Game Percuma Ketika Bosan

Pernah ke anda mengalami gangguan talian broadband atau servis data. Kadangkala hal ini juga mungkin disebabkan oleh kesesakan trafik di router terutamanya ketika menggunakan wifi kedai mamak. Faham-faham saja lah jumlah pelanggan pasa satu-satu masa.


Kemungkinan juga berlaku kesesakan trafik pengguna di pihak penyedia perkhidmatan broadband atau servis data. Kalau menggunakan smartphone dan memasuki daerah yang terpencil mungkin tidak dapat menggunakan talian internet yang baik atau mungkin tiada langsung isyarat internet di kawasan tersebut. Usahkan di kawasan pedalaman, di sesetengah kawasan kampung pun mengalami masalah yang sama. Ada operator perkhidmatan telefon yang bagus liputannya di kampung A tetapi tidak di kampung B. Orang kampung tersebut memang akan memilih perkhidmatan operator telefon mengikut kualiti servis yang diterima. Korang yang sesekali memasuki kampung tersebut sudah tentu akan merasa bosan dengan keadaan tersebut.

Jangan bosan-bosan. Layan aje game percuma ketika bosan menunggu talian internet pulih. Pernahkah korang terlihat skrin yang dibawah ini. Tak tahu la pula samada ini games baru atau lama. Rasanya dah lama aku perasan skrin ni cuma aku buat tak kisah aje.

main games offline
Aku selalu sangat dapat skrin ini tapi yang bestnya aku tak sangka pula dinosaur tersebut adalah game offline.  Dinosaur akan melompat bila korang klik. Anak aku yang beritahu. Malunya rasa apa taknya lulusan sains komputer tak tau!

main games offline

Pokok kaktus akan bergerak ke arah dinosaur dan dinosaur perlu melompat untuk mengelakkan dari terkena pokok kaktus tersebut. Bermula dengan perlahan dan makin lama makin laju. Game ini taklah canggih pun tapi kalau dah tiada rotan, akar pun jadilah. Setidak-tidaknya game percuma ketika bosan menunggu dapat menghilangkan stress maki-hamun terhadap talian internet yang terganggu. Jangan pula stress korang jadi stress pada orang lain pula.


Hehehe…. ala korang pun tak tau. 2 x 5 sama je la ngan aku.

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *