Pelan Internet UMobile Prepaid

umobile prepaid unlimited power plan

Perlumbaan tawaran pakej data internet oleh syarikat telekomunikasi semakin hari semakin hebat dengan penampilan produk-produk baru yang telah disusun rapi bagi memenuhi keperluan pengguna. Pilihan disediakan untuk golongan yang kerap melayari internet, yang kerap membuat panggilan, yang kerap mendengar muzik atau video dan sebagainya.


Kategori Pengguna Telefon

Sebagai contoh, warga emas di kampung-kampung mungkin lebih banyak membuat panggilan keluar kepada anak-anak atau cucu-cucu mereka. Di kawasan bandar pula, ramai pengguna yang melayari internet samada untuk tujuan bisnes atau sekadar mencari maklumat. Kumpulan remaja pula mungkin banyak menghabiskan masa mendengar muzik dan video.

pelan internet u mobile prepaid

Pelan Internet U Mobile Prepaid

Ramai yang terkeliru dengan maksud FREE UNLIMITED DATA. Mana mungkin bayaran yang terlalu murah dapat memberikan pakej data secara percuma. Apa yang dimaksudkan dengan Free Unlimited Data ialah penggunaan secara percuma komponen-komponen didalam App-Onz atau lebih tepat lagi applikasi sosial media seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

umobile prepaid plan package

Pakej Prepaid Plan U Mobile

Apa Yang Saya Dapat Dalam Pek Permulaan?

Pek permulaan berharga RM8.50 dan dimuatkan dengan kredit RM5, 10min panggilan percuma setiap hari ke nombor-nombor U Mobile, 200Mb internet berkelajuan tinggi 40Mbps dan tempoh sah untuk pek permulaan ialah 10 hari. Kadar panggilan ialah 12sen setiap 30 saat ke semua rangkaian dan 12 sen setiap SMS ke semua rangkaian.

Sekiranya anda melakukan topup RM10, anda akan memperoleh capaian berikut :

  • 1 Gb data internet asas (kelajuan rendah) 64kbps setiap bulan.
  • 10 minit panggilan percuma ke pelanggan U Mobile setiap hari
  • Percuma tanpa had App-Onz

Diingatkan di sini, pelan internet umobile ini sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Dapatkan maklumat yang terkini di laman web rasmi U Mobile.

Klik di sini untuk mendapatkan pek pra-bayar Unlimited Power.

Sekiranya anda berhasrat ingin membuat topup sebanyak RM30, belilah topup RM30 berbanding dengan RM10 x 3. Terdapat perbezaan di antara kedua-duanya dan tarikh topup juga perlu anda ambil-kira. Berikut adalah simulasi perbezaannya.


Kelebihan Topup RM30 UMobile Dalam 1 Transaksi

Andaikan anda mendaftar sebagai pelanggan UMobile Unlimited Power Prepaid pada 5/1/2018 dan diberikan Prepaid Pack RM8.50. Ini bermakna tempoh sahlaku ialah 10 hari dan ia tamat pada 14/1/2018. Anda secara automatik mendapat RM5 nilai kredit untuk membuat panggilan dan SMS manakala data internet yang diberikan pula ialah 200Mb.

Jika anda topup RM30 pada 14/1/2018, tempoh sahlaku akan diperpanjangkan selama 30 hari dari tarikh anda topup sehingga 13/2/2018. Sehingga ke tarikh 13/2/2018, anda berpeluang menggunakan kredit RM30 untuk membuat panggilan dan SMS. Tetapi berlainan pula dengan tempoh data internet. Data internet berkelajuan rendah diberikan percuma dari tarikh topup sehingga 3/2/2018. Mengapa 3/2/2018? Ini kerana tempoh sebulan sahlaku data internet dikira 30 hari dari tarikh pendaftaran pakej Unlimited Power Prepaid. Dalam simulasi ini tarikh pendaftaran ialah pada 5/1/2018. Ringkasnya, setiap kitaran bil bulanan ialah 30 hari dari tarikh pendaftaran pelanggan dan telah dinyatakan data internet percuma 1Gb, tempohnya hanya sah untuk setiap kitaran bil. Pada 4/2/2018, anda diberikan quota yang baru iaitu 1GB dan sah sehingga 13/2/2018. Sekiranya anda topup RM30 pada 10/2/2018, tiada apa yang berlaku kepada baki data internet anda, tidak bertambah walaupun anda melakukan topup kerana kitaran bil tamat pada 13/2/2018. Namun begitu topup yang anda buat pada 10/2/2018 akan berakhir pada 12/3/2018 dan pada 4/3/2018 anda akan mendapat quota baru 1Gb data internet. Ini kerana UMobile memberikan data internet percuma 1Gb hanya pada setiap kitaran bil selagi akaun prabayar anda masih aktif.

Keburukan Topup RM30 UMobile Dalam 3 Transaksi

Topup RM30 dalam 3 transaksi bermaksud RM10 x 3 transaksi. Sekiranya anda melakukan cara topup yang sebegini, anda perlu tahu inilah yang akan berlaku.

Andaikan anda mendaftar sebagai pelanggan UMobile Unlimited Power Prepaid pada 5/1/2018 dan diberikan Prepaid Pack RM8.50. Ini bermakna tempoh sahlaku ialah 10 hari dan ia tamat pada 14/1/2018. Anda secara automatik mendapat RM5 nilai kredit untuk membuat panggilan dan SMS manakala data internet yang diberikan pula ialah 200Mb.

Jika anda topup RM30 melalui 3 transaksi (RM10 x 3) pada 14/1/2018, tempoh sahlaku akan diperpanjangkan selama 10 hari sahaja dari tarikh anda topup, iaitu sehingga 24/1/2018. Manakala data internet kekal sebanyal 1Gb sebulan.

Jika dibandingkan dengan 2 cara topup di atas, sudah tentu topup RM30 dalam 1 transaksi mempunyai kelebihan dari segi tempoh sahlaku yang baru.

Topup RM30 dalam 1 transaksi, tempoh sahlaku diperpanjangkan selama 30 hari.

Topup RM30 dalam 3 transaksi (RM10 x 3), tempoh sahlaku diperpanjangkan selama 10 hari sahaja.

Diingatkan di sini, pelan internet umobile ini sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Dapatkan maklumat yang terkini di laman web rasmi U Mobile.

Klik di sini untuk mendapatkan pek pra-bayar Unlimited Power.

Bagaimana Menyemak Bil U Mobile?

Semakan boleh dibuat melalui 2 cara samada anda gunakan applikasi MyUMobile atau menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS).


Applikasi MyUMobile boleh dimuat-turun menerusi Google Playstore. Klik disini iOS atau Android. Dengan MyUMobile, anda boleh menyemak bil, melakukan topup dan menggunakan beberapa ciri penting yang lain berkaitan akaun anda.

Sekiranya anda masih lagi gemar menggunakan perkhidmatan SMS, pilihan di tangan anda dengan mendail *118# untuk menyemak baki akaun anda. Untuk menyemak baki item-item percuma, sila dail *118*6*3#.

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *