Jenis-jenis SIM Kad

jenis-jenis sim

Sejak evolusi telefon bimbit bermula, setiap telefon bimbit mesti mempunyai kad SIM yang dibekalkan oleh operator penyedia talian telefon samada ianya Maxis, Celcom, Digi dan beberapa lagi operator yang telah muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Bukan topik berfalsafah di sini tetapi maksud cendawan selepas hujan itu sendiri membawa makna kemunculan sesuatu perkara dengan banyaknya secara tiba-tiba. 🙂

jenis-jenis sim

Sumber Imej : www.essentialmac.co.uk

Jenis-jenis SIM Kad

Dalam imej di atas, disebelah kiri ialah Nano SIM, imej yang tengah ialah saiz micro SIM dan di kanan ialah saiz regular SIM. Keupayaan SIM bukanlah bergantung kepada saiz SIM. Keupayaannya lebih kepada cara bagaimana SIM itu dicipta. Nano SIM yang sedang digunakan sekarang ini mempunyai saiz storan yang lebih besar walaupun ianya bersaiz kecil.

Jenis-jenis SIM kad ini dihasilkan untuk memenuhi keperluan kecanggihan teknologi smartphone yang semakin hari semakin padat dengan pelbagai fungsi. Justeru itu, penggunaan ruang dalaman telefon mestilah lebih efisyen untuk membolehkan fungsi-fungsi telefon yang lain dapat diisi dalam sebuah telefon yang kecil. Bayangkan, sebuah telefon yang kecil dapat menyimpan data yang besar, kamera yang berkeupayaan tinggi, pembesar suara yang menghasilkan bunyi yang lebih jelas dan banyak lagi ciri-ciri kecanggihan yang ditampilkan dalam sebuah telefon sekecil itu.

Oleh yang demikian, komponen-komponen dalaman sesebuah smartphone perlu diperkecilkan sekecil yang mungkin, namun keupayaan setiap komponen itu dipertingkatkan. Tambahan pula, dalam siri keluaran smartphone masa kini, terdapat telefon yang menawarkan 2 SIM (juga disebut sebagai Dual SIM) dalam sebuah telefon. Terdapat perbezaan Dual SIM Standby dan Dual SIM Active pada sesebuah smartphone yang perlu anda ketahui jika ingin mengelakkan dari ditipu oleh penjual telefon.

Semoga posting ini bermanfaat untuk semua.

 

 


Please follow and like us:

1 Comment

  1. Pingback: Harga Oppo R9 di Malaysia | Rentas Hidup

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *