Jack Ma dan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ)

alibaba executive chairman - jack ma

Nama Ali Baba sudah tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia terutamanya bagi mereka yang berbangsa Melayu kerana nama tersebut amat popular dalam filem Ali Baba Bujang Lapok. Mengisahkan seorang yang miskin dan akhirnya menjadi kaya-raya hasil dari mencuri barang curian penyamun. Abangnya yang tamak telah dibunuh oleh penyamun setelah tertangkap sewaktu cuba melarikan hasil curian penyamun.

Ali Baba dan 40 Penyamun

Kisah yang asalnya dipetik dari cerita dongeng rakyat Ali Baba dan 40 Penyamun yang merupakan sebahagian dari koleksi dalam hikayat Seribu Satu Malam yang berasal dari Timur Tengah.


 

Berlainan pula dengan Ali Baba yang ingin diperkatakan di sini. Ali Baba ini bukannya seorang pencuri tetapi sebuah syarikat yang menyediakan platform jualan atas talian kepada pelanggan.


alibaba founder - jack ma

Alibaba Group

 

Siapakah Yang Mengasaskan Alibaba?

Alibaba ditubuhkan pada tahun 1999 bersama 18 orang rakannya termasuk pengasasnya, Jack Ma seorang lulusan dari Hangzhou Teacher’s Institute dalam bidang pendidikan bahasa Inggeris. Jika Amerika berbangga dengan Amazon, China tidak kurang hebatnya dengan adanya Alibaba.

alibaba executive chairman - jack ma

Jack Ma

Dengan menampilkan laman web rasmi alibaba.com, ia menghubungkan pihak yang berniaga dengan pihak yang berniaga (business to business), pelanggan dengan pelanggan dan peniaga dengan pelanggan. Kuasa-kuasa besar dalam bidang e-commerce kini mula mendapat saingan sengit dari Alibaba.com. Mungkin kelebihan yang ada pada Alibaba ialah ia berpangkalan di China dan pada ketika ini China merupakan sebuah negara besar yang banyak mengeluarkan produk-produk pada harga yang rendah. Kos pengeluaran sesebuah produk di China yang rendah telah berjaya menarik minat pelabur-pelabur asing membuka kilang pengeluaran di sana.

alibaba shopping cart

Shopping Cart Alibaba

Jack Ma dan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ)

Di atas kejayaan Alibaba.com, pihak kerajaan Malaysia telah melantik Jack Ma sebagai penasihat ekonomi digital kerajaan Malaysia dibawah program Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ). Antara kepakaran beliau yang dinantikan oleh kerajaan Malaysia ialah mewujudkan sebuah portal dalam talian untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agar mudah diakses oleh pengguna China. Selain dari itu, Malaysia juga mengharapkan beliau dapat turut membantu dalam menyediakan pakej e-ekonomi dari segi pelaksanaannya termasuk e-pembayaran, Alipay, e-pembiayaan perbankan dalam talian dan sebagainya.

 

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *