Cara Transfer Duit Online

IBFT ke cimb

Sedikit informasi mengenai cara transfer duit online melalui perkhidmatan Maybank2u. Pindahan Segera Wang Antara-bank atau dikenali Instant Interbank Fund Transfer (IBFT) dan Interbank GIRO (IBG) kini ditawarkan oleh Maybank kepada para pelanggannya.

Dengan had transaksi sebanyak RM30,000 sehari, sememangnya amat memudahkan pelanggan untuk melakukan pindahan ke bank-bank lain yang mengambil bahagian. Bank-bank yang bersekutu dengan Maybank untuk pindahan ini adalah :


  • Affin Bank
  • Alliance Bank
  • Bank Pertanian Malaysia Berhad
  • Al Rajhi Bank
  • Bank Islam
  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
  • Bank Simpanan Nasional
  • Public Bank
  • RHB
  • UOB
  • AmBank
  • CIMB Bank
  • Citibank
  • Hong Leong Bank
  • HSBC
  • Kuwait Finance House
  • Standard Chartered Bank

Senarai di atas terkemaskini pada ketika artikel ini diterbitkan.

Kepantasan Pindahan Wang Secara Online


Rasa tergerak di hati ini untuk melakukan sedikit ujian. Modal yang digunakan ialah RM50 dan dipindahkan ke akaun simpanan di CIMB.

 

IBFT ke cimb

Lihat pada tarikh dan masa transaksi.

IBFT ke cimb

Bandingkan dengan tarikh dan masa transaksi dalam 2 imej yang di atas.

Jelas sekali julat masa seminit sahaja yang diperlukan untuk melakukan pindahan ke akaun bank destinasi.

Kelebihan Transfer Duit Online

  • Pindahan serta-merta ke akaun bank-bank lain samada ke akaun simpanan, akaun semasa, kad kredit, akaun pinjaman dan sebagainya.
  • Tidak perlu lagi bersusah-payah beratur di kaunter atau di mesin ATM. Bahkan tidak perlu lagi bersaing di kesesakan lalulintas untuk sampai ke bank.
  • Selamat dan boleh dipercayai. Tidak perlu lagi membawa wang tunai.
  • Verifikasi atas nama akaun penerima secara online. Ini dapat mengelakkan kesalahan pindahan ke akaun orang lain.
  • Semua pelanggan Maybank2u dapat menikmati kemudahan ini.

Langkah-langkah di atas mengandaikan anda telahpun menyimpan maklumat Favourite Interbank Transfer sebelum ini dan kerana itulah nombor TAC tidak diperlukan lagi.

Cara Transfer Duit Online

  • Di bahagian Banking Menu pilih Transfer
  • Klik Favourite Interbank Transfer
  • Pilih bank dalam senarai Favourite List dan klik Continue
  • Masukkan jumlah yang ingin dipindahkan dan pilih samada Instant Interbank Transfer atau Interbank GIRO pada mod pilihan pindahan.
  • Klik Continue
  • Sahkan maklumat pindahan dan klik Confirm untuk mengesahkan pindahan.

Instant Interbank Fund Transfer akan dicaj RM0.53 (S/C RM0.50 + GST RM0.03) setiap transaksi.
Interbank GIRO akan dicaj RM0.11 (S/C RM0.10 + GST RM0.01) setiap transaksi.
Sistem pada asasnya membenarkan pindahan maksima RM3,000 sehari tetapi jumlah ini boleh ditingkatkan sehingga RM30,000 sehari dengan cara menukar had limit di bahagian penyelenggaraan akaun.

IBFT tersedia dari jam 4:30am sehingga tengah malam setiap hari termasuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Manakala IBG hanya tersedia pada masa-masa yang berikut :

Masa Transaksi Dilakukan                           Masa Wang Diterima
Buss. Days (Mon-Fri)
Before 5:00am             Same buss. day       By 11:00am
5:00am – 8:00am                                          By 2:00pm
8:01am – 11:00am                                         By 5:00pm
11:01am – 2:00pm                                         By 8:20pm
2:01pm to 5:00pm                                         By 11:00pm
After 5:00pm               Next buss. day         By 11:00am

Non-buss. days (Sat, Sun & Federal Territory PH)     Next buss. day

Kesimpulannya jika dilihat pada caj yang dikenakan untuk IBFT amat rendah, rasa tidak berbaloi pula jika kita memilih IBG kerana pindahan IBFT berlaku dengan serta merta tidak kira apa hari sekalipun. Cara transfer duit online memang agak merumitkan jika kita belum pernah mencuba kerana ramai yang bimbang jika wang tersalah masuk ke akaun orang lain. Ini tidak berlaku kerana nama penerima akan terpapar di skrin. Terima kasih kepada kecanggihan teknologi yang mengizinkan perkara ini berlaku. Usah bimbang tentang keselamatan selagi anda memasuki laman web Maybank2u yang betul. Bagaimana kes-kes penipuan online Maybank2u berlaku? Ikuti penjelasannya di artikel Penipuan Maybank2u Online Banking.

 

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *