Fungsi Kekunci Khas Komputer

papan kekunci

Mungkin ramai yang tidak mengetahui akan beberapa kekunci khas yang terdapat di papan kekunci (keyboard). Setiap satu mempunyai arahan terbina-dalam yang akan melakukan sesuatu apabila ditekan. Mari kita selidiki apakah fungsi kekunci-kekunci tersebut.


Senarai Fungsi Kekunci Khas Komputer

F1 – Memaparkan bantuan dalam bentuk teks bagi windows yang sedang aktif.

“Aktif” bermaksud sekiranya anda membuka 10 applikasi, applikasi yang paling atas dalam susunan window yang dibuka itulah yang dipanggil aktif. Atau dalam kata lain, window yang berada paling depan yang sedang anda tatapi. Dalam contoh dibawah, saya membuka applikasi Notepad dan menekan kekunci F1.

keyboard shortcuts - F1

F1 – Help

F2 – Rename fail

Sekiranya anda berada di Windows Explorer yang memaparkan sejumlah fail dan anda berhasrat menamakan semula fail yang telah disimpan, maka, anda hanya perlu klik (klik sekali sahaja) pada fail tersebut dan tekan kekunci F2. Windows akan highlight nama fail tersebut untuk anda menaip nama fail yang baru.

keyboard shortcuts - F2

F2 – Rename

F3 – Mencari Teks/Fail

Bertujuan untuk mencari teks sekiranya anda sedang membuka applikasi seperti Microsoft Word, Notepad ataupun Excel. Selain itu jika anda berada di Windows Explorer, anda boleh menggunakan fungsi kekunci F3 untuk mencari fail.

keyboard shortcuts - F3

F3 – Pencarian Teks/Fail

F4 – Memaparkan senarai Address Bar di Windows Explorer.

Fungsi ini jarang sekali digunakan

keyboard shortcuts - F4

F4 – Paparan Address Bar

F5 – Refresh kandungan window yang aktif.

Jika anda sedang menggunakan browser internet (contoh Firefox), menekan kekunci F5 akan menyebabkan browser memperbaharui kandungannya. Sebaliknya jika anda menggunakan word processor seperti Microsoft Word, menekan kekunci F5 akan terpaparlah sebuah window Find and Replace.


keyboard shortcuts - F5

F5 – Refresh Window/Find and Replace

F10 – Mengaktifkan menu bar

Dalam sesetengah keadaan, anda ingin menyembunyikan atau memaparkan menu bar dan ini dapat dilakukan dengan penggunaan kekunci F10.

Lain-lain Kekunci Khas Yang Perlu Anda Ketahui

Dalam contoh dibawah, apabila dinyatakan Alt + F4, ianya bermaksud menekan kekunci Alt (tanpa dilepaskan) and tekan kekunci F4.

Alt + F4 : Menutup window yang sedang aktif.

Alt + Esc : Memaparkan kitaran window dalam susunannya.


Alt + Enter : Memaparkan properties bagi item yang dipilih.

Alt + Spacebar : Memaparkan menu shortcuts untuk window yang aktif.

Alt + Tab : Beralih ke window yang lain dalam senarai window yang masih terbuka

Ctrl + A : Pilih semua item dalam dokumen atau window

Ctrl + C : Salin item yang dipilih

Ctrl + V : Tampal (paste) item yang telah disalin.

Ctrl + Esc : Buka start menu

Ctrl + Right Arrow : Gerak cursor ke permulaan huruf perkataan yang berikutnya.

Ctrl + Left Arrow : Gerak cursor ke permulaan huruf perkataan yang sebelumnya.

Ctrl + Down Arrow : Gerakkan cursor ke permulaan paragraph yang berikutnya

Ctrl + Up Arrow : Gerakkan cursor ke permulaan paragraph yang sebelumnya

Ctrl + Shift + Arrow : Pilih teks dalam blok yang tertentu

Ctrl + Shift + Esc : Buka Task Manager.

Kesimpulan Fungsi Kekunci Khas Komputer

Sebenarnya terdapat banyak kombinasi kekunci yang akan melakukan tugas-tugas khas apabila ditekan. Namun pengisian artikel ini hanya pada kombinasi kekunci yang kerapkali digunakan. Tidak perlu menghafal semua kombinasi kekunci kerana kita jarang sekali menggunakannya. Bahkan jika anda menghafal kekunci khas yang saya nyatakan di atas, saya percaya anda masih juga menggunakan bantuan mouse untuk melakukan fungsi yang dikehendaki.

 

 

 

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *