Cara Meningkatkan Prestasi Telefon Yang Hanya Membuang Masa Anda

phone cleaner and booster

Ramai yang amat teruja melihat iklan-iklan di Facebook mengenai applikasi yang mampu meningkatkan prestasi telefon bimbit. Ada juga yang masuk ke Google Playstore mencari apps yang berkaitan dengan penghapusan virus di telefon android kerana mengesyaki virus telah menyerang telefon mereka.

Anda hanya membuang masa jika anda berhasrat meningkatkan prestasi telefon ataupun membuang virus android. Aku katakan membuang masa kerana apps yang percuma mendatangkan lebih banyak masalah daripada menyelesaikan masalah awal yang aku hadapi.


phone cleaner and booster

Contoh : Iklan Phone Cleaner & Booster

Prestasi Handphone Semakin Teruk

Masalah yang aku hadapi ialah prestasi handphone jatuh merudum. Adakalanya aku terpaksa menunggu hingga 10 saat untuk sesebuah applikasi dibuka. Tak perlu fikir jauh-jauh, nak buka dan mencari contact dalam phone book pun mengambil masa yang aku kira agak lama. Akhirnya…aku terjumpa satu iklan di Facebook berkenaan satu apps yang mampu melakukan proses pembersihan dalaman handphone. Namanya Easy Cleaner dan ianya adalah percuma, mungkin jika berbayar tidak akan ada lah masalah-masalah yang sebegitu. Selepas klik pada link yang ada dalam Facebook, maka, applikasi pun siap diinstall di handphone aku. Lega rasanya bila tiada sebarang masalah sewaktu proses pemasangan.

phone cleaner and booster

Easy Cleaner – Kemunculan Iklan

Kemunculan Iklan Amat Membosankan

Jika dilihat pada fungsinya memang ianya bertujuan untuk membersihkan handphone secara dalaman. Kalau nak bersihkan luaran handphone, anda hanya perlukan kain pengelap sahaja :). Namun apa yang membuatkan aku bertindak menghentikan perkhidmatannya di handphone aku ialah ia menerbitkan terlalu banyak iklan-iklan yang begitu menyemakkan telefon aku. Naik rimas dibuatnya. Antara contoh-contoh iklan adalah …


phone cleaner and booster

Kemunculan Iklan

 

phone cleaner and booster

Kemunculan Iklan

 

Semua imej yang di atas itu hanyalah sebahagian saja yang muncul. Sebenarnya masih ada banyak lagi kemunculannya. Cuma aku tak masukkan dalam post ini kerana terlalu banyak pula imej yang berlainan tetapi membawa maksud yang sama iaitu iklan, iklan, iklan.

Apps ini sedikit sebanyak menggunakan memakan bateri handphone kerana ia melakukan kerja secara berkala walaupun pada ketika telefon dalam situasi tidak digunakan. Akhirnya aku ambil keputusan untuk membuang apps tersebut dan kembali ke pilihan yang lebih baik iaitu melakukan proses Factory Reset ataupun maksud selainnya iaitu format handphone.

Kesimpulan

Jangan sekali-sekali mudah terpedaya dengan kemunculan iklan-iklan di Facebook. Jika masih ingin memasang apps yang melakukan fungsi sedemikian, pilihlah apps yang berbayar. Ataupun, jadikan satu disiplin untuk format handphone secara berkala, contohnya setiap 4 bulan. Jangan lupa lakukan backup ke atas phone book. Selepas handphone diformat, keadaan prestasi kembali sepertimana baru keluar dari kilang. Sistem pengoperasiannya jadi lebih “ringan” kerana tidak berserabut mengatur apps yang mana perlu dilancarkan berdasarkan kepada senarai services. Sesetengah apps merekodkan dirinya dalam senarai services dimana apps tersebut akan dilancarkan semasa handphone dihidupkan.

 

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *