Panduan Mendaftar Akaun Gmail

layout gmail

Ringkas catatan posting pada kali ini. Biarlah straight to the point. Kami ingin kongsikan ebook Panduan Mendaftar Akaun Gmail secara percuma. Ramai yang mungkin sudah mengetahui apa itu Gmail tapi mungkin berat rasa hati untuk membuka akaun baru kerana telah pun mempunyai akaun e-mail yang lain seperti Hotmail atau Yahoo.

layout gmail

Apa itu Gmail?

Cara sebutan yang betol adalah Gee-mail merupakan perkhidmatan e-mail berasaskan internet yang dimiliki oleh Google.

Ciri-ciri Gmail Yang Disediakan Oleh Google

Penapis Spam

Sepertimana penyedia e-mail yang lain yang turut sama menyediakan ciri tapisan e-mail spam, penapis spam dari Google ini adalah amat berkesan. Jarang sekali e-mail spam terlepas masuk ke kotak inbox.

Perlindungan Virus

Sesuatu yang tidak dilupakan oleh pihak Google. Anda tidak boleh pilih samada untuk offkan atau onkan fungsi ini. Ia sentiasa On. Sebagai langkah berjaga-jaga pihak Google telah menyekat sesetengah jenis fail seperti ADE, .ADP, .BAT, .CHM, .CMD, .COM, .CPL, .EXE, .HTA, .INS, .ISP, .JAR, .JSE, .LIB, .LNK, .MDE, .MSC, .MSP, .MST, .PIF, .SCR, .SCT, .SHB, .SYS, .VB, .VBE, .VBS, .VXD, .WSC, .WSF, .WSH dari disertakan ke dalam e-mail.

Sekiranya anda masih ingin menghantar fail dari jenis tersebut, gunakanlah opsyen Google Drive.

Google Talk

Gmail juga diintegrasikan dengan opsyen Google Talk di mana anda boleh berkomunikasi dengan orang lain tanpa batasan geografi.

Kuota E-mail

Besar memang besar. Cukup tak 15Gb? Setiap akaun diberikan 15Gb tetapi dikongsikan bersama untuk kegunaan Google Drive, Gmail dan Google+ Photos.

Fungsi POP dan IMAP Percuma

POP ialah protokol internet yang membolehkan e-mail didalam gmail dilaraskan didalam Outlook. Manakala IMAP pula membolehkan mereka yang menggunakan komputer lebih dari satu, memeriksa e-mail mereka.

Carian Terhadap E-mail

Kemampuan mencari e-mail yang dikehendaki dengan pantas. Jika kapasiti simpanan e-mail yang besar sehingga 15Gb sudah tentulah masa carian yang pantas tidak boleh dipandang ringan.

Muat-turun ebook tersebut di sini => ebook Panduan Mendaftar Akaun Gmail

Tetapi ramai dikalangan kita yang tidak pernah mempersoalkan ciri-ciri sesebuah e-mail. Asalkan boleh hantar dan terima e-mail, itu sudah dikira baik. Dengan kemunculan Panduan Mendaftar Akaun Gmail, ianya mampu mengurangkan masa belajar mengenai Gmail. Diharap perkongsian tersebut bermanfaat untuk semua.

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *