Jenis-jenis Broadband Di Malaysia

businessman download information

Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan dan Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi pada 24 Mac 2010. Dalam pelan jalur lebar ini, komponen jalur lebar berkelajuan tinggi dibina di kawasan-kawasan terpilih bagi merancakkan ekonomi dan perniagaan manakala ianya juga turut disediakan untuk kemudahan di kawasan-kawasan perumahan. Bagi merealisasikan pelan ini, kerajaan telah merancang membina lebih banyak menara telekomunikasi dan pusat jalur lebar komuniti agar lebih ramai rakyat dapat menikmati kemudahan teknologi maklumat.

world connectivity

Internet Dunia Tanpa Sempadan

Jenis-jenis Broadband Di Malaysia

Ramai yang tahu menyebutnya dan ramai pula yang tahu terjemahannya tapi berapa ramai pula yang tahu apa itu broadband? Seharusnya broadband itu laju capaian internetnya kalau perlahan kita namakan berukband. Broadband atau jalur lebar ialah sejenis medium sambungan internet berkelajuan tinggi yang telah menggantikan teknologi dial-up yang dahulunya merupakan kaedah penyambungan data ke internet. Di bidang telekomunikasi telefon bimbit pula, evolusi broadband 3G menggantikan sistem 2G.


Broadband didatangkan dengan berbagai platform seperti ADSL, Fibre Optic, Wireless, Satelite, Broadband over Powerlines (BPL) danĀ Rangkaian Data Telefon Mudah-alih.

Asymmetric Digital Subscriber Line (ADSL)

 


Asymmetric digital subscriber line (ADSL) ialah sejenis teknologi digital subscriber line (DSL) dimana teknologi komunikasi data yang membolehkan penghantaran data yang pantas melalui talian telefon. Teknologi ini menggantikan kaedah dial-up menggunakan modem yang diperkenalkan oleh Telekom Malaysia pada masa lalu.

router connectionContoh penggunaan platform jalur lebar melalui ADSL ialah produk Streamyx oleh Telekom Malaysia.

Jalur Lebar Gentian Optik (Fibre Optic)

Platform selepas ADSL ialah fibre optic. Kabel yang digunakan bukanlah sepertimana kabel yang digunakan oleh platform ADSL. Ia menggunakan kabel gentian optik yang mengandungi helaian gentian kaca didalam sebuah kelongsong yang bertebat. Dicipta untuk jarak komunikasi yang lebih jauh dan berprestasi tinggi untuk perkhidmatan data dan/atau suara.

Sedikit penerangan mengenai penanaman kabel dasar laut dalam video dibawah.

Jalur Lebar Tanpa Wayar (Wireless)

Kebiasaannya perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar ini diguna-pakai di kawasan-kawasan yang tiada kemudahan kabel seperti di kawasan-kawasan luar bandar. Beberapa transmitter akan digunakan untuk memancarkan isyarat wireless ke kawasan sekitar dan isyarat ini ditangkap oleh peranti komunikasi yang bersambung ke komputer. Ia juga merujuk kepada rangkaian hotspot yang berada di sekitar kawasan tertentu.

Jalur Lebar Melalui Satelit

Di sesetengah kawasan yang terpencil dan sukar dibangunkan stesen pemancar, teknologi satelit digunakan. Namun begitu keberkesanan masa muat-turun dan muat-naik melalui satelit banyak bergantung kepada keadaan cuaca. Kelajuan proses muat-naik dan muat-turun lebih rendah berbanding teknologi jalur lebar berasaskan kabel seperti gentian optik dan DSL.

Jalur Lebar atas Kabel Elektrik (Broadband over Powerline – BPL)

Sebuah teknologi yang menggunakan kabel elektrik bagi membawa data ke destinasinya. Kelajuan BPL adalah setara dengan kelajuan DSL. BPL boleh diimplementasikan di rumah kerana setiap rumah sememangnya mempunyai pendawaian elektrik.

Rangkaian Jalur Lebar Telefon Mudah-alih

Jalur lebar 3G dan 4G pula digunakan dalam bidang telekomunikasi telefon bimbit. Evolusi broadband pada teknologi telefon bimbit bermula pada sistem 3G. Dikebanyakan tempat di Malaysia telahpun dilengkapi dengan liputan 3G. Bukanlah bermakna jika tiada 3G tidak boleh melayari internet, cuma, tindakbalas muat-turun adalah amat perlahan. Sistem 4G pula menampilkan gaya sebenar melayari internet pada sistem data berkelajuan tinggi.

person-woman-hand-smartphone

Dengan berlakunya perubahan teknologi dalam komunikasi telefon mudah-alih, maklumat kini terletak hanya di hujung jari kerana capaian maklumat di internet dapat dilakukan di mana-mana sahaja tanpa mengira masa.

Kesimpulan

Jalur lebar bolehlah dianggap sebagai sebuah lebuhraya yang mempunyai banyak lorong di mana lebih banyak kenderaan boleh melalui jalan tersebut pada setiap masa. Objektif utama pengguna internet ialah memiliki pakej komunikasi yang mampu milik iaitu murah dan berkelajuan tinggi. Dalam topik yang diutarakan di atas, penggunaan teknologi gentian optik adalah yang paling popular dikalangan pengguna kerana proses penghantaran dan penerimaan data berlaku dengan pantas. Tambahan pula penyaluran data melalui kabel adalah amat stabil berbanding wireless/satelit yang banyak dipengaruhi oleh faktor cuaca. Kini, istilah “Bagaikan katak dibawah tempurung” mungkin sudah tidak relevan lagi kerana setiap detik maklumat dapat dicapai di internet melalui telefon pintar yang mampu memuat-turun data menerusi sistem rangkaian jalur lebar 3G/4G.

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *