Cara Nak Edit Fail PDF

cara nak edit fail pdf1

Kadang angin jugak bila dah dapat info dalam fail format pdf tapi kena edit dokumen tu sebab beberapa kesalahan info. Nak call balik owner dokumen hari dah malam pulak. Segan lak rasanya. Tercari-cari la aku kat internet apa tools yang sesuai. Tools memang banyak tapi kesesuaiannya agak terhad.


Kalau yang convert secara online ada had limit saiz fail. Dia bagi 5Mb aje saiz fail. Jadi macammana?

Takpela, aku cuba tools ni, Nitro, macam nama motor lak. Tools kena download dan install di harddisk.

Cara nak edit fail PDF menggunakan tools ni memang ambil masa sikit nak download dan install. Dia bagi free 14 hari untuk cuba sebelum beralih ke pakej berbayar. Peduli apa aku, nak guna sekejap aje. Sebenarnya waktu aku menulis ni pun, tools sedang didownload. Lambat kut nak download sebab fail besar. Sempat pulak aku menulis satu artikel pasal tools tu. Hahahaa….

Ini imej live download process….

cara nak edit fail pdf1

Nama pun gempak “Nitro Pro 9 for Windows”. Maksudnya korang dapat full version tapi boleh guna 14 hari aje. Aku suka cara sebegini berbanding free version yang takde tempoh expiry sebab aku boleh lanyak semua ciri-ciri yang ada dalam tools tu. Nampak tak…faham tak….begini.

Pro version terhad penggunaannya 14 hari.
– semua ciri-ciri boleh diakses oleh pengguna
– pengguna dapat merasakan kehebatan produk 100%
– ibarat korang test drive BMW yang punya semua aksesori

Free version tiada had penggunaan. Pakaila sampai anak-cicit.
– hanya ciri-ciri tertentu sahaja yang boleh diakses oleh pengguna
– pengguna dapat merasakan kehebatan produk mungkin dalam 60% aje.
– ibarat korang test drive BMW yang takde aircond, takde sistem audio, dsb. Setakat boleh jalan aje.

Selepas download dan instal, buka fail PDF yang nak diconvertkan dan klik pada “To Word” sepertimana yang aku bulatkan dengan warna biru.

cara nak edit fail pdf

Sememangnya tak semua 100% format teks dalam PDF berjaya diconvertkan tapi kalau dapat lebih dari 90% pun kira OK lah. Korang pilih la…

  1. nak taip dokumen bermula dari kosong ke atau
  2. nak edit kurang dari 10% dokumen yang telah diconvertkan.

Kalau aku, aku pilih opsyen yang kedua.

Ok, hasil dari conversion di atas agak memuaskan. Ini hasilnya.

cara nak edit fail pdf


So, apa macemmm….ok tak kualiti conversion. Nak dapat 100% untuk PDF yang mempunyai banyak jenis font dan berwarna mungkin agak mustahil. Kalau dokumen PDF adalah jenis teks biasa iaitu 1 warna, 1 jenis font, takde column, mungkin hasil conversion boleh mencapai 99.99%. Dalam imej asal sebenarnya dokumen asal yang ditulis dalam Word mungkin mempunyai beberapa column untuk memisahkan bahagian-bahagian teks contohnya column :

  • Column Tajuk – Masalah Rambut Wanita Ketika Bertudung
  • Column Masalah – Atasi Masalah Anda Dengan CoolHijab
  • Column Contact – Hubungi Kami Melalui Whatsapp SMS Atau Telefon Atau Facebook serumrambutcoolhijab.
  • …dan beberapa column lagi yang anda sendiri pun sudah dapat lihat pada imej di atas.

Tentu rasa lega sekarang sebab dah tau cara nak edit fail PDF yang cukup sempoi. Nampak kawan boleh siapkan tugasan dengan cepat, rasa pelik dah tak pelik lagi.

1,000 Like.

 

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *