Merakam Perbualan Di Telefon Menggunakan Call Recorder

call recorder ACR

Telah kerapkali kedengaran di media massa mengenai sindiket scam yang cuba menjebak mangsa melalui panggilan telefon secara rawak. Antara penyamaran yang dibuat oleh sindiket tersebut dan tujuan panggilan telefon dilakukan adalah seperti berikut :

  • berlakon sebagai pegawai bank dan memaklumkan bahawa mangsa mempunyai hutang kad kredit yang banyak. Untuk menyelesaikan hutang tersebut, bayaran pada jumlah diskaun ditawarkan.
  • menyamar sebagai pegawai bank dan memaklumkan bahawa pihak bank telah mengesan satu transaksi kad kredit yang dilakukan oleh seseorang. Seterusmeminta maklumat peribadi dan kewangan mangsa.
  • berlakon sebagai pegawai polis dan mengatakan bahawa mangsa pernah terlibat dalam satu kemalangan dan menuntut mangsa membuat bayaran yang tertentu untuk menyelesaikan kes tersebut.

Sekiranya anda berdepan dengan situasi di atas, anda masih boleh melayan panggilan tersebut tetapi jangan sesekali mendedahkan maklumat diri seperti nama penuh, nama ibu, nombor kad pengenalan dan alamat rumah. Elakkan juga dari mendedahkan maklumat kewangan anda seperti nama bank, nombor akaun bank dan sebagainya.


Applikasi Call Recorder

Terdapat satu applikasi smartphone yang membolehkan anda merekod perbualan telefon dengan seseorang. Untuk tujuan rekod, ada bagusnya juga anda memuat-turun applikasi tersebut agar anda dapat merakam dan seterusnya boleh dijadikan sebagai bahan bukti sampingan sewaktu membuat laporan polis.

call recorder android

Pelbagai Jenis Call Recorder

Banyak applikasi yang seumpamanya di Playstore samada percuma atau berbayar. Kesemuanya menampilkan ciri-ciri yang menarik cuma adakalanya terdapat applikasi Call Recorder yang kurang jelas suara yang dirakam.

call recorder ACR

Call Recorder ACR

Saya telah mencuba beberapa applikasi Call Recorder, namun begitu applikasi Call Recorder – ACR nampak lebih baik berbanding dengan applikasi-applikasi call recorder yang pernah saya gunakan sebelum ini.


call recorder ACR review

Statistik Review Call Recorder ACR

Bagaimana Memilih Call Recorder Yang Baik?

Apa yang perlu anda perhatikan sebelum memilih mana applikasi ialah melihat :

  • Jumlah muat-turun. Secara logiknya lebih ramai orang yang telah memuat-turun bermakna applikasi tersebut adalah popular. Populariti dapat menterjemahkan kebagusan produk.
  • Nilai ratings. Pemberian ratings oleh mereka yang pernah menggunakan applikasi call recorder ini dapat membantu anda mengetahui berapa ramaikah yang menyukai applikasi tersebut. Ini diukur dari sudut penggunaan applikasi yang mudah, stabil, jumlah iklan yang sedikit dan sebagainya.
  • Komen pengguna. Baca komen secara rawak untuk melihat jika ada pengguna yang mengalami masalah menggunakan applikasi tersebut. Masalah mungkin ada sepertimana applikasi-applikasi yang lain tetapi anda perlu melihat penyelesaian alternatif yang diberikan oleh pihak yang membangunkan applikasi tersebut. Jika mereka dapat menyelesaikan masalah tersebut, itu sudah memadai untuk anda memilih applikasi ini. Seperkara lagi ialah tempoh masa mereka menjawab komen pengguna juga amat penting kerana itu menunjukkan mereka amat komited tentang produk mereka.

Kesimpulan

Apa yang saya boleh katakan ialah setiap telefon wajar mempunyai applikasi ini. Merakam perbualan di telefon menggunakan call recorder bukanlah satu tindakan tidak beretika kerana ia mempunyai kesan langsung yang baik terhadap pengguna. Antara lain, sesuatu rakam perbualan dapat dijadikan bukti sekiranya terdapat perbalahan mengenai sesuatu perkara yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *