Enjin Carian Kiddle BUKAN Produk Google

browser untuk kanak-kanak kiddle

Ramai yang mempercayai enjin carian Kiddle adalah keluaran Google dan berjaya menapis hasil carian yang tidak sesuai untuk ditatapi oleh kanak-kanak.

Enjin Carian Kiddle BUKAN Produk Google

Pada dasarnya Kiddle hanyalah sebuah website yang menggunakan enjin carian Google dengan memasukkan unsur-unsur tapisan terhadap laman web dan katakunci tertentu. Kiddle.co tiada kena-mengena dengan Google.


broswer untuk dewasa chrome

Contoh carian “10 sexiest Hollywood actress” menggunakan Google.

Dengan kemunculan laman-laman web baru yang tumbuh melata adalah agak sukar untuk menapis kesemuanya. Ada diantara laman web yang mempunyai isi biasa-biasa tetapi mempunyai barisan pautan luar (link) yang “luar biasa”. Inilah yang menjadi kegusaran kepada para ibubapa di luar sana.

browser untuk kanak-kanak kiddle

Contoh carian “10 sexiest Hollywood actress” menggunakan Kiddle.

Apa yang menjadi larangan di benua sebelah timur mungkin tidak menjadi isu bagi mereka di benua sebelah barat. Saya cuba menggunakan Kiddle.co dan memasukkan katakunci “smart gambling“. Kiddle.co memaparkan hasil cariannya dan adakah kita di Malaysia inginkan mendedahkan anak-anak dengan aktiviti berbentuk perjudian diperingkat umur sebegitu muda. Namun begitu katakunci seperti “porno“, “sexy” memang dihalang oleh Kiddle dan untuk itu…syabas buat Kiddle.co.


Bagaimana Menyekat Anak Dari Melayari Laman Web Negatif?

Tidak ada tools yang sesuai untuk menangani masalah ini secara total. Apa yang penting ialah penglibatan ibubapa dalam aktiviti penggunaan internet oleh anak-anak mereka.

Ibubapa harus menerangkan kepada anaka-anak mengenai …

  • Tatacara keselamatan online yang merangkumi aspek risiko jangkitan virus komputer terhadap komputer yang digunakan. Jelaskan kepada mereka bahawa virus komputer mampu mendatangkan ancaman terhadap komputer seperti kerosakan sistem operasi komputer yang melumpuhkan 100% komputer yang sedang digunakan.
  • Ancaman phishing yang dapat merugikan pengguna komputer, contohnya kehilangan wang di akaun bank pengguna.

Ibubapa wajib memastikan anak-anak mereka hanya melayari internet dengan kehadiran mereka disisi anak-anak. Elakkan dari menyediakan komputer di bilik anak-anak yang memudahkan mereka melayari internet secara berseorangan. Letakkan komputer di tempat terbuka seperti di ruang istirehat keluarga agar mereka rasa tidak selesa sama-sekali sekiranya berhasrat melayari laman-laman web negatif. Selain memantau, ibubapa juga dapat mengajar penggunaan komputer dengan lebih efektif. Beri penekanan mengenai laman-laman web yang boleh dilayari dan juga yang tidak boleh dilayari. Sekiranya meninggalkan anak-anak dirumah, cabut kabel router atau tukar password router. Jangan hadiahkan smartphone kepada anak-anak kerana tidak ada keperluan untuk mereka memiliki alat komunikasi tersebut. Memadai dengan memberikan mereka telefon bimbit biasa yang hanya bertujuan untuk membuat panggilan suara atau SMS. Kemudahan WiFi untuk tablet juga perlu disekat sekiranya anda tidak bersama mereka.

Kesimpulan

Sekali lagi ditegaskan di sini bahawa enjin carian Kiddle bukan produk Google sepertimana yang ditularkan melalui laman sosial.  Ianya adalah sebuah laman Web yang menggunakan fasiliti Google Search dan menapis hasil carian yang diberikan oleh Google. Carian menggunakan Kiddle sekalipun belum tentu dapat menapis keseluruhan hasil carian. Sebenarnya penggunaan internet tidak wajar disekat 100% oleh ibubapa. Di zaman yang serba canggih ini dengan kemahiran menggunakan komputer juga dinilai apabila mereka memasuki alam pekerjaan, adalah tidak wajar sama sekali bagi ibubapa menyekat penggunaan komputer oleh anak-anak diperingkat sekolah rendah dan menengah. Kerapkali guru-guru memberikan tugasan yang memerlukan pelajar mencari maklumat di internet dan ini menyebabkan pelajar rasa ketinggalan sekiranya mereka gagal menyediakan bahan tugasan sepertimana yang dikehendaki oleh guru. Apa yang penting ialah anak-anak sentiasa mematuhi peraturan yang dikenakan oleh ibubapa dan ibubapa pula harus sanggup mengorbankan sedikit masa untuk bersama-sama mereka mencari maklumat yang dikehendaki.

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *