Ciri-ciri Menarik Windows 8

windows 8

Kalau cakap pasal OS ni takla banyak Operating System yang aku pernah guna.Guna dalam erti kata penggunaan tidak kurang 8 jam sehari ye. Tak banyak la, lebih kurang ini senarainya….


  • Windows 3.0
  • Windows 3.1 for Workgroup
  • Windows NT Workstation
  • Windows 95
  • Windows 2000
  • Windows XP
  • Windows 7

windows 8Ramai diluar sana yang telah menggunakan lebih banyak versi Windows dan lebih dari 8 jam sehari berbanding aku. Tabik spring kat korang. Terbaek dan hebat.

Kesemua Windows mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakan antara versi. Kalau versi dah meningkat mestilah ciri-ciri Windows pun berbeza dari segi keupayaan dan penampilan ye tak? Kalau tak ada apa yang spesel nak buat apa bangunkan versi baru.

Baru-baru ni aku tolong sorang kawan untuk baiki komputer dia, kes Windows taknak start. Bila on komputer sistem operasi terus “hang” tak bergerak masa keluar logo Windows tu. Aku ingatkan kes biase-biase aje, buat satu CD recovery tools dan cubala start. Ehmm…hampeh, recovery tools pun pengsan nak recover komputer tu. Dia kata mintak masukkan backup file. Lagi la menggeletar sebab memang takde backup pun!

Last-last ambik opsyen paling drastik iaitu reinstall Windows. Habis la semua fail-fail data tapi nak buek camno kalau backup takdo. Redho aje la ye bak kata Mak Adam. Pilihan telah dibuat untuk masukkan OS Windows 8 sebab spesifikasi komputer tu memang mampu tampung Wndows 8.

Spesifikasi Minima Windows 8

Paling kurang komputer mesti ada yang ni…

  • Processor: 1 gigahertz (GHz)* or faster with support for PAE, NX, and SSE2
  • RAM: 1 gigabyte (GB) (32-bit) or 2 GB (64-bit)
  • Hard disk space: 16 GB (32-bit) or 20 GB (64-bit)
  • Graphics card: Microsoft DirectX 9 graphics device with WDDM driver

Cara instal memang mudah, masuk aje installation disc pastu restart. Lepas tu follow aje arahan dan jangan pening-pening kepala, pilih default opsyen aje. Kalau mahir IT, bolehla pilih custom setting tapi aku yang mahir ni pun malas nak pikir semua tu, ambik default opsyen aje la.

Ciri-ciri Menarik Windows 8

Dah lama aku guna Windows 7 cuma sekali-sekala ada juga guna Windows 8 kat laptop aku yang satu lagi tu. Tu yang jadi kekok sekejap guna Windows 8, sekejap guna Windows 7. Pening arhhh… Aku takut nak upgrade laptop aku yang guna Windows 7 sebab banyak software yang dah masuk. Takut nanti software tak boleh jalan atas sistem operasi Windows 8.

Windows 8 Mudah Dilayari

Windows 8 ni nampak lebih mudah nak dilayari. Menggelongsor aje paparan senarai applikasi yang memudahkan korang mencari applikasi dalam komputer. Disusun mengikut abjad sepertimana ditunjukkan dalam imej dibawah.

Apa yang cuba dilakukan oleh Microsoft ialah membina satu platform sistem operasi yang mudah digunakan di tablet. Mereka sebenarnya sedang bersaing dengan Android dan iOS. Paparan utama dalam Windows 8 sebaik sahaja proses login memang mirip paparan sebuah tablet. Ada icon dalam bentuk kotak-kotak besar yang memudahkan penggunaan touch screen. Start screen yang memperlihatkan susun-atur yang lebih kemas dengan bentuk petak-petak jubin disokong oleh kemampuan mengemaskini maklumat dari online services. Contohnya seperti maklumat cuaca dunia, sukan dan sebagainya akan sentiasa dikemaskini dan dipaparkan terus di skrin permulaan (start screen). Kiranya jika korang biarkan komputer tak digunakan akan kelihatan komputer memainkan slide show.

Masa Boot-up Windows 8 Amat Laju

Paling aku suka ialah tempoh masa loading yang singkat. Inilah kelebihan Windows 8 berbanding Windows 7, sistem operasi Windows 8 ni memang teramatla pantas. Tekan butang ON, pastu sekejap aje dah keluar start screen. Aku percaya yang sistem sebenarnya masih lagi terhegeh-hegeh bekerja dibelakang tabir cuma sistem akan memaparkan dulu skrin permulaan supaya korang tak bosan menunggu. Satu teknik yang osem!

Anti-virus Percuma Windows 8

Tak perlu beli anti-virus lagi. Ianya telah didatangkan khas bersama sistem pengoperasian Windows 8. Penangkis virus yang dikenali sebagai Windows Defender juga diperbaharui pada versi Windows 8 ini. Dah jimat dah kat sini. Tapi aku agak was-was sikit dari segi keupayaannya. Mungkin tahap keupayaannya hanya basic sahaja.


Ini link belian Lazada untuk Anti-virus Trend Micro http://www.lazada.com.my/3pcs-of-trend-micro-internet-security-1-year-1-pc-2016-6468162.html. Masa aku beli hari tu murah giler, 3 lesen kurang dari RM50.

Harap link tu masih kekal sebab kalau offer dah tamat, link tu mungkin tak valid lagi.

Kesimpulan

Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri menarik Windows 8 ni cuma sebahagian besarnya agak teknikal. Aku tak suka bercerita perkara yang agak teknikal takut korang terjegil bijik mata. Aku boleh paham tapi pemahaman aku tentang perkara teknikal ni kebiasaannya sukar diterjemahkan kepada bentuk bahasa yang korang mudah paham. Cukup sekadar 3 perkara yang di atas itu sahaja yang disentuh.

 

 

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *