KWSP I Akaun

kwsp i-akaun

Telah menjadi satu kelaziman bagi pihak yang ingin memberikan pinjaman kepada seseorang untuk menyertakan penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai salah satu dokumen sokongan bagi setiap permohonan pinjaman.


Cara Mendapatkan Penyata KWSP

Ada beberapa cara mendapatkan penyata KWSP ini. Yang biasa dilakukan ialah menjengah ke mana-mana cawangan KWSP dan boleh berurusan di kiosk EPF. Di sesetengah tempah umum yang popular juga ada diletakkan kiosk KWSP. Bagi mereka yang rasa seram menggunakan kiosk KWSP, bolehlah cuba mendekati kakitangan KWSP untuk membantu anda menggunakan kiosk KWSP. Bukan semua penduduk Malaysia celik IT. Lagipun perkara tersebut bukannya dilakukan setiap hari atau minggu atau bulan. Setahun sekali pun belum tentu lagi. Orang yang celik IT pun terkial-kial nak menggunakan kiosk tersebut sebab tak selalu guna.

Cara lain ialah dengan duduk diam di rumah dan hidupkan komputer dan talian internet. Ini cara mudah tapi ramai juga yang phobia nak menggunakannya. Ada yang risau “selamat ke duit aku, nanti dipintas penyanyak mau lesap duit persaraan aku”. Rasa bimbang itu wajib ada tapi janganlah keterlaluan. Duit anda selamat. Bukan senang nak keluarkan duit KWSP. Keselamatan transaksi lebih kurang sama dengan bank iaitu memerlukan nombor TAC yang dihantar terus ke telefon bimbit anda.

Pastikan telefon sentiasa berada dengan anda, jika hilang cepatlah menghubungi pihak penyedia talian telefon anda. Sama pentingnya dengan kehilangan kad kredit.

Cara Mendapatkan Kod Pengaktifan KWSP i Akaun

Senang saja, hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 untuk mendapatkan kod pengaktifan KWSP i Akaun (i-Akaun activation code). Pihak KWSP akan meminta anda menjawab beberapa soalan. Jangan risau bukannya soalan matematik atau fizik. Setelah mereka dapat mengenalpasti bahawa anda adalah pemilik akaun KWSP yang sebenar, satu SMS akan masuk ke telefon bimbit anda. Di situ ada tertera kod pengaktifan KWSP i Akaun.

Cara Mengaktifkan KWSP i Akaun

Taipkan https://secure.kwsp.gov.my/secured/member/login di browser internet anda. Skrin dibawah akan dipaparkan.

kwsp i-akaunAnda perlulah mengaktifkan terlebih dahulu KWSP i Akaun anda. Di skrin yang berikutnya, anda diminta untuk memasukkan nombor kad pengenalan dan kod pengaktifan sepertimana yang tertera didalam SMS. Isikan sahaja maklumat berkaitan yang diminta dalam skrin yang berikutnya.

Seterusnya, pergi login skrin i Akaun dan masukkan user id dan password yang telah anda setkan di skrin terdahulu. Anda akan melihat satu skrin yang mempunyai maklumat diri, akaun, penamaan dan sebagainya. Ianya disusun dalam bentuk tab yang memudahkan proses melayari laman web tersebut. Syabas kepada KWSP kerana berjaya membina sebuah laman web yang mesra pengguna.

Cuma satu sahaja yang menimbulkan sedikit kekecewaan bilamana aku dikejutkan dengan tawaran untuk menyertai satu cabutan hadiah setelah melengkapkan borang kaji-selidik.

kwsp kajiselidik online

Benda percuma, mana lah tahu kalau-kalau ada orang nak beri iPhone 6, Samsung Galaxy S6 Edge. Aku pun dah berkira-kira nak bagi je phone Samsung Grand kepada anak aku buat main game. Nasib baik belum bagi lagi. Tuan-tuan tengokla sendiri apa mesej yang keluar setelah klik “Klik Di Sini Untuk Penyertaan”.

kwsp kajiselidik online

Hehehe… kalau program dah tamat, buang saja la button tu ye tak? Buat terleleh air liur jer. Takpe la… kesilapan manusia yang hakikatnya bukan sempurna. Mungkin ada rezeki aku kat tempat lain. Ok la, nak surf website lain pulak nak cari peluang dapat hadiah.

 

 

 

 


 

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *