Duit Google Adsense Melalui Western Union

buat duit melalui google adsense

Dapat sikit rezeki dari dari pihak Google kerana terlibat dalam program Google Adsense. Mulanya hanya main-main sahaja kerana nak lihat sejauh mana keberkesanannya tetapi kini rasa macam seronok pula terlibat secara langsung dengan program tersebut. Selain dari program Google Adsense ada juga program lain yang boleh menjana side income cara santai. Kalau korang mempunyai pekerjaan tetap, anggaplah side income ni sebagai income yang boleh digunakan untuk pergi bercuti. Wow, bestkan cuti guna duit dari sumber side income.

Kalau korang nak tahu tentang side income, boleh la membaca posting aku terdahulu bertajuk Side Income.


Bila duit Adsense dan mencecah nilai minima untuk pengeluaran, korang pilihlah samada nak keluarkan duit Google Adsense melalui Western Union atau Wire Transfer. Guna lah dua-dua cara supaya korang tahu prosesnya. Aku tak tunggu lama, bila cecah aje balance USD100 terus ambil dari akaun Google Adsense aku.

Tips : Jangan simpan terlalu banyak dalam akaun takut nanti bila akaun kena ban terus sangkut duit tu. Google Adsense ni ada pantang-larangnya, so kena la berhati-hati dalam kualiti artikel, strategi pemasaran blog/website dan sebagainya.

Pastikan korang dah dapat payment receipt dari Google sebelum pergi ke ejen Western Union dengan membawa sekali salinan IC. Contoh seperti dibawah.

buat duit melalui google adsenseSehari sebelum ini, aku telah pergi ke pejabat Pos Beranang untuk tujuan pengeluaran tapi mereka ada problem dengan sign-in ID. Pada aku, senang aje, kalau dah tahu ID bermasalah kenapa tak inform pihak-pihak yang berkenaan. Dah berbulan problem tu mengikut kata staf tu. So, the next day aku repeat tapi pergi ke cawangan Pos Malaysia yang lain. Pagi-pagi lagi aku dah terpacak depan pintu. Orang dah ramai pun tapi masih under control.

pejabat pos semenyihBukak aje pintu, apa lagi meluru semua nak ambil nombor giliran. Sebelum ambil nombor aku tanya staff Pos Malaysia, “encik, saya nak ambil duit Western Union, ada apa-apa masalah ke kat cawangan ni”. Staf Pos Malaysia memberikan isyarat bagus menandakan mereka boleh memproses permohonan aku.

nombor giliran pos malaysiaJarang dapat nombor sekecil ni kat pejabat Pos. Biasa main puluh-puluh, ni kira nasib baik betul. Sampai giliran aku,dia suruh aku lengkapkan soalan ujian dan jawapan yang ada kat dalam form tu. Aku kata yang ini dari Google, mana ada Google bagi semua info tu. Dia tengok pengirim adalah dari sebuah syarikat iaitu Google Singapore, terus dia cakap “kat sini tak boleh proses jika pengirim bukan individual”. Cara kirim duit melalui Western Union membolehkan korang letakkan soalan dan jawapan pada form waktu korang nak hantar duit. Lepas tu korang inform si penerima apakah soalan dan jawapan yang korang pilih. Opsyen ni membolehkan jika si penerima takde IC atau passport, maka, pihak yang memberikan wang tunai (dalam hal ini Pos Malaysia) dapat melakukan proses pengesahan bahawa korang la penerima yang berhak menerima wang tunai tersebut. Wow, canggih dan simple jugak idea ni kan.

borang western union

Tips : Pejabat Pos tidak dapat memproses pembayaran Western Union jika pengirim merupakan sebuah syarikat.

Frust betol la bila percubaan kali kedua masih gagal. Mujur staf Pos Malaysia memberitahu di Kajang terdapat sebuah syarikat yang menjadi ejen Western Union yang boleh menyelesaikan masalah aku. Ia terletak betul-betul di pusat bandar Kajang berhampiran dengan restoran makanan segera Mc Donalds.

 

ejen western union

Address : 29A,1st Floor,Jalan Tun Abdul Aziz (Tel : 03-87343786)

Siapakah Horizon Remit? : Horizon Remit Sdn Bhd a joint venture formed in April 2010, between Weizmann Forex Ltd. and Paul Merchants Ltd, two of India’s largest principal agents of “The Western Union Money Transfer Company” are in the business of Inbound and Outbound International Money Transfer Services having a valid License issued by Bank Negara.


Masalah di Kajang macam biasala parking. Susah cari parking. Sampai sahaja ke ofis diaorang, staff Horizon Remit membantu aku melengkapkan borang. Tak sampai 10 minit, urusan pun selesai. Mudah gilerrrr…

Dapatla aku resit seperti kat bawah ni menunjukkan amaun sebenar dalam ringgit. Rupanya nilai ringgit dikira pada hari Google mengeluarkan resit bayaran iaitu pada 21/12/2015. Kalau tidak lagi banyak aku dapat.

resit western unionBegitu mudah sekali mengeluarkan duit Google Adsense melalui Western Union. Tanpa sebarang caj dikenakan. Caj rasanya dikenakan pada pengirim. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai programme Google Adsense ikuti artikel ini – Buat Duit Dengan Internet Melalui Google Adsense.

 

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *