Evolusi Teknologi Grafik Komputer Yang Menggemparkan

prince of persia

Teknologi dalam bidang grafik komputer berkembang begitu pesat sejak dari mula komputer peribadi (personal computer) dicipta. Jika dahulu setiap paparan skrin hitam putih, tiada apa yang istimewa yang dapat dipertontonkan kerana apa lah sangat yang mampu ditonjolkan oleh pereka permainan komputer dengan gabungan 2 warna hitam dan putih sahaja.

Kini, permainan komputer telah memasuki fasa yang begitu maju kerana setiap imej sesuatu objek itu menggunakan warna yang mirip kepada warna sebenar objek yang hidup. Ini banyak dibantu oleh teknologi paparan komputer yang mempunyai kepadatan titik setiap inci (dot per inch) yang tinggi. Lebih banyak jumlah titik yang mampu dihasilkan dalam setiap inci bermakna lebih jelaslah imej setiap objek yang dipaparkan.


Jika anda pernah melalui zaman paparan televisyen lama sekitar tahun 60-an, 70-an dan juga 80-an, anda tentu perasan imej logo tamat siaran yang biasanya dipaparkan pada jam 12 tengah malam, akan kelihatan sedikit bergerigi di bahagian tepi bulatan logo tersebut. Ini berlaku kerana resolusi paparan adalah rendah ataupun kepadatan titik setiap inci yang rendah.

Ikuti petikan video evolusi teknologi grafik komputer dari tahun 1952 hingga 2015. Apa yang dihimpunkan oleh video ini amat menyeluruh dan mudah difahami.

Evolusi Teknologi Grafik Komputer Yang Menggemparkan

Saya pernah melalui zaman grafik komputer bermula dari era 80-an. Antara permainan komputer yang popular pada ketika itu ialah Prince Of Persia. Memang payah betul bermain permainan komputer menggunakan keyboard. Setiap pergerakan harus berhati kerana jika terlebih tekan kekunci di keyboard akan menyebabkan putera raja Persia tersebut terlajak berlari dan akhirnya jatuh ke dalam gaung.

Sungguhpun begitu, kepakaran mereka yang membangunkan perisian ini amat membanggakan. Apa yang mengagumkan saya ialah pergerakan setiap objek amat kemas, liuk-lentok putera raja itu berlari dan berhenti berlari, mirip pergerakan manusia sebenar. Pujian memang harus diberikan kepada mereka yang menulis aturcara komputer tersebut.


Pada zaman ini, kualiti permainan komputer semakin canggih, ditambah pula teknologi grafik komputer yang semakin berkembang. Jika dulu permainan komputer berasaskan 2 dimensi tetapi kini ianya menampilkan lebih daripada itu. Dengan menggunakan kerusi khas, mereka yang bermain permainan komputer dapat merasakan kesan gegaran sepertimana yang dialami “hero” didalam permainan komputer tersebut. Jangan terperanjat pula jika kesan khas yang lain seperti air, udara dan bau akan digunakan didalam penciptaan permainan komputer di masa akan datang.

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *