Fungsi-fungsi Norton Internet Security

Tiba sudah installation CD Norton Internet Security yang aku beli dari Lazada Malaysia. Beli dan bayar pada hari Isnin, hari Rabu sudah dapat anti virus yang dipesan. Mudah sungguh beli secara online ini.


Tetapi yang diterima adalah versi 2013, jadi terpaksalah memulakan proses download versi terbaru di www.norton.com/digital. Saiz fail yang ingin dimuat-turun adalah 197.26 Mb. Wow! Agak besar juga tetapi talian Streamyx 2Mb yang aku langgani mampu memuat-turun dengan agak laju juga. Tempoh masa yang diambil untuk memuat-turun Norton Internet Security sekitar 10 minit. Takpe la, boleh aje buat kerja lain. 🙂 Orang Telekom tak pernah putus asa pujuk aku bertukar ke Unifi tapi kalau tukar tak tambah duit takpe la jugak …ini kena tambah duit, lagipun aku tak perlukan fasiliti internet selaju Unifi. Contoh macam ada orang dok sibuk cakap pasal nak ada kereta Ferrari sebab kereta tu laju. Tapi kalau hati tak kering, bawak macam siput, memadai la drive kereta biasa-biasa aje.

Haaa…dah habis pun download.

laporan aktiviti Norton

Kad Laporan Aktivity Norton

Review Tentang Norton Internet Security

Aku akan review sikit tentang Norton ni berdasarkan pada apa yang aku perhatikan sejak dari mula proses pemasangannya.

  • Proses muat-turun Norton Internet Security

Mudah dan skrin arahan jelas. Dalam kes aku ni, aku beli melalui Lazada dan kemudian dapat installation CD beserta dengan product key kombinasi abjad dan nombor. Sebelum memuat-turun fail installation Norton, anda akan dikehendaki memasukkan product key ketika membuka akaun baru di laman web Norton. Proses muat-turun pun bermula sebaik sahaja product key yang betul dimasukkan. Tapi kalau nak guna versi 2013, hanya perlu install terus dari CD yang diterima.

  • Proses pemasangan Norton Internet Security

Ada sedikit masalah di sini kerana installation program mengatakan terdapat satu lagi program pemasangan sedang berlangsung. Ini yang buat aku pening sikit, tapi takpe sebab aku orang IT. Ok dah tutup skrin yang lain dan Norton kembali meneruskan pemasangannya. Disarankan anda menutup semua program selain dari Norton untuk mengelakkan sebarang masalah ketika installation. Nanti korang menggelabah pulak bila proses pemasangan tak berjalan lancar.


Skrin kini menunjukkan program cuba menghubungi server Norton. Cubaan pertama gagal. Tak tau kenapa. Aku retry… harap-harap kali ni menjadi. Masih gagal. Takpe …aku yakin jika aku cancel step ni, program akan menghubungi server Norton bila-bila masa selepas laptop dihidupkan kembali.

Apa yang berlaku selepas aku restart komputer masih lagi menimbulkan tanda-tanya kerana servis Norton gagal berfungsi. Maksud “servis” di sini ialah sesetengah program yang terpasang di komputer perlu berada dalam kedudukan hidup/bersedia untuk bertindak dengan serta-merta jika keadaan memerlukannya. Kalau tak faham sila komen. Servis ini  terus berada di ingatan komputer dengan menggunakan sedikit ruang memori komputer.

Tips : Jika anda selalu install applikasi di komputer dan kemudian uninstall/membuang kembali applikasi tersebut, maka, berjaga-jagalah akan masalah sistem registry komputer yang mungkin berterabur. Ada applikasi yang tidak melakukan tugas dengan kemas sewaktu proses uninstall dimana masih terdapat rujukan terhadap applikasi tersebut. Jika registry bersampah/berterabur kandungannya, ini akan menjejaskan tempoh masa boot up sesebuah komputer. Boot-up adalah proses sesebuah komputer dihidupkan sejak dari mula logo Windows keluar sehinggalah skrin penuh Windows terpapar diskrin dan lampu harddisk berhenti berkelip. Lampu harddisk berkelip-kelip menandakan sistem pengoperasian masih lagi bekerja menghidupkan segala macam applikasi yang perlu dihidupkan. Umpama seorang pilot kapalterbang yang menghidupkan segala jenis suis di kokpit. Penumpang kena la tunggu sampai pilot siap buat kerja dia.

cara pemasangan yang betul

Run As Administrator Bagi Program Pemasangan Norton

Setelah berfikir sejenak, aku teringat mungkinkah aku kena install menggunakan ID administrator? Kemungkinan itu ada. Walaupun ID aku telah aku setkan dengan peranan sebagai administrator, tapi pernah juga sebelum ini ada antara applikasi yang memang kena install menggunakan ID administrator. Caranya ialah pergi ke program installer dan jangan double-click tetapi right-click mouse di atas nama program installer. Akan terpapar sebuah menu dan pilih Run as administrator. Lihat contoh skrin di atas. Lepas habis install menggunakan ID Administrator, aku pun terus restart komputer. Selepas tu terus aku periksa servis Norton, tu diaaa…dah berfungsi. Legaaaa…

norton skrin utama

Fungsi-fungsi Norton Internet Security

Fungsi-fungsi Norton Internet Security

Bahagian ini lebih kepada apa yang tercatat di sudut spesifikasi Norton Internet Security. Antaranya ia :

  • Melindungi virus-virus yang tidak dijumpai sebelumnya tanpa mengganggu keupayaan komputer.
  • Melindungi pengguna dari kecurian data sewaktu melakukan urusan perbankan atau pembelian atas talian.
  • Melindungi pengguna dari melayari laman-laman web yang negatif.
  • Melindungi pengguna dari phishing scams. Penerangan yang lebih jelas boleh diikuti di artikel Penipuan Dalam Internet.
  • Melindungi pengguna dari Spyware
  • Menghindari anasir-anasir spam
  • Mengekang ancaman media sosial
  • Mempunyai opsyen untuk ibubapa mengawal aktiviti surfing anak-anak.
  • Melakukan tuning terhadap komputer anda secara automatik.
  • Kemudahan update secara automatik.
norton file insight scan

Norton Dalam Diam Menyemak Fail

Pada dasarnya kesemua produk-produk antivirus di pasaran mempunyai kekuatan yang hampir sama. Jika dihurai secara terperinci satu persatu sekalipun, anda tidak mungkin akan mudah memahami huraian teknikal tersebut. Sedangkan jika anda seorang yang mempunyai ilmu yang baik dalam bidang IT sekalipun, tidak semestinya anda memahami kesemua aspek teknikal tersebut. Apa yang penting ialah sesebuah antivirus mestilah mampu mengesan virus-virus baru yang muncul di dunia realiti. Norton mempunyai fasiliti Symantec Online Network for Advanced Response (SONAR) di mana setiap fail yang dikesan sebagai suspicious, akan dimuat-naik ke SONAR untuk proses ujian makmal. Maklumat-maklumat sebegini diperlukan oleh Norton untuk membuat ujian pengesanan ciri-ciri virus agar kemaskini dapat dilakukan terhadap database mereka.

Ringkasan Review Norton

norton - buat kerja dengan senyap

Norton Melakukan Kerja Ketika Komputer Tidak Bekerja

Untuk tidak terjebak kepada permasalahan sewaktu proses pemasangan, adalah perlu anda run program pemasangan menggunakan mod “Run As Administrator“. Kadang-kadang tu kita rasa apa yang rasakan logik tidak dianggap logik oleh komputer. Bayangkanlah, ID anda adalah dalam kategori Administrator tetapi applikasi yang ingin dipasang masih mahukan Administrator sebagai ID pengguna yang login ke komputer tersebut. Ikutkan sajalah permintaan applikasi tersebut. Berhubung dengan Norton pula secara keseluruhannya aku amat berpuashati dengan fungsinya. Mudah untuk dipasang disamping skrin antarmuka pengguna yang agak simple. Penampilan yang simple ini penting terutamanya kepada mereka yang tidak berpengetahuan luas dalam bidang komputer. Jika terlalu complicated akan menyebabkan pengguna mudah bosan. Imbasan virusnya juga amat baik dan mampu mengesan virus sepertimana yang dikehendaki. Dan yang terakhir ialah perisian ini tidak memberatkan proses-proses yang sedang diurus oleh sistem pengoperasian. Didalam sesetengah keadaan, ia melakukan tugasnya ketika komputer dalam mode idle. Mode idle ini bermaksud komputer tidak melakukan apa-apa proses. Kaedah sebegini membolehkan pengguna melakukan kerja-kerja di komputer dengan penuh keselesaan. Tidak berlaku situasi dimana komputer tersenggut-senggut apabila terlalu banyak applikasi yang dilancarkan secara serentak. Aku pernah menggunakan beberapa antivirus sebelum ini dan apa yang aku alami dengan penggunaan Norton Internet Security ini ialah ia tidak mengganggu sama-sekali kerja-kerja yang sedang aku lakukan di komputer. Aku amat berpuashati dengan antivirus ini. Terbaik Norton Internet Security.

 

 

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *