dilayari. Maksud history disini adalah sejarah pelayaran anda di alam internet termasuklah data-data login yang anda gunakan. Browser internet pula ialah applikasi yang digunakan untuk mengakses laman-laman web. Contoh browser adalah seperti Mozilla Firefox, Chrome, Opera, Internet Explorer dan sebagainya.

Apa yang perlu anda lakukan setelah menggunakan browser di sesebuah komputer ialah menghapuskan rekod history sebaik sahaja selesai menggunakannya. Ini bertujuan untuk memastikan tiada sebarang jejak yang ditinggalkan di komputer yang telah digunakan.

Cara Menghapuskan History Di Browser Firefox

Langkah 1 : Klik di bahagian atas kanan browser Firefox seperti yang ditunjukkan dalam imej yang dibulatkan dengan warna merah.

Cara hapuskan history di browser Firefox

Hapuskan History Di Browser Firefox – Langkah 1

Langkah 2 : Pilih “Clear Recent History…” seperti imej dibawah


Cara hapuskan history di browser Firefox

Hapuskan History Di Browser Firefox – Langkah 2

Langkah 3 : Pertama anda harus memilih jangkamasa history yang ingin dihapuskan samada …

  • sejam yang lalu
  • 2 jam yang lalu
  • 4 jam yang lalu
  • keseluruhan hari ini
  • kesemua history (sejak kali terakhir anda melakukan penghapusan history)
Cara hapuskan history di browser Firefox

Hapuskan History Di Browser Firefox – Langkah 3

Kemudian klik “Clear Now” untuk mula menghapuskan history di browser.

Cara Menghapuskan History Di Browser Opera

Langkah 1 : Lihat pada menu browser Opera di penjuru sebelah kiri. Klik pada menu tersebut dan pilih “History” => “Clear browsing data”.

 

Cara menghapuskan history di browser Opera

Menghapuskan history di browser Opera – Langkah 1

Langkah 2 : Sepertimana browser Firefox, anda juga diberikan pilihan untuk menghapuskan rekod history mengikut julat waktu tertentu iaitu …

  • sejak sejam yang lalu
  • sejak semalam
  • sejak seminggu yang lalu
  • sejak 4 minggu yang lalu
  • sejak permulaan¬†(sejak kali terakhir anda melakukan penghapusan history)

Selanjutnya, klik “Clear Browsing Data” untuk mengarahkan browser menghapuskan history berdasarkan julat masa yang telah anda pilih.

cara menghapuskan history di browser opera

Menghapuskan history di browser Opera – Langkah 2

Cara Menghapuskan History Di Browser Chrome

Langkah 1 : Klik pada 3 titik bertindih yang terdapat di penjuru kanan atas browser Chrome. Sebuah menu akan dipaparkan dan pilih “History” dan kemudian di sub-menu anda pilih “History”. Rujuk imej dibawah.


cara menghapuskan history di browser chrome

Menghapuskan history di browser Chrome – Langkah 1

Langkah 2 : Klik pula “Clear browsing data” seperti ditunjukkan dalam imej dibawah.

cara menghapuskan history di browser chrome

Menghapuskan history di browser Chrome – Langkah 2

 

Langkah 3 : Pilih julat masa mengikut kesesuaian situasi anda. Seterusnya klik “Clear Data”.

cara menghapuskan history di browser chrome

Menghapuskan history di browser Chrome – Langkah 3

Pentingnya Menghapuskan History Di Browser

Jangan pandang remeh akan hal ini kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada diri anda. Ramai yang tergesa-gesa meninggalkan komputer setelah menggunakannya tanpa mengetahui risiko yang bakal mereka hadapi. Berikan perhatian sekiranya anda menggunakan komputer orang lain untuk melakukan aktiviti melayari internet terutamanya komputer yang terdapat di siber kafe. Hapuskan ke semua rekod yang dibawah :

  • Browsing & Download History
  • Form & Search History
  • Cookies
  • CacheActive Logins
  • Offline Website Data
  • Site Preferences

Ingat! Pilih kesemuanya untuk menjamin tahap keselamatan data anda.

Semoga mesej ini bermanfaat.

 

 

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *