Ciri-ciri Samsung Galaxy S7 Edge

samsung s7 edge camera wide selfie

Mungkin anda tertanya-tanya apakah telefon yang terbaru dalam kelas yang tersendiri. Di posting kali ini, saya bawakan pilihan telefon Samsung Galaxy S7 Edge yang sudah pasti amat ditunggu-tunggu oleh peminat jenama telefon no 1 dari Korea Selatan. Siapa sangka negara dari benua Asia ini mampu menggegar dunia dengan siri telefon mudah-alih jenama Samsung.

samsung s7 edge phone


Setiap posting didalam blog RentasHidup akan cuba dibawakan dalam bentuk yang tidak terlalu teknikal agar mudah difahami oleh pembaca. Jika inginkan maklumat yang lebih teknikal, bacaan yang disarankan adalah di GSM Arena.

Ciri-ciri Samsung Galaxy S7 Edge

Rekabentuk Samsung Galaxy S7 Edge Secara Umum

Rekaan kemas menjanjikan keselesaan memegang telefon ini di telapak tangan dengan penampilan sisi kiri dan kanan yang cembung. Ditambah pula dengan saiz ketebalannya yang agak nipis.

  • Dimensi : 150.9 mm x 72.6 mm x 7.7 mm
  • Berat : 157 g
  • Skrin : 5.5″ (139.5mm) dual edge Super AMOLED

samsung s7 edge phone

Tahan Air dan Tahan Debu

Dengan Samsung Galaxy S7 Edge, anda tidak perlu lagi risau untuk membawa telefon ini di tepi kolam atau di dalam tandas. Ehmm… menjadi satu amalan biasa sekarang ini pengguna membawa telefon ke dalam tandas. Jika dibandingkan dengan suatu masa dahulu dimana manusia lebih cenderung membawa majalah atau apa sahaja bahan bacaan ketika membuang air besar untuk mengisi masa lapang. Hehehe… Telefon ini direka sebegitu canggih untuk tahan air selama 30 minit untuk kedalaman 1.5 meter. Tak dalam manapun tapi sempatlah untuk si pengguna menyelamatkan telefon tersebut dalam masa 30 minit.

samsung s7 edge water and dust resistant

Jika lebih dari 30 minit bermakna handphone masih kekal bentuk fizikalnya tetapi dompet akan berubah bentuk fizikalnya dari tebal kepada nipis. Setidak-tidaknya ciri ketahanan air ini dapat membantu kita menggunakan telefon memanggil teksi didalam hujan. Tentu anda dapat bayangkan ketika hujan dan secara tiba-tiba kereta anda rosak di tengah jalan. Anda perlu menghubungi pihak-pihak yang tertentu untuk membantu anda. Dengan fungsi tahan air, Samsung Galaxy S7 amat membantu anda pada situasi tersebut.

Kualiti Pengambilan Photo Dibawah Cahaya Minima

Kerapkali kita melakukan aktiviti di waktu malam dengan kesan cahaya yang sedikit lantas imej yang dihasilkan agak kelam. Masalah ini dapat dikurangkan dengan adanya spesifikasi lensa F1.7 dan imej sensor berskala 1.4µm pixels yang dapat menangkap lebih banyak cahaya ke dalam telefon pintar ini lalu menghasilkan photo yang lebih tinggi kualitinya.


samsung s7 edge low light scene

Dual Pixel12Mp dan Revolusi Fokus

Bahagian ini agak teknikal sedikit penerangannya tetapi sebagai pengguna biasa kita hanya perlu melihat hasil yang diberikan oleh telefon ini terhadap gambar yang diambil. Pada setiap pixel yang berada di sensor imej, terdapat 2 photodiodes berbanding 1 pada telefon bercirikan single pixels. Dengan teknologi ini ia dapat memfokus imej melalui fungis auto-fokus terbina-dalam dengan lebih cepat dan berkualiti tinggi.

samsung s7 edge dual pixel

Keupayaan Mengambil Photo Dalam Mode Wide Selfie

Opsyen ini yang paling dinanti-nantikan oleh penggemar selfie. Tiadalah lagi yang merajuk kerana kamera tak mampu ambil gambar kesemua orang yang ingin berselfie bersama.

samsung s7 edge camera wide selfie

Mode Panorama Bergerak

Wow! Apa yang dapat saya katakan fungsi ini amat mengujakan bagi penggemar telefon yang ketagihan mengambil gambar. Pantang nampak pemandangan yang cantik, terus keluarkan telefon dan ambil photo dan upload ke Facebook. Tak mengapa, tindakan ini tidak salah, pedulikan mereka yang kerap mengata tentang ketagihan anda itu.

 samsung s7 edge gaming

Ciri-ciri Samsung Galaxy S7 Edge memang mengujakan bagi peminat-peminat computer game tentu akan jatuh cinta pada telefon ini kerana ia didatangkan dengan mode grafik yang tinggi spesifikasinya. Dengan ketajamana piksel diikuti pemproses grafik  berskala tinggi menjanjikan pengalaman hebat kepada si pemain game tersebut.

Spesifikasi Teknikal Samsung Galaxy S7 Edge Secara Terperinci

  • Kamera Depan : Dual Pixel 12.0 MP (F/1.7)
  • Kamera Belakang : CMOS 5.0 MP (F/1.7)
  • Processor : Octa-Core (2.3GHz, 1.6GHz )
  • Color Depth : 16M
  • RAM Size (GB) : 4 GB (Digunakan oleh sistem)
  • ROM Size (GB) : 32 GB (Untuk menyimpan Apps yang kebiasaan dimuat-turun dari Google Apps)
  • External Memory Support : MicroSD (Up to 200GB)
  • Telephone Network : Menyokong LTE dan mempunyai slot dual SIM
  • Connectivity : Bluetooth Ver4.2 dan USB V2.0
  • Sistem Pengoperasian : Android
  • Ketahanan Bateri : Standard Battery Capacity 3600 mAh
  • Internet Usage Time : Sehingga 12 jam (3G), Sehingga 15 jam (LTE), Sehingga 16 jam (WiFi)
  • Masa Perbualan : Sehingga 27 jam
  • Video Playing Format : MP4, M4V, 3GP, 3G2, WMV, ASF, AVI, FLV, MKV, WEBM
  • Audio Playing Format : MP3, M4A, 3GA, AAC, OGG, OGA, WAV, WMA, AMR, AWB, FLAC, MID, MIDI, XMF, MXMF, IMY, RTTTL, RTX, OTA

Pindahan Data Yang Mudah

Tidak mungkin anda meninggalkan semua gambar dan fail-fail penting didalam telefon lama tanpa memindahkannya ke telefon baru Samsung Galaxy S7 Edge. Dengan opsyen Smart Switch yang tersedia menerusi program Samsung Smart Switch App, pindahan data dari telefon lama ke telefon Samsung Galaxy S7 Edge menjadi lebih mudah.

samsung s7 edge data transfer

Harga Samsung Galaxy S7 Edge

Harganya sedikit berbeza bermula dari RM2700 hingga RM3100 bergantung kepada tambahan aksesori yang dimasukkan sekali ke dalam harga. Harga setinggi itu memang kena pada ciri-ciri Samsung Galaxy S7 Edge yang serba mewah. Jika anda membeli aksesori secara berasingan, harganya akan jauh lebih mahal. Sebagai memancing pembeli, penjual akan menawarkan aksesori tambahan yang mereka rasakan ramai memerlukannya setelah mula menggunakan telefon canggih ini.

Kesimpulannya, telefon secanggih itu memerlukan tahap kemahiran yang tinggi dan sesuai buat mereka yang gemar menggunakan handphone dalam setiap aktiviti mereka. Sepertimana yang pernah saya katakan jika anda hanya mengutamakan fungsi asas sahaja, maka, telefon ini amat tidak sesuai sekali untuk dimiliki. Anda hanya menggunakan 20%-30% sahaja dari keseluruhan ciri-ciri Samsung Galaxy S7 Edge yang ternyata amat merugikan sama sekali. Ibarat anda mempunyai kereta Ferrari tetapi gaya pemanduan seperti memandu sebuah kereta kancil.

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *