Kelebihan Firefox Quantum

firefox quantum

Berita baik buat para netizen yang menggunakan browser secara kerap untuk mencari maklumat yang diperlukan di internet. Baru-baru ini Firefox telah melancarkan versi terbaru yang ternyata mempunyai banyak kelebihannya. Diberitakan versi terbaru Firefox yang dikenali sebagai Firefox Quantum mengatasi browser Google Chrome dari segi kelajuan dan penggunaan memori komputer. Jom kita selidiki antara kelebihan-kelebihan yang ada pada Firefox Quantum.

Kelebihan Firefox Quantum

  • Dikatakan ianya 2 kali lebih laju dari versi sebelumnya.
  • Enjin asasnya telah diperbaharui menggunakan teknologi terkini.
  • Rekaan skrin yang lebih menarik
  • Jimat memori
  • Multi-Account Containers Extension

Susun-atur Yang Kemas Di Skrin Permulaan (Home Screen)

Cebisan-cebisan skrin disusun kemas memudahkan anda memilih laman-laman web yang dikenalpasti sebagai hot untuk tatapan anda.


firefox quantum screen

Kekemasan Paparan Firefox Quantum

Penggunaan Memori Yang Minimum

Versi Firefox yang terbaru ini adalah 30% lebih ringan dari Chrome. Jika memori yang digunakan adalah sedikit bermakna lebih banyak ruang ingatan boleh digunakan untuk applikasi yang lain. Kesan penggunaan memori ini banyak membantu buat mereka yang masih menggunakan telefon pintar yang mempunyai saiz memori yang kecil.

firefox quantum memory usage

Penggunaan Memori Oleh Firefox Quantum

Risau Mengenai Settings Yang Ada Pada Browser Terdahulu?

Tidak perlu risau kerana Firefox Quantum akan mengimport maklumat ketetapan (settings) seperti bookmarks, auto fill, passwords dan history dari ketetapan yang ada dari browser yang anda gunakan sebelumnya. Cukup mudah bukan?

firefox quantum moving browser

Ketetapan Pada Versi Terdahulu Dibawa Ke Versi Terbaru

Pengalaman Melayari Internet Menggunakan Firefox Quantum

Sesuatu yang amat mengujakan bilamana proses menukar-nukar tab berlaku dengan lancar kesan daripada senibina enjinnya yang berkuasa tinggi. Ia juga berkait rapat dengan penggunaan memori yang sedikit.


firefox quantum smooth browsing

Kelancaran Internet Browser

Fungsi Private Browsing dengan Perlindungan Jejak

Wow, cuba untuk menggunakan ungkapan dalam Bahasa Malaysia namun agak pelik pula bunyinya bila Tracking Protection diterjemahkan ke Perlindungan Jejak. Tidak mengapa, seboleh-bolehnya saya akan menggunakan Bahasa Malaysia tetapi adakalanya terpaksa juga menggunakan ungkapan dalam Bahasa Inggeris untuk mengelakkan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul.

firefox quantum private browsing

Cara Memilih New Private Window

Firefox Quantum menyekat kegiatan menjejak aktiviti anda sewaktu menggunakan Firefox Quantum dalam mod private browsing. Sewaktu menggunakannya, Firefox tidak akan menyimpan data berkenaan laman-laman Web yang anda kunjungi, cookies, fail-fail sementara, begitu juga dengan hasil keputusan carian. Ia hanya menyimpan bookmarks dan hasil muat-turun yang telah anda lakukan.

Multi-account Containers Extension

Kemudahan ini disediakan bagi mereka yang ingin menggunakan Firefox Quantum untuk membuka 2 akaun yang berbeza. Bagi menjelaskan maksud ini, katalah anda mempunyai 2 akaun Facebook dan berhasrat membuka kedua-dua akaun tersebut menggunakan Firefox. Keinginan tersebut tidak dapat direalisasikan sebelum ini kerana tiadanya Firefox Extension untuk multi-account.

firefox quantum multi-account

Multi-account Option

Kini, hasrat anda boleh dicapai kerana dalam versi terbaru ini, anda boleh setkan kemahuan anda samada ingin menggunakan fungsi multi-account ataupun tidak. Secara ringkasnya, jika anda membuka Tab browser menggunakan toolbar multi-account, anda dikehendaki memilih kategori tab tersebut samada tab yang memaparkan perkara peribadi atau maklumat kewangan dan lain-lain. Jika multi-account digunakan, setiap container akan menyimpan cookies secara berasingan.

Sync Devices

Satu lagi ciri yang menarik berkenaan Firefox Quantum di mana jika anda sedang melayari internet di komputer laptop dan mendapati maklumat yang sedang dibaca itu menarik dan ingin menyambung bacaan di telefon pintar anda, anda boleh melakukan Send Tab.

firefox quantum sync devices

Melakukan Send Tab Melalui Sync Devices

Kesimpulan

Artikel ini ditulis dalam sistem WordPress dan sistem WordPress ini pula dibuka menggunakan Firefox Quantum. Memang benar ada peningkatan kelajuan pada versi Firefox yang baru berdasarkan dari apa yang saya alami sewaktu menggunakannya. Kebiasaannya saya akan membuka banyak Tab kerana sentiasa ingin mendapatkan maklumat yang berkaitan dari lebih satu laman Web. Fungsi multi-account pula sangat-sangat membantu dalam kes-kes yang melibatkan lebih dari satu akaun yang ingin dibuka menggunakan browser Firefox.

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *