Email Scam Dari TNB

saya benci scammers

Semakin menjadi-jadi scammers mencari peluang yang ada untuk menjerat mangsa. Baru-baru masuk pula email kononnya dari TNB yang memberikan hadiah yang tidak disangka-sangka kepada aku. Memang best la rasa terjongket punggung bila baca email tu. Siapa nak bagi bro RM150K yang terpilih dari berjuta pemilik akaun TNB hanya 7 orang saja yang dapat. Tak ke bertuah bangat tu!

Apakah ciri-ciri utama email yang disyakki sebagai scam?


Senang aje. Lihat pada email scammer. Kebiasaannya email scammer berbentuk seperti email sebenar tetapi domain email tidak langsung menggambarkan domain TNB. Domain TNB adalah www.tnb.com.my, maka, sudah tentulah jika email yang melibatkan marketing (sebagai contoh) akan berbentuk begini => marketing@tnb.com.my.

Juga terdapat permintaan dari scammer untuk mangsa mengisi maklumat peribadi untuk tujuan memancing mangsa. Dalam kes email scam dari TNB ini, maklumat yang diminta agak biasa-biasa aje kerana mereka hanya meminta nama, alamat bil, nombor telefon. Tiada maklumat yang betol-betol sensitif seperti no akaun bank dan sebagainya. Mereka sebenarnya inginkan engagement yang bermaksud mangsa melayan email mereka dan email susulan akan masuk ke mailbox mangsa. Tunggulah dalam 4-5 email baru mangsa akan perasan (jika perasan, kalau tak perasan memang jerat dah mengena la) yang mereka mula meminta mangsa melakukan tindakan yang ekstrim, contoh, “untuk menebus ganjaran tersebut, anda diminta memasukkan RMXXXX ke dalam akaun ….”. Apalah sangat bagi sedikit duit 4 angka pada scammer berbanding dengan duit 6 angka yang bakal diterima kannnnn…. Ini hanya anggapan aku saja sebab aku tak layan pun email diaorang. Tapi kalau penipuan online banking memang aku tahu sebab aku pernah layan email diaorang. Boleh baca kat sini kalau korang nak tau macammana mereka kebas duit bank korang.

saya benci scammersEmail Scam Dari TNB

Lanjutan dari penyebaran email scam tersebut pihak TNB telah mengeluarkan kenyataan seperti dibawah :

Beware of Email Scam / Fake Contest
01/01/2016

ATTENTION! TNB would like to notify that there is an e-mail scam (End of Year Gift) that is being circulated/spread by an unidentified party, which claims that email addresses of the lucky customers have been chosen to win RM150,000 in cash.
TNB wishes to clarify that we DO NOT engage in any such promotional activity.
We would like to advise the customers NOT to reveal their personal data/information to any unidentified party.
Kindly be aware and alert your family and friends on this matter.
For any further clarification, please contact TNB CareLine at 1 300 88 5454.

Berikut adalah kandungan email scam yang masuk ke email aku.


 

Ini adalah satu pemberitahuan rasmi daripada ibu pejabat daripada Tenaga Nasional Berhad sempena Persatuan Air Malaysia (PAM) untuk memaklumkan anda mengenai Hadiah Khas Eksklusif Tenaga Nasional Berhad Akhir Tahun  dan kami Kami dengan gembira mengumumkan alamat e-mel anda sebagai salah satu  daripada 7 alamat e-mel yang dipilih semalam yang diadakan di ibu pejabat di
Kuala Lumpur.

Dilampirkan disini Nombor Rujukan TNB-1187-48901 dengan Nombor kelulusan, TNB / 2012-087 /KL, dan nombor bertuah, TNB / 7071KL-733 yang memenangi MYR 150,000.00 (Seratus Lima Puluh Ribu Ringgit Malaysia Sahaja), alamat e-mel anda dipilih dari pangkalan data ibu pejabat lembaga program Tenaga Nasioanl Berhad dan TNB memberi MYR150,000 kepada 7 keluarga yang bertuah menerima mesej rasmi ini melalui e-mel sebagai pampasan 1 Malaysia.

Hadiah ekslusif Akhir Tahun TNB berjumlah  MYR150,000.00 akan dikeluarkan kepada anda melalui bank antarabangsa. Oleh kerana rombakkan beberapa nombor dan nama, kami meminta anda menyimpan mesej ini untuk diri sendiri dan tidak akan sama sekali mendedahkan kepada pihak TNB sehingga tuntutan anda telah diproses, dan hadiah anda dimasukkan ke dalam akaun anda, kerana ini adalah sebahagian daripada protokol untuk mengelakkan penyalahgunaan nombor bertuah anda.

Untuk memulakan tuntutan TNB anda, anda dikehendaki mengisi borang pengesahan di bawah dan mengemukakannya kepada ejen tuntutan anda,Puan Zailina Bt Zainal Abidin bagi membolehkan beliau menjelaskan fail anda dan membayar dengan segera.

Jabatan Ganjaran TNB
Zailina Bt Zainal Abidin
TEL: +60163774909
E-Mel:    tnb-bonus@outlook.my


Nama Penuh:
Alamat Bil:
Umur:
Warganegara:
Nombor Telefon Rumah:
No. Pengesahan dan Rujukan Hadiah:

NOTA: Untuk mengelakkan kelewatan atau pembatalan, sila lampirkan bersama  Nombor Rujukan dan Nombor Pengesahan TNB dalam semua urusan surat menyurat dengan ejen anda di dalam e-mel ini.

Semua wang hadiah mesti dituntut tidak lewat dari  tarikh 10th January, 2016. Apa-apa tuntutan yang tidak dibuat mengikut tarikh ini akan dikembalikan kepada Tenaga Nasional Berhad, Malaysia.

Tahniah !! Sekali lagi
Saya yang menurut perintah,
(Nor Fadilah Binti Samsudin)
Setiausaha Publisiti TNB
©Copyright 2015 Tenaga Nasional Berhad
Semua hak cipta terpelihara.


Email scam dari TNB telah tersebar sejak tahun lepas lagi cuma mungkin tiada yang memaklumkan kepada pihak TNB sehinggalah baru-baru ini pada 1/1/2016 pihak TNB mengeluarkan amaran di laman web mereka. Jadi, berhati-hatilah, senantiasalah memandang ke arah URL yang tertera. Semoga kita semua tidak terjerat dengan tawaran tak masuk akal. Hilang akal ke tetiba je dapat duit selepuk RM150K.

 

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *