Karangan Bahasa Inggeris

cara memasang grammarly

Ini bukanlah posting untuk anda belajar cara-cara membuat karangan bahasa Inggeris.  Saya bukanlah seorang guru bahasa Inggeris yang berkelayakan mengajar tetapi kemahiran bahasa Inggeris saya tidaklah terlalu rendah. Boleh la cari makan sikit-sikit hehehe…


Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah bagaimana kita dapat memastikan tatabahasa atau nahu yang digunakan adalah betul. Bahasa Inggeris banyak menggunakan perkataan berdasarkan masa sesebuah peristiwa (past tense, present tense dan sebagainya), bilangan perkara yang diperkatakan (singular dan plural).

Anda harus terlebih dahulu menguasai perkara tersebut demi memperlihatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris anda. Jangan kelam-kabut bila bercakap, ambil tempoh masa yang bersesuaian. Memangla agak sukar bagi mereka yang bukan dilahirkan dalam keluarga yang menggunakan medium bahasa Inggeris dalam perbualan di rumah untuk fasih berbahasa Inggeris. Secara logiknya seseorang yang tergolong dalam golongan yang di atas akan menterjemahkan perkataan yang ingin diucap dari bahasa Malaysia ke bahasa Inggeris sebelum membentuk ayat didalam bahasa Inggeris. Tak mengapa, perlahan-lahan belajar nanti pandailah. Motivasi sikit ye buat semua dan buat diri saya juga.

Dalam dunia IT pada masa ini, terdapat alat untuk membantu kelemahan berbahasa Inggeris. Antaranya adalah perisian online Grammarly. Ia sebuah platform yang dibangunkan oleh Grammly, Inc. dan telah dilancarkan sejak tahun 2009. Ia mampu menguji kesalahan terhadap lebih dari 250 peraturan tatabahasa.

Beribu pejabat di San Francisco, California, United States dan diasaskan oleh Max Lytvyn dan Alex Shevchenko.

cara memasang grammarly

Anda hanya perlu instal web browser plugin sepertimana dalam contoh di atas saya menggunakan Firefox browser. Hanya perlu taipkan www.grammarly.com di URL sepertimana imej di atas. Selepas itu klik pada “Add to Firefox”. Ikuti sahaja arahan untuk instal plugin. Cukup mudah.

Saya nak cuba tengok sejauh mana kehebatannya. Jom cuba buat-buat salah grammar. Saya taklah sampai nak buat karangan bahasa Inggeris, memadai dengan menaip sebaris ayat dalam bahasa Inggeris dan kita tengok mampukah ia mengenalpasti dan memberikan cadangan. Jom layannn…


Dengan sengaja saya menaip ayat dibawah.

The is an cow and a goat on the field eating grass.

bagaimana grammarly berfungsi

Terus grammarly bagi cadangan untuk membetulkan kesalahan tatabahasa tersebut. Mudah menggunakan tools ini kerana ia sebahagian dari plugin browser.

Kesimpulan :

Memang amat mudah mengarang karangan bahasa Inggeris menggunakan grammarly kerana ia amat membantu mereka yang lemah dalam bahasa Inggeris. Dah la tu, percuma pula. Ingatkan yang percuma tak bagus tapi grammarly memang mengujakan. Ada juga kelemahan grammarly antaranya ia tidak berfungsi diluar internet browser dan anda akan perasan sedikit kelewatan ke atas paparan huruf yang ditaip di skrin komputer tapi kelewatan ini masih lagi boleh diterima.

 

 


Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *