Kebelakangan ini makin banyak berlaku kes-kes penipuan maybank2u  online banking. Pada pendapat aku, kebanyakan mangsanya adalah terdiri dari mereka yang bukan berlatarbelakangkan bidang IT. Bukan apa, kalau orang IT, mereka lebih peka pada setiap login ID dan password yang dimasukkan.


Aku dah naik jelak baca umpanan lanun-lanun diluar sana yang memancing untuk aku klik pada link yang dihantar dalam email aku. Entah kenapa tiba-tiba tergerak nak layan satu email yang mengatakan maklumat profail aku tak lengkap. Contoh email seperti imej dibawah. Jom layannnn… penyanyak tu.

maybank2u phishing emailSelepas klik pada link yang tertera pada email, aku dibawa ke laman web si lanun tu, http://dekabist.ru/language/m2uSession/Welcome.html. Kandungan web saling tak tumpah mirip maybank2u online banking tapi URLnya bukan maybank2u. Kalau maybank tentulah http://www.maybank2u.com.my/. Cuba perhatikan betul-betul skrin dibawah dibahagian yang dikotakkan dengan warna merah.

maybank2u phishing login screen

Tapi aku layan aje sebab nak tahu macammana cara si lanun ni kebas duit mangsanya. Aku pun masukkan id dan password palsu sepertimana kotak warna biru.

maybank2u phishing process idTu dia, dia punya hourglass pusing tak ingat dan ambik masa sikit. Aku rasala hourglass dok pusing ligat tu sebab si lanun mungkin ada setkan sesuatu kat dalam laman web mereka untuk menghantar mesej ke telefon mereka yang mengatakan seseorang sedang cuba login ke akaun maybank. Jadi lanun-lanun yang sedang melepak atau sedang tido akan bingkas bangun mengadap komputer.

maybank2u phishing questionsDi arah tukar soalan keselamatan la konon, sedangkan lanun-lanun di seberang sana sedang memasuki akaun maybank2u online banking anda dan sedang melakukan transaksi.  maybank2u phishing confirmation questionsSelepas anda menukar soalan keselamatan, sistem kononnya sedang memproses dan menyimpan jawapan-jawapan ke atas soalan-soalan keselamatan yang anda masukkan. Macam betul je proses tu. Jika anda perasan, sistem sebenar Maybank2u online banking akan menghantar nombor keselamatan TAC ke telefon anda jika ianya melibatkan penukaran soalan keselamatan, penukaran alamat email dan sebagainya. Ini bertujuan untuk memastikan bahawa hanya pemilik akaun sahaja yang dibenarkan untuk membuat penukaran maklumat profail diri.

maybank2u phishing tac requestAnda akan dibawa ke skrin TAC seperti gambar di atas selepas proses Verifying Security Questions. Ia nampak seolah-olah proses yang betul dari sistem Maybank2u online banking.


MEREKA SEDANG MENANTI UNTUK ANDA MEMASUKKAN NOMBOR TAC!!!

Ok, apa yang sedang berlaku dibelakang anda? Mereka login menggunakan user id dan password yang anda masukkan. Selepas mereka login ke akaun maybank2u anda, mereka hanya memerlukan nombor TAC untuk melakukan transaksi. Betul tak?

Mereka akan mencuba agar nampak seolah-olah anda sedang menggunakan Maybank2u online banking yang sebenar. Kemungkinan anda akan diminta mengemaskini maklumat email seperti dibawah.

maybank2u phishing email updateAtau anda diminta mengemaskini maklumat imej keselamatan seperti dibawah.

maybank2u phishing security image

Imej Keselamatan

Selepas anda mengemaskini mana-mana maklumat yang dipaparkan, skrin meminta nombor TAC akan dipaparkan. Mereka  melakukan transaksi di belakang anda dan maybanku2 menghantar nombor TAC ke telefon bimbit anda. Bila mana anda masukkan nombor TAC pada skrin TAC yang dipaparkan, maka, tu dia, habislah duit anda. Mereka dah dapat TAC dan mereka masukkan pada skrin maybank2u yang sebenar-benarnya yang sedang ditatap oleh mereka.

maybank2u original website


Pastikan anda menggunakan alamat laman web (URL) maybank2u yang rasmi iaitu www.maybank2u.com.my. Jauhilah diri anda dari alamat phishing yang sentiasa menunggu mangsanya. Jadi berhati-hatilah dengan permainan licik si lanun. Pastikan anda sentiasa jeling-jeling pada URL yang tertera. Ok, jumpa lagi di posting yang akan datang.

Atau instal program antivirus di komputer anda. Program antivirus terkini mempunyai ciri-ciri menapis laman-laman web tiruan.

Aku menggunakan antivirus bitDefender. Dulu guna bitDefender lepas tu IOorbit, lepas tu Kaspersky, tapi sekarang guna bitDefender sebab murah, mudah dan berkeupayaan. Ketiga-tiga antivirus yang pernah aku gunakan tu memang berkeupayaan, tapi dari segi harga dan dari segi mudahnya cara guna, bitDefender mengatasi kedua-duanya.

Dulu beli tak lebih RM100, dapat 3 lesen boleh instal kat 3 komputer.

Boleh dapatkannya di laman web bitDefender.

Please follow and like us:

Related Post

1 Comment

  1. Pingback: Login to CIMB Clicks | Rentas Hidup

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *