Facebook Diarah Berhenti Mengutip Data Pengguna

facebook gather conference in belgium

Sesetengah negara mengamalkan dasar teknologi maklumat yang ketat di mana setiap penggunaan applikasi dipantau oleh suruhanjaya privasi yang menilai tahap keselamatan data pengguna. Terdapat beberapa applikasi yang secara terang-terang mengumpul maklumat pengguna untuk tujuan pemasaran produk. Facebook tidak terkecuali dalam hal ini. Sejauh mana data-data ini digunakan oleh mereka tidaklah diketahui. Kebiasaannya pengguna tidak ambil kisah tentang perkara ini kerana mereka beranggapan ianya tidak mendatangkan kesan negatif terhadap mereka.


Selagi tidak digunakan untuk tujuan yang salah, tidak mengapa. Tetapi adakah kita mengetahui dengan jelas tentang peringkat penggunaan data-data tersebut? Kebiasaannya pengguna hanya bersetuju sahaja dengan Terms & Conditions kerana ianya ditulis dengan panjang lebar dalam bahasa Inggeris. Ramai juga pengguna yang tidak mahir membaca T&C dalam lenggok kata lawyer.

Facebook Diarah Berhenti Mengutip Data Pengguna

BRUSSELS – Feb 16, 2018

Media Belgium mengatakan mahkamah Brussels telah mengarahkan Facebook untuk berhenti mengumpul data mengenai rakyat di negara tersebut atau menghadapi tuntutan denda untuk setiap hari atas kegagalan mematuhinya.


facebook gather conference in belgium

Logo Facebook kelihatan di Facebook Gather Conference di Brussels, Belgium pada 23 Jan 2018.

Akhbar harian De Standaard melaporkan pada Jumaat bahawa mahkamah mengekalkan hasil penemuan suruhanjaya privasi Belgium yang mendapati Facebook mengumpul data tanpa persetujuan pengguna.

Ia berkata mahkamah membuat kesimpulan bahawa Facebook tidak memaklumkan secara terperinci kepada pengguna bahawa ia mengumpul maklumat, jenis maklumat yang disimpan dan berapa lama, atau apa yang dilakukannya terhadap data tersebut.

Telah diputuskan juga bahawa Facebook mesti berhenti melakukan proses menjejak dan mengumpul maklumat penggunaan internet oleh pengguna Belgium. Ia juga mengarahkan Facebook memusnahkan sebarang data yang diperolehi secara tidak sah atau berdepan dikenakan denda sebanyak 250,000 euro ($ 311,500) setiap hari ianya tertangguh.

Sumber : Voanews.com

 

 

Please follow and like us:

2 Comments

  1. Nurul

    Social media memang bukan secure sangat. Pengguna mesti berhati-hati supaya tidak mengemukakan terlalu banyak informasi peribadi di atas.

    Reply
    1. Admin (Post author)

      betul tu kak. terbaik.

      Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *