Maxis mPOS

maxis mpos

Ternampak satu iklan berkaitan opsyen untuk menerima bayaran melalui kad debit atau kad kredit khusus untuk mereka yang menjalankan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Perkhidmatan mudah alih tanpa wayar ini memang diperlukan untuk memacu pertumbuhan perniagaan.

maxis mposSasaran pihak Maybank dengan kerjasama erat bersama Maxis menyasarkan mereka yang terlibat dengan industri PKS untuk mengambil peluang ini bagi memantapkan perniagaan mereka. Pada zaman yang serba moden ini, kebanyakan pembeli gemar berbelanja menggunakan kad kredit, tambahan pula bank telah mula menukar kad ATM kepada kad debit yang boleh digunakan di terminal yang menerima kad kredit.

fungsi asas mposDengan 3 langkah mudah …

  1. Sambungkan pembaca kad Maxis mPOS ke smartphone anda menerusi fungsi Bluetooth.
  2. Masukkan amaun belian dan kad debit/kredit pelanggan anda ke dalam pembaca kad Maxis mPOS.
  3. Pelanggan memasukkan nombor PIN ke pembaca kad Maxis mPOS untuk mengesahkan pembayaran. Seterusnya sistem akan mengeluarkan e-resit melalui email dan SMS.

Beberapa siri pilihan pakej tersedia untuk dipilih …

maxis mpos pakej

Dengan bayaran serendah RM18, anda boleh memiliki peranti tersebut untuk menerima bayaran dari pelanggan.

Kelebihan Maxis mPOS …

  • Mudah dibawa keman-mana, justeru senang menerima bayaran.
  • Mengurangkan risiko membawa wang tunai yang mungkin hilang atau dirompak.
  • Mudah menyemak jumlah transaksi di laman Web.

Siapa yang mendapat manfaat mPOS?

kelebihan maxis mpos

  • Perniagaan yang dilengkapkan perkhidmatannya di premis pelanggan.
  • Perniagaan yang menerima bayaran sewaktu penghantaran.
  • Pernigaan baru yang inginkan kos permulaan yang rendah.

Seharusnya, kita tidak akan lagi terdengar alasan pembeli untuk tidak membeli kerana tidak membawa wang tunai.

 

 

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *