Kelebihan Samsung Galaxy Note5

ciri-ciri s-pen

Samsung Galaxy Note5 telah dilancarkan dalam bulan Ogos 2015. Bagi penggemar smartphone yang inginkan gabungan kehebatan tablet didalam sebuah smartphone sudah tentu tidak akan melepaskan peluang mendapatkan gajet ini.


Spesifikasi Asas

Berat : 171g
Tebal : 7.6mm
Sistem Pengoperasian : Android OS, v5.1.1
Storage : 32/64/128GB, Tiada card slot

Skrin : 5.7″ (1440×2560 pixels)
Kamera : 16MP 2160p
Memori : 4GB RAM Exynos 7420 Octa
Bateri : 3000mAh Li-Po

Rekabentuk Menarik Lagi Selesa

Apa yang menarik tentang kelebihan Samsung Galaxy Note5 ini ialah bentuk fizikalnya yang membuatkan seseorang rasa selesa apabila memegangnya. Ini adalah kerana tapak pemegang smartphone ni agak melengkung dibahagian belakangnya. Jadi si pemegang akan rasa kelembutan seginya apabila meletakkannya di tapak tangan sambil menggenggam kemas sisi tepinya.

keselesaan memegang note 5

Masih lagi mengekalkan saiz skrin yang besar sesuai la dengan tujuan ia dicipta sebagai mesin Nota. Kalau nak saiz yang kecil elokla beli Samsung Galaxy S series. Tapi walaupun ia besar, ketebalannya menipis. Lebih slim la, nampak keranggiannya.

handphone nipis note 5

Wireless Charging

Teknologi baru dalam cara mengecas smartphone. Tapi cara ni lebih lambat tempoh cas penuh berbanding cas menggunakan kabel. Mengecas menggunakan wireless mengambil masa 2 jam untuk penuh.

cas wireless note 5

Kamera (Kesan ke atas imej dan video)

Antara ciri-ciri yang mesti ada pada setiap smartphone. Susah nak bawak kamera dan smartphone dalam satu masa. Lagipun sekarang orang berlumba-lumba ambil gambar dan upload ke facebook. Tak banyak kamera yang mampu buat perkara tu. Sebab itu Samsung menyediakan peranti kamera yang mempunyai keupayaan yang tinggi setanding kamera DSLR.

Kelebihan Samsung Galaxy Note5 menampilkan hasil gambar lebih jelas menerusi Auto-real time HDR dimana Note 5 akan menyesuaikan kesan cahaya yang ke atas imej yang diambil. Selain itu untuk kesan video yang diambil pula mempunyai ciri-ciri anti-goyang yang tinggi untuk menghasilkan gambar video yang osem.

galaxy-note5_camera_feature_hdr-off

Kesan Auto-Real Time HDR (Off)

kesan auto-real time hdr on

Kesan Auto-Real Time HDR (On)

Kelebihan S-Pen

Tak sempat menaip bukan lagi satu masalah besar, conteng aje bila muncul aje idea dalam otak korang. Cara mudah tarik S-Pen dan leretkan aje di skrin walaupun dalam keadaan skrin off (gelap ler). Dengan S-Pen juga halaman yang panjang yang memerlukan korang scroll dapat korang capture sebagai satu imej. Bentuk bersegi ke bulat ke empat segi ke, dapat diambil dalam satu gerakan mudah. Kalau nak tulis nota pada imej yang diambil toksah cakap la betapa mudahnya dengan Samsung Galaxy Note5 ni.

ciri-ciri s-pen

S Pen Keeper

Ciri ini membantu korang yang dari jenis lalai suka cabut S Pen pastu letak merata. Dalam Note 3 pun dah ada fungsi ni, bila tercabut akan ada popup keluar masa skrin off. Ye la kan, kalau masa skrin on, menyusahkan la pulak asyik keluar popup aje. Dengar-dengarnya, fungsi ni kekadang ok kekadang tak ok.

S Note

Benda ni dah ada dalam versi sebelum ini. Tak ada bezanya ya. S Note tak dihimpunkan di Air Command menu, sebaliknya terletak di app drawer. Bagi yang tak tahu apa itu S Note, ia membolehkan korang lukis atau tulis nota pada imej, video, carta, peta dan banyak lagi.

Pen.Up

Ingin menunju-nunjuk kemampuan korang dalam menggunakan S Pen? Ha… kat sinilah kelebihan Samsung Galaxy Note5 dalam penyediaan platform untuk korang share apa jugak hasil kerja korang yang terlalu seni la sangatttt… di social networking app yang dipanggil Pen.Up. Korang boleh upload dan kongsikan pada semua rakan-rakan yang tergila-gilakan penggunaan S Pen. Semua rakan korang boleh komen tentang hasil kerja seni S Pen korang yang korang rasa hebat sangat tu. Apps Pen.Up boleh dimuat-turun di Google Play store.

Buttons

Masalah pada capacitive buttons tiada lagi pada Samsung Galaxy Note5. Kalau dulu nak klik pada button di screen nampak macam tak berfungsi aje, kini tiada lagi. Capacitive ni adalah button-button yang ada pada skrin sesentuh (touch screen). Tu yang payah nak translate perkataan-perkataan IT takut lain bunyinya. Joystick – Kayu Ria. Hehehe….
Button yang muncul pada skrin lebih peka pada jari sahaja. Samsung Galaxy Note5 telah berjaya mengatasi masalah kelemahan sensitiviti S Pen ini. Syabas!

Kesimpulan

Kelebihan Samsung Galaxy Note5 ini memang terserlah sebaik sahaja korang menghidupkan gajet ini. Bagi penggemar gajet sememangnya tidak akan sabar untuk memilikinya. Amat disarankan kepada peminat smartphone ini untuk memastikan yang mereka benar-benar minat dan tahu menggunakannya. Jika terlalu banyak ciri-ciri canggih yang terdapat dalam sesebuah gajet tapi hanya menggunakan beberapa peratus sahaja dari segi penggunaan ciri-ciri yang ada akan berlakulah pembaziran. Kena tahu dahulu kepentingan gajet dengan aktiviti penggunaan handphone. Tepuk dada tanyalah selera ye tak?


Notes : All images from www.samsung.com

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *