Mengapa Powerbank Tak Berfungsi

masalah kabel powerbank

Pagi-pagi dia buat hal la pulak. Puas belek kiri belek kanan cari apa puncanya. Memangla aku ni bukan la pandai sangat dalam IT ni cuma dulu ada la graduate sikit dalam computer science. Hehehe…


Tapi kalau tahu buat program komputer sekalipun belum tentu boleh buat semua benda berkaitan komputer. Contoh ye, kalau ada seseorang yang graduate dalam bidang kejuruteraan automotif, korang rasa boleh ke dia baiki kereta yang rosak. Jawapannya, TIDAK. Diaorang belajar cara bagaimana nak cipta satu enjin yang mesra alam, enjin yang jimat bahan bakar, enjin yang lebih tahan lama, sistem suspension yang hebat dan sebagainya. Faham dah ye.

Mengapa powerbank tak berfungsi pagi ni. Selalu ok aje. Apalagi aku pun buatlah sedikit ujian.

Langkah 1 : Ujian power di soket ===> OK

Langkah 2 : Ujian lubang di powerbank dan telefon, cek kalau longgar ===> Ok, ketat.

Langkah 3 : Ujian tukar kabel powerbank ===> Ha…ini puncanya.

masalah kabel powerbank

Fungsi Powerbank

Kabel powerbank dah jahanam. Tapi mengapa? Mungkin kerana selalu sangat dilipat-lipat, maka kemungkinan kabel didalamnya terputus/terlerai di mana-mana bahagian. Tapi rasanya yang menghampiri kedua-dua penghujung. Lihat pada gambar di atas dan perhatikan kabel putih yang mempunyai tanda warna biru yang dibulatkan. Itulah yang dimaksudkan bahagian hujung kabel.

Kabel putih adalah kabel asal yang datang bersama powerbank. Ia boleh dilipat-lipat untuk memudahkan penyimpanan. TETAPI, ia boleh merosakkan kabel jika dilipat. Ini orang kedai tak bagitau sebab nanti boleh datang balik beli kabel.

Mengapa Powerbank Tak Berfungsi

Aku tukar kabel putih dengan kabel hitam yang aku selalu dok guna cas phone. Ehmm…sekali cucuk je terus berkelip lampu kat powerbank. Sah! Kabel putih dah kong. Kabel hitam tu agak keras dan susah nak lipat, hanya boleh digulung aje. Sebab tu kabel hitam tu tak ada masalah sampai sekarang.

Jadi pandai-pandai korangla nak jaga kabel USB ni. Memangla harga kabel tak mahal tapi nak pergi kedai beli satu tu yang malas. Tapi sebelum membeli, dapatkan beberapa tips membeli power bank yang mungkin membantu anda dalam membuat keputusan.


Please follow and like us:

15 Comments

  1. Hani

    Tumpang tanya.. kalau power bank tu berkelip² lampunya bagaimana pulak? Time charge ok hidup je, time tak cas peratus hilang

    Reply
    1. Admin (Post author)

      dah masa kena tukar tu puan. maknanya power bank tu dah tak menyimpan tenaga yg masuk masa caj.

      Reply
  2. shahdan

    powerbank saya rosak tak boleh cas power-in (maksudnya cas masuk ke powerbank) powerbank ke handphone takde masalah.
    berkemungkinan socket rosak, berapa kos perbaiki.

    Reply
    1. Admin (Post author)

      mungkin ada kekotoran. Spary sikit lubricant WD40. jika masih tak boleh, kena la cari orang yang boleh soldering soket. wayar dlm tu terputus agaknya

      Reply
  3. fatin

    Nk tny sy bru bli power bank .bile connected ngn cabel .dia kuar simbol cas.tp bile cas xmasuk bbaterinye.malah lgi low bateri.knp ye .wyr da tukar bru.

    Reply
    1. Admin (Post author)

      kemungkinan besar bateri kat dalam powerbank tu dah rosak. Tak mau menyimpan tenaga lagi. Beli baru. Saya guna brand romoss. harga murah tapi so far nampak reliable. kat lazada dalam bawah rm100. Elok beli yg support qc3.0

      Reply
  4. nIqq

    powerbank saya rosak tak boleh cas power-out (maksudnya powerbank cas masuk ke handphone) tapi bila cas powerbank takde masalah.Apa mslahnya??

    Reply
    1. Admin (Post author)

      maknanya bhgn usb port yg rosak tu

      Reply
  5. Ash

    Salam. Nak tanya, powerbank saya tiba2 xboleh charge dari powerbank ke phone. Tapi dari charge dari soket ke powerbank, boleh charge, siap penuh 100%. But bila cabut kabel charge ke soket, terus mati. Lampu torchlight kecik tu pun xnak menyala langsung (but bila disambung ke soket, lampu tu menyala). Apa problem dia eh? and bole hantar kedai fon repair x? saya syak maybe usb port powerbank problematic.

    Reply
    1. Admin (Post author)

      ni mmg sah yg bateri powerbank dah rosak. tak mau menyimpan kuasa yg masuk kpdnya.

      Reply
  6. qudduus

    nak tnye kenapa sy punya power bank bila cas power bank tu keluar lampu biru2..bila nak cas hp pakai power bank tak masuk,tulisan tu pown tak keluar…

    Reply
    1. Admin (Post author)

      usb port kat powerbank ada problem. mungkin kabel dalam powerbank tercabut

      Reply
  7. Zehan Zulkafli

    NAK TNYA kalau powerbank tak boleh charge masuk ke powerbank ngn handhpone ape masalah nye eh

    Reply
    1. Admin (Post author)

      beberapa kemungkinan…
      1) kabel rosak (bhgn kepala selalu mudah longgar/tercabut). kita tak nampak problem tu sbb dia duk kat dlm.
      2) port kat usb tu terputus/tercabut kabel bhgn dlm powerbank tu. kalau mahir bukak powerbank, bukakla dan soldering balik bhgn yg longgar penyambungannya.
      3) bateri powerbank dah tak boleh menyimpan tenaga. dah masanya utk tukar baru. bateri rechargeable ni ada jangka hayatnya.

      Reply
      1. Zehan zulkafli

        Selalu kt sekitar mana. Nk repair powerbank!?

        Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *