Kelebihan Samsung Galaxy S8

gear vr samsung galaxy s8

Posting pada kali ini berkisar tentang kelebihan Samsung Galaxy S8 begitu juga dengan S8+. Ramai yang tertunggu-tunggu kemunculan Samsung Galaxy S8+ dan dijangka dilancarkan pada 21/4/2017. Pre-order boleh dilakukan di Lazada.com.


Keupayaan Samsung Galaxy S8

Beli telefon mahal-mahal kalau keupayaan umpama kura-kura memang tak berbaloi la kan. Untuk itu, telefon Samsung Galaxy S8 dilengkapi dengan pemproses 10 nm (nanometer) yang pertama seumpamanya di dunia. Tidak hairanlah jika proses muat-turun, mengecas dan menukar applikasi ke applikasi yang lain berlaku dalam kelajuan yang amat pantas.

Keupayaan Samsung Galaxy S8

Imej : http://www.samsung.com (Keupayaan Samsung Galaxy S8)

Samsung Galaxy S8 merupakan telefon dalam kelas Gigabit LTE dan Gigabit Wi-Fi ready. Wifi pada S8 dan S8+ menyokong 1024-QAM, bermakna anda mendapat kelebihan 20% kelajuan masa muat-turun berbanding model sebelumnya. Jadi saiz fail yang ingin dimuat-turun bukan lagi jadi satu persoalan.

Ruang simpanan telefon pula tidak menjadi masalah dengan kapisiti dalaman 64 Gb dan ruang simpanan luaran 256 Gb. Dengan ruang dalaman 64 Gb membolehkan telefon dipasang dengan segala macam applikasi dari Google Play Store tanpa teragak-agak. Kalau telefon berskala kecil, agak membosankan juga bilamana anda ingin download game baru tetapi menghadapi masalah kekurangan ruang yang masih tinggal bagi mengisi slot game tersebut. Akhirnya terpaksa la dikorbankan apps yang ada (yang jarang-jarang sekali penggunaannya).

Bagi penggemar-penggemar muzik di luar sana, telefon Samsung Galaxy S8 menampilkan penggunaan 32-bit PCM and DSD64/128 playback support. Didatangkan juga dengan earphones yang menghasilkan bunyi berkualiti dari pengeluar micophone, headphone yang popular di dunia iaitu AKG.

Kelebihan Skrin Samsung Galaxy S8

Tercari-cari aku akan maksud Bezel ni. Rasa macam budak sekolah rendah pula bila lidah kelu menyebut dan otak kabur memahami maksud. Bezel ni bermaksud rangka luar sesebuah komputer atau monitor. Jika di smartphone ia memberikan maksud yang sama seperti sebuah komputer di mana smartphone seolah-olah tiada rangka sisi. Bagi sesebuah smartphone yang mempunyai spesifikasi skrin Bezel menjadikan skrin smartphone jadi lebih luas. Konsep Infinity Display membolehkan paparan yang lebih luas pada sebuah telefon yang kecil.

samsung galaxy s8 - sisi bezel

Imej : http://www.samsung.com (Infinity Display and Bezel)

Apa yang cuba diperlihatkan didalam gambar di atas ialah seolah-olah tiada terputus imej angkasawan yang berada didalam telefon dengan bahagian badan yang berada diluar telefon.

Kelebihan Skrin Samsung Galaxy S8

Imej : http://www.samsung.com (Screen partition)

Yang ini yang paling aku suka. Boleh pulak ada partition skrin kat skrin Samsung S8 ni. Korang tengok pada imej di atas, tengah sedap layan movie boleh pulak layan berborak secara text messaging. Aku masih bersabar ni nak tukar phone. Hahaha…

Kalau kereta rosak di waktu hujan, jangan risau. Bawa phone keluar kereta dan buat panggilan ke mekanik macam biasa seolah-oleh cuaca baik. Samsung Galaxy S8 adalah tahan air, bukan kalis air ye. Ada perbezaan yang besar di antara tahan air dan kalis air.

samsung galaxy S8 - tahan air

Imej : http://www.samsung.com (Tahan Air)

Kelebihan Kamera Samsung Galaxy S8

Tak perlu bawa kamera berasingan lagi. Nah! Ini hasilnya jika gambar diambil dibawah penataan cahaya yang terhad. Imej yang terhasil memang osem. Jelas dan berkualiti.

samsung galaxy S8 - kamera berkualiti

Imej : http://www.samsung.com (Kualiti gambar dalam cahaya yang terhad)

Dilengkapi dengan kamera belakang berspesifikasi 12Mbp (dual pixel sensor) dan lens F1.7 menjadikan imej yang diambil waktu malam lebih jelas.

samsung galaxy S8 - imej malam

Imej : http://www.samsung.com (Imej yang terhasil di waktu malam)

Saksikan sendiri imej di waktu malam yang diambil menggunakan telefon Samsung Galaxy S8. Dibawah cahaya yang sedikit masih mampu memberikan kualiti photo yang terbaik.


samsung galaxy S8 - merakam aksi

Imej : http://www.samsung.com (Merakam aksi)

Masalah merakam aksi tidak lagi timbul di mana anda boleh melakukannya menerusi keupayaan dual pixel sensor dan wide aperture yang terdapat pada telefon S8 ini. Ambil saja gambar bergerak yang anda mahukan dan hasilnya memang tidak menghampakan seperti didalam gambar di atas.

samsung galaxy S8 - fokus dekat

Imej : http://www.samsung.com (Fokus dekat)

samsung galaxy S8 - fokus jauh

Imej : http://www.samsung.com (Fokus jauh)

samsung galaxy S8 - fokus jauh dan dekat

Imej : http://www.samsung.com (Fokus jauh dan dekat)

3 imej yang di atas diambil menggunakan setting fokus dekat, jauh dan fokus dekat jauh. Hasil yang anda dapat melayakkan diri anda dikenali sebagai seorang pro. Mungkin la….hahaha… sesekali puji diri sendiri apa salahnya.

samsung galaxy S8 - mode makanan

Imej : http://www.samsung.com (Mode makanan)

Ada pulak mode makanan. Camner tu…ada kluar bau ke? Kebanyakan kamera kalau imej diambil terlalu dekat nampak jadi kabur imej tu tapi dengan Samsung Galaxy S8 tidak lagi begitu. Imej jelas dan terang…rasa macam makanan sebenar depan mata.

Dalam mode kamera, anda boleh main swipe-swipe.

  • Swipe ke atas ke bawah untuk menukar kamera depan dan belakang
  • Swipe dari kiri untuk menukar mode kamera samada panorama, pro, auto dan sebagainya.
  • Swipe dari kanan untuk menapis imej, menampal sticker dan stamp.

Kepintaran Samsung Galaxy S8

Dilengkapi dengan mod pintar Bixby. Apa itu Bixby? Satu teknologi terkini seolah-olah sebuah robot yang belajar memahami aktiviti tuannya dari segi kegemaran si pemilik telefon. Anda boleh membuat arahan dalam bentuk teks, suara atau sentuhan. Secara teknikalnya, ia dapat merekod aktiviti kegemaran anda dan mampu melaksanakan tugas yang diberi di masa anda memerlukannya.

kepintaran samsung galaxy S8

Imej : http://www.samsung.com (Kepintaran Samsung Galaxy S8)

Dalam beberapa contoh yang ditunjukkan oleh Samsung, sekiranya anda ingin menghantar lokasi kepada seseorang, contohnya “Cindy“, anda hanya perlu membuka peta di telefon dan tekan button Bixby. Seterusnya anda hanya perlu suarakan “capture this and send to Cindy“.  Perkataan “capture“, “send to” dan “Cindy” merupakan keywords kepada arahan ini. Bixby akan mencari Cindy dan sekiranya terdapat ramai Cindy didalam phone book anda, Bixby akan menyenaraikan semua nama yang berkait dengan Cindy. Anda hanya perlu memilih Cindy yang mana yang perlu mendapat peta tersebut.

Kemampuan Bixby tidak hanya terhad kepada apa yang dinyatakan di atas, malah ia seolah-olah Virtual Personal Assistant kepada si pemiliknya.

Ciri-ciri Keselamatan Samsung Galaxy S8

Apa yang boleh aku katakan ialah….mengagumkan. Tapi anda kena ingat, berbaloikah anda membeli sebuah telefon yang canggih pada harga yang tinggi tanpa anda sendiri menjelajah ke setiap pelosok fungsi yang ada pada telefon tersebut. Jika jawapannya adalah tidak, disarankan anda membeli telefon yang biasa-biasa sahaja. Asalkan boleh terima panggilan, buat panggilan, ambil gambar yang beresolusi tinggi, sudahla. Buat apa beli Porsche kalau cara memandu tak ubah seperti memandu kancil je.

Baiklah, berikut adalah ciri-ciri keselamantan Samsung Galaxy S8 :

Mengimbas Mata – teknologi yang telah lama digunakan untuk memasuki sesebuah bangunan atau makmal tetapi masih baru dalam pasaran smartphone.

ciri-ciri keselamatan samsung galaxy s8

Sumber Imej : www.samsung.com (Eyes scanner)

Mengimbas Muka – Tak pasti pula apa akan jadi jika terdapat kembar seiras. Mampukah teknologi pengimbas muka dalam telefon Samsung Galaxy S8 membuat semakan yang tepat untuk 2 individu yang seiras.

samsung galaxy s8 security - face scanner

Sumber Imej : www.samsung.com (Pengimbas muka)

Mengimbas Cap Jari – imbasan cara ini memang agak popular. Di mana-mana sahaja kaunter bank akan diminta oleh pegawai bank untuk pelanggan meletakkan ibu jari dihujung pengimbas cap jari. Dari situ, maklumat penuh pelanggan dapat diperolehi.

samsung galaxy s8 security - fingerprint scanner

Sumber Imej : www.samsung.com (Pengimbas jari)

Telefon dah canggih tetapi apakah ciri-ciri keselamatan Samsung Galaxy S8 ini berbaloi untuk dimiliki. Rasa-rasanya ramai yang akan kerap menggunakan fungsi-fungsi asas seperti pattern, password dan PIN. Kecanggihan tahap maksima pun jika penggunanya bukan dari golongan tech savvy pun tidak membawa apa-apa makna. Setuju?

Kandungan Kotak Samsung Galaxy S8

Sesuaila pulak dengan harganya tentulah banyak isinya kannnn…

samsung galaxy S8 isi kotak

Imej : http://www.samsung.com (Kandungan kotak S8)

Agak banyak juga gajet tambahan yang ada didalam kotak S8 selain dari telefon tersebut iaitu earphones, kabel USB, adapter pengecas, penyambung USB, micro USB connector, ejection pin, ear tips dan user manual. Ada sesetengah komponen tersebut amat jarang sekali digunakan. Simpan aje jika tak diperlukan ketika ini kerana ia mungkin berguna di masa akan datang.

Aksesori Samsung Galaxy S8

Banyak pilihannya. Beli ikut mana suka dan ikut mana yang termampu. Kadang-kadang kalau kita dah ada handphone yang canggih tapi takde aksesori pun tak best jugak. Sentiasa tertanya-tanya apakah kegunaannya. Walau dah tau sekalipun tentang kegunaannya tapi kalau tak dapat rasainya secara nyata pun tak best jugak.

Dari segi handphone cover memang banyak pilihan seperti Clear View Standing Cover, LED View Cover, Clear Cover, Alcantara Cover, Silicone Cover dan 2Piece Cover. Banyak pula kalau nak letak semua gambar kat sini. Tapi yang terbaik adalah Clear View Standing Cover.

clear view standing cover

Imej : http://www.samsung.com (Clear view standing cover)

Bagi yang tidak sukakan keyboard sentuhan skrin, anda boleh dapatkan keyboard cover yang boleh dilekapkan terus ke telefon sepert gambar dibawah.

Imej : http://www.samsung.com (Keyboard cover)

Selain daripada itu terdapat pilihan Wireless charger dan power bank bagi melengkapkan pilihan yang ada. Tidak disertakan imej kerana 2 aksesori ini agak biasa untuk semua jenis telefon terkini.

Aksesori memang banyak tapi mahal. Jika nak beli sekadar nak ada apa yang orang lain ada, elok tak payah la. Jika betul minat, kena betul-betul memaksimumkan penggunaan aksesori yang dibeli. Antara aksesori yang memikat hati aku ialah :

Kamera Gear 360 yang dipasangkan (sync) dengan smartphone samsung mampu membuat tangkapan imej dan video pada sudut 360.

kamera gear 360 samsung galaxy s8

Imej : http://www.samsung.com (Kamera Gear 360)

Video yang diambil pula akan dipindahkan ke telefon secara tanpa wayar sebelum anda memutuskan samada ingin memuat-naik ke Youtube atau Facebook.

live streaming video dengan samsung galaxy s8

Imej : http://www.samsung.com (Live Streaming Gear 360)

Bagi peminat tegar game pula, aksesori Gear VR (Virtual Reality) pula berfungsi untuk menzahirkan suasana game yang sebenar. Anda seolah-olah berada didalam game tersebut sedangkan anda pada ketika itu sedang baring di atas katil di bilik tidur anda.

gear vr samsung galaxy s8

Imej : http://www.samsung.com (Gear VR)

Akhir kata mengenai kelebihan Samsung Galaxy S8

Memang tidak dapat dinafikan model terkini smartphone Samsung Galaxy S8 dan S8+ amat mengujakan dengan rekabentuk skrin yang lebih luas pada sebuah telefon yang kecil disamping sisipan teknologi kepintaran buatan (artificial intelligence) iaitu Bixby dan juga rangkaian gajet yang mampu memukau peminat-peminat gajet telefon seperti Gear 360 dan Gear VR.

Memiliki sebuah handphone canggih seperti ini memerlukan kepakaran dan minat yang mendalam tentang smartphone kerana kos untuk memilikinya amat tinggi dan penggunaan fungsinya secara maksima amat disarankan. Jika tidak ibarat kata pepatah “seperti si kudung mendapat cincin”, yang bermaksud memiliki sesuatu yang hebat tetapi tidak dapat merasai nikmat memilikinya.  Harga seunit Samsung Galaxy S8 ialah RM3,299 manakala harga seunit Samsung Galaxy S8+ ialah RM3,699. Ini ialah harga yang tertera pada Lazada.com. Jika anda pemilik Samsung Galaxy S8, sila tinggalkan komen anda mengenai telefon ini. Adakah kelebihan Samsung Galaxy S8 mengatasi harganya?

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *