Kelebihan Samsung Galaxy S5

samsung galaxy s5

Setiap pembeli yang berhasrat ingin menukar telefon sedia-ada sudah tentu melihat dari sudut kelebihan yang ada pada telefon yang ingin disasarkan. Berikut adalah kelebihan-kelebihan yang ada pada telefon Samsung Galaxy S5.

Kelebihan Samsung Galaxy S5 Untuk Aktiviti Luaran

Sememangnya telefon ini dicipta untuk mereka yang gemar melakukan aktiviti sukan. Ia mempunyai sensor degupan jantung terbina-dalam yang memantau degupan jantung anda. Anda tidak perlu bimbang menggunakan telefon ini untuk aktiviti yang sedemikian kerana ia dibina dengan teknologi tahan peluh, tahan air, tahan hujan, tahan pasir dan tahan debu. Bersukanlah semampu yang anda boleh kerana fungsi Ultra Power Saving Mode akan memanjangkan tempoh kuasa bateri apabila diperlukan.


samsung s5 outdoor

Samsung S5 Outdoor

Kelebihan Skrin Samsung Galaxy S5

Kebiasaannya anda cenderung untuk menukar posisi melihat skrin kerana terganggu dengan cahaya di persekitaran. Dengan Samsung S5 tidak lagi menjadi masalah kerana skrin penuh HD 5.1″ pada telefon ini mempunyai sensor untuk menganalisa kuantiti cahaya di persekitarannya dan seterusnya mengoptimasikan skrin sehingga ke tahap yang terbaik buat tatapan anda. Hasilnya, foto dan video anda akan dipaparkan dalam warna sebenar. Satu fungsi yang sememangnya mengujakan.

Kelebihan Kamera Samsung Galaxy S5

Bagi peminat fotografi, anda mampu mengambil gambar yang berkualiti didalam penataan cahaya yang minima. Hasil yang diperolehi seolah-olah anda seorang yang jurugambar professional.


samsung S5 kualiti gambar

Teknologi High Dynamic Range (HDR) yang digunakan dalam paparan Samsung Galaxy S5 ini menjadikan imej jauh lebih jelas dengan hasil paparan seolah-olah imej itu hidup pada pandangan mata anda.

Kelebihan Ultra Power Savings Mode

Teknologi penggunaan kuasa pada telefon ini amat menakjubkan. Sekiranya tenaga bateri mula berkurangan, fungsi Ultra Power Savings Mode akan menukar skrin dalam mode hitam dan putih. Ia juga akan memberhentikan fungsi-fungsi yang tidak perlu dengan tujuan memaksimakan kuasa bateri yang masih tinggal.

Spesifikasi Samsung Galaxy S5

Processor

  • CPU Speed : 2.5GHz
  • CPU Type : Quad-Core

Display

  • Size (Main Display) : 5.1″ (129.4mm)
  • Resolution (Main Display) : 1920 x 1080 (FHD)
  • Technology (Main Display) : Super AMOLED
  • Color Depth (Main Display) : 16M

Camera

  • Rear Camera – Resolution : CMOS, 16MP
  • Rear Camera – Auto Focus : Yes
  • Front Camera – Resolution : CMOS, 2MP

Memory

  • RAM Size (GB) : 2
  • ROM Size (GB) : 16 or 32
  • External Memory Support : MicroSD (up to 128GB)

General Information

  • Color : Charcoal Black, Copper Gold, Electric Blue, Shimmery White
  • Sensors : Gesture Sensor, Fingerprint Sensor, HR Sensor, Hall Sensor, Accelerometer, Geomagnetic Sensor, Gyro Sensor, Light Sensor, Barometer, Proximity Sensor

Physical specification

  • Dimension (HxWxD) : 142 x 72.5 x 8.1mm
  • Weight : 145g

Battery

  • Standard Battery Capacity : 2800mAh
  • Removable : Yes
  • Internet Usage Time(3G) : Up to 11h
  • Internet Usage Time(LTE) : Up to 10h
  • Internet Usage Time(Wi-Fi) : Up to 12 h
  • Video Playback Time : Up to 13h
  • Audio Playback Time : Up to 67h
  • Talk time (W-CDMA) : Up to 21h

Audio and Video

  • Video Playing Format : FLV, M4V, MKV, MP4, WEBM, WMV, 3G2, 3GP, ASF, AVI
  • Video Playing Resolution : UHD 4K (3840 x 2160) @30fps
  • Audio Playing Format : 3GA, AWB, FLAC, MID, MXMF, OGA, OTA, RTX, RTTTL, XMF, AAC, AMR, IMY, M4A, MIDI, MP3, OGG, WAV, WMA

Services and Applications

  • Gear Manager : Yes
  • S-Voice : Yes

Kesimpulan

Bagi penggemar gajet telefon yang kerap melakukan aktiviti sukan luaran amat disarankan untuk memiliki telefon yang mempunyai ciri-ciri seperti Samsung Galaxy S5. Penampilan ciri-ciri ketahanan seperti tahan peluh, tahan air, tahan hujan, tahan pasir dan tahan debu disamping keupayaan sensor degupan jantung terbina-dalam yang dapat memantau degupan jantung anda, merupakan antara faktor-faktor asas mengapa telefon ini sesuai untuk kegunaan anda yang gemarkan aktiviti lasak.

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *