Kerja Sampingan Di Rumah Tanpa Modal

duitsiteincome dari klikjer

Tak semena-mena bukak aje email terus jadi syok pulak tengok ada rezeki raya dari program affiliate yang aku sertai. Saja sesuka aje tampal iklan affiliate dan dah termaktub ada rezeki kat situ. Syukur alhamdulillah walaupun kecil tapi tetap dihargai.


duitsiteincome dari klikjer

Ingat! Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Inipun bukan aku giat sangatpun buat kerja-kerja promosi. Ianya dari organic search. Apa maksudnya organic search? Oranic search bermaksud trafik ke laman web anda datangnya dari hasil pencarian kata-kunci di enjin carian samada menerusi Google, Yahoo, Bing dan sebagainya. Tak nak ulas panjang lebar di sini tentang organic search takut meleret-leret dan lari dari tajuk Kerja Sampingan Di Rumah Tanpa Modal.

Berbalik kepada cerita kerja sampingan di rumah tanpa modal ni, aku memang dah lama bergiat aktif melalui program-program luar negeri dan juga dalam negeri. Kalau dulu bergiat aktif dalam program affiliate ashadee.com dan setelah program ini dimansuhkan oleh pihak yang mentadbirnya, lantas aku pun beralih kepada Klikjer.com. Cara program ini berfungsi tetap sama seperti program-program luar negara seperti Clickbank. Cuma beza paling utama ialah bayaran yang diterima. Bayangkanlah aku dapat hampir sekitar USD25 setiap jualan yang terhasil berbanding program-program tempatan yang hanya memberikan sekitar RM20 setiap jualan. Kalau USD korang darablah dengan 3.8 (bergantung kepada nilai ringgit).

Cara mempromosikan produk luar negara dengan produk tempatan memang lah berbeza. Jika produk luar negara proses promosi lebih sukar dimana kita perlu berpeluh keringat menjalankan promosi blog dengan melakukan backlinks yang banyak dan berkualiti.

Jika produk tempatan lebih mudah. Korang cuma perlu aktif di Facebook dan kekalkan tahap penulisan yang berkualiti tinggi. Memang lebih mudah menulis dalam Bahasa Malaysia berbanding Bahasa Inggeris. Jika Bahasa Inggeris, korang perlu mengupah mereka yang mahir berbahasa Inggeris untuk menulis artikel berkualiti. Perkhidmatan penulisan berbahasa Inggeris mudah diperolehi di laman web Fiver.com.

Tapi kalau korang ingin melakukan kerja sampingan di rumah tanpa modal yang banyak, korang amat disarankan mendaftar dengan program-program affiliate yang sedia-ada dan tulis artikel berkualiti yang berkaitan dengan niche blog korang. Slowly, akan ada pertambahan trafik dan berkemungkinan besar mendapat rezeki tambahan. Walaupun sedikit, siapa nak bagi. Cukup setahun boleh la guna untuk pergi bercuti, ye tak?


Selamat mencuba dan sukses!

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *