Menulis Biar Dari Hati

i am happy

Menulis di blog tidak seharusnya dipaksa. Dipaksa dalam erti kata bila orang lain ada blog, kita juga ingin berblogging. Berblogging biar ikhlas demi memastikan kandungan blog itu padat dengan maklumat. Bukan mudah untuk memadatkan isi blog kerana ia memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Menulis di blog umpama menyiapkan sebuah tesis yang memerlukan penulis menyelak laman web yang berkaitan dengan isi kandungan blog yang hendak ditulis. Jika hanya menulis berdasarkan pada 1 atau 2 laman web yang dikaji, sudah tentu akan menghasilkan kandungan blog yang penuh duplikasi dan membosankan pembaca.


Dipetik dari kenyataan Google berkenaan perkara ini :

Duplicate content generally refers to substantive blocks of content within or across domains that either completely match other content or are appreciably similar.

Google tries hard to index and show pages with distinct information. This filtering means, for instance, that if your site has a “regular” and “printer” version of each article, and neither of these is blocked with a noindex meta tag, we’ll choose one of them to list. In the rare cases in which Google perceives that duplicate content may be shown with intent to manipulate our rankings and deceive our users, we’ll also make appropriate adjustments in the indexing and ranking of the sites involved. As a result, the ranking of the site may suffer, or the site might be removed entirely from the Google index, in which case it will no longer appear in search results.

Kebelakangan ini semakin banyak laman Web yang menyiarkan duplicate contents, mungkin mereka ingin mencuba-cuba dalam bidang blogging atau ingin mencuba-cuba sejauh mana pengindeksian Google terhadap laman web mereka. Jangan sesekali mencabar Google kerana sekiranya tertangkap, akan menyebabkan akaun dibekukan oleh Google.

i am happyMenulis Biar Dari Hati

Pada pemerhatian saya, kes-kes duplikasi kandungan blog adalah disebabkan penulis terlalu memikirkan $ dalam setiap tindakan mereka. Mereka terlalu berharap kepada keuntungan yang diperolehi dari program-program affiliate dan cuba menarik pelawat untuk berlegar-legar di blog mereka. Penulis seharusnya menjadikan laman web mereka lebih santai dengan pengisian kandungan yang lebih bermutu TANPA memikirkan soal wang. Saya pernah terbaca tulisan oleh seorang penulis blog yang mengatakan dirinya menulis tanpa paksaan. Dia hanya menulis bila dia ada mood untuk menulis.

Secara ringkasnya, penulis mesti berpegang kepada prinsip ini :

Aku menulis sebab aku suka menulis dan aku ingin membantu mereka yang dahagakan maklumat. Aku tidak kisah jika aku tidak menerima sebarang ganjaran. Aku juga seorang penulis yang berprinsip dan beretika.


Tanamkan prinsip tersebut dalam diri dan selepas beberapa ketika apabila blog telah berjaya menarik pelawat yang ramai, jangan terperanjat jika $ akan muncul dengan sendirinya. Bagaimana $ muncul dengan sendirinya? Sudah tentu ramai pengiklan yang berminat untuk mengiklankan produk mereka di blog anda. Jadi bagaimana dengan anda?

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *