Cara Print Screen

cara print screen

Wow! Entah macammana terjumpa pulak harta karun ni dalam website Microsoft. Kenapa la selama ni tak pernah terjumpa pulak. Sebenarnya tanpa kita ketahui tool untuk print screen memang ada dalam komputer yang menggunakan Windows Vista, Windows 7 dan Windows 8. Selama ni aku asyik fikir nak download aje tool yang ada di Internet. Apa la…

Dalam keboringan mencari penyelesaian kepada masalah WordPress plugins, terjumpa tool yang simple tapi amat berkeupayaan. Santai betul bahasa aku kali ni. Hehe…

Cara Print Screen

Senang aje, taipkan di komputer di bahagian carian perisian, macam screen kat bawah ni. Di bahagian input “Search program and file”, taipkan perkataan ini “Snipping Tools

print screen snipping tool1

Sebaik saja anda taipkan perkataan tersebut, akan muncullah Snipping Tool dalam senarai hasil carian.

print screen snipping tool2

Seterusnya, klik sahaja pada hasil carian dan sebuah Window kecil akan muncul dan itulah dia Snipping Tool.

print screen snipping tool3

Apa yang boleh dilakukan oleh Snipping Tool?

  • Free-form Snip – Lukis garisan disekeliling object pada skrin komputer dan menangkap gambar bahagian yang dilukis sahaja.
  • Rectangular Snip – Ini agak biasa. Tool lain yang seumpamanya juga mampu lakukan kerja-kerja sebegini.
  • Window Snip – Ini pun tool yang lain boleh lakukan. Sama seperti cara biasa dengan menekan key [Prt Scr].
  • Full-screen Snip – Tangkap gambar keseluruhan skrin.

Untuk mengetahui cara print screen menggunakan Snipping Tool, rajinkan diri melawat link Microsoft berkaitan snipping tool. Tak susah pun nak faham, bahasanya juga tidak terlalu teknikal.

Snipping Tools by Microsoft

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *