Melakukan Ujian TMSpeedTest

tmspeedtest

Apa itu TMSpeedTest? Ianya hanyal sekadar ringkasan kepada TM Speed Test yang boleh digunakan untuk menguji kelajuan jalur lebar yang dibekalkan oleh Telekom Malaysia. Bagi pengguna tegar produk-produk TM macam aku ni (ehm…ehm…), sudah tentu aku inginkan servis yang terbaik dari TM. Kalau tidak….ha…siap kau….aku beralih ke syarikat lain. Dah bertahun-tahun aku setia bersamamu Streamyx.

Mungkin sebab dah bertahun menjadi pelanggan TM Streamyx, mungkin sebab itu seseorang dari jabatan tele-marketing telah menelefon aku dan bertanyakan samada aku bersetuju untuk upgrade ke speed 4Mb pada jumlah bayaran yang sama. Sebelum tu lupa pula nak beritahu, sebelum ini kelajuan Streamyx aku hanyalah 2Mb.

Menung kejap bila mikir adakah aku salah dengar. “upgrade dari 2Mb ke 4Mb pada kadar bayaran yang sama”. Meniaga apa macamni kata hatiku kepada Telekom Malaysia. Mungkin disebabkan ketika ini terlalu banyak persaingan yang menyebabkan mereka cuba memujuk aku bersama mereka untuk tempoh yang lama. Takkan percuma aje kan. Upgrade percuma tetapi kontrak setahun. Setahun pun setahun la asalkan laju.

Melakukan ujian TMSpeedTest

Ujian ini taklah sesusah manapun. Banyak software di pasaran. Ada yang free dan yang berbayar. Pilih aje mana yang nampak kemas skrinnya, jangan yang berselerak dah la tu berserabut aje susunan grafik dan ayat.

tmspeedtestSebaik diklik ibarat pecutan jentera F1 dengan meter mula mencanak naik. Sudah tentu aku mahukan yang semaksima mungkin. Selepas jarum meter berhenrti, kelajuan download direkodkan selaju 4.11Mbps manakala upload speed 0.43 Mbps. Ini bermaksud bagi fail bersaiz 4.11Mb dapat dimuat-turun oleh komputer pelanggan dalam masa 1 saat.

tm speed testMaka benarlah apa yang dijanjikan kepada pelanggan telah dilaksanakan oleh TM. Melakukan ujian TMSpeedTest elok dijalankan secara berkala untuk memastikan kelajuan yang dijanjikan diberikan kepada pelanggan.Tak mungkin la TM menipu tetapi masalaha teknikal kerapkali berlaku.Ayuh check korang punya speed.

Banyak website antaranta => http://www.speedtest.net/

Please follow and like us:

Related Post

1 Comment

  1. Pingback: Apa Itu Netflix? | Rentas Hidup

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *